Pages

Wednesday, February 27, 2013

Lembu paling berat jadi tumpuan


AFP
LEMBU jantan yang bernama Chabal menjadi tumpuan orang ramai pada Pameran Pertanian Antarabangsa di Paris kelmarin.


PARIS - Seekor lembu jantan berusia lima tahun menjadi haiwan paling berat yang dipamerkan pada Pameran Pertanian Antarabangsa di sini kelmarin.
Lembu jantan yang bernama Chabal itu seberat 1,790 kilogram.
Kira-kira 4,000 ekor haiwan dipamerkan pada pameran tersebut yang berlangsung pada 23 Februari lalu hingga 3 Mac depan.
Nama Chabal itu diberikan kepada haiwan tersebut sempena nama bekas pemain ragbi pasukan Perancis, Sebastien Chabal. - AFP
KOSMO

1 comment:

  1. Salam cuit-cuit :D

    Besarnya lembu tuu...kalau disembelih untuk kenduri kahwin, boleh buat berhari bermalam tuu...hehe

    ReplyDelete