Click This pages

Sumbangan ikhlas

Tuesday, April 30, 2013

Shaka Zoulou lelaki terkuat di Afrika Barat

ABIDJAN, Ivory Coast - Seorang lelaki di Afrika Barat telah diisytiharkan sebagai lelaki terkuat di Ivory Coast pada Sabtu lalu.
Lelaki itu, Okonkwo Patrick Adebayor atau lebih dikenali sebagai Shaka Zoulou diumumkan sebagai pemenang pertandingan olahraga Lelaki Terkuat di negara terbabit.
Shaka Zoulou berjaya menjuarai pertandingan yang pertama kali diadakan di Ivory Coast, sekali gus menjadi perintis peserta terkuat pada pertandingan berkenaan.
Merebut gelaran lelaki terkuat bukanlah satu tugas mudah. Shaka Zoulou terpaksa melalui beberapa halangan paling sukar yang telah ditetapkan.
Dia perlu menarik sebuah trak yang mempunyai 22 kerusi seberat 5.5 tan sejauh 12 meter. Selain itu, dia perlu menterbalikkan sebuah tayar gergasi seberat 410 kilogram dari satu lokasi ke lokasi lain yang ditetapkan.
Bukan itu sahaja, Shaka Zoulou juga perlu menjinjing bebanan seberat 220 kilogram. - Agensi

Pelagak ngeri maut ketika seberangi sungai



KOLKATA - Seorang pelagak ngeri di India yang memegang rekod Guiness World Records untuk aksi flying-fox terpanjang menggunakan rambut meninggal dunia ketika melakukan aksi berbahaya itu.
Sailendra Nath Roy, 49, yang juga merupakan seorang pegawai polis cuba menyeberangi Sungai Teesta sejauh 180 meter pada Ahad lalu.
Selepas menyimpulkan rambut sepanjang paras bahunya pada takal di atas wayar, Roy sempat menghabiskan separuh perjalanan. Malangnya, dia tiba-tiba tersekat dan tidak dapat bergerak, lapor jurugambar AFP yang berada di tempat kejadian.
Beratus-ratus penonton yang pada mulanya bersorak memberi sokongan, kemudian menjerit ketakutan apabila melihat keadaan Roy.
"Pada ketika itu Roy kelihatan sangat panik dan cuba mencapai tali kedua untuk sampai ke garisan penamat," kata seorang pegawai kanan polis tempatan, K. Jayaraman.
Selepas 20 minit, pelagak ngeri itu tidak lagi bergerak sebelum diselamatkan oleh penduduk tempatan. Tiada doktor atau ambulans disediakan semasa persembahan itu dibuat yang turut ditonton oleh ahli keluarga Roy.
Selepas dibawa ke hospital di Siliguri, 450 kilometer dari tempat kejadian, dia disahkan mati oleh doktor akibat serangan jantung.
Terdahulu, Roy pernah menggunakan rambut untuk menarik sebuah enjin dan empat gerabak kereta api warisan Darjeeling Himalayan Railway. - AFP.

Monday, April 29, 2013

Pekin & Uqasha kahwin tahun hadapan?


 Pelakon popular, Pekin Ibrahim memberitahu dia bakal menamatkan zaman solonya pada tahun hadapan.
Menurut laporan dari sebuah portal hiburan tempata, Pekin memberitahu hubungannya dengan pelakon baru, Uqasha Senrose semakin intim dan serius.
"Tarikh sebenar belum dapat dipastikan lagi, mungkin Jun 2014."
Bintang filem "Rock Oo" yang sebelum ini 'low profile' dalam hal peribadinya dahulu, memberitahu kini dia sudah bersedia untuk berkongsi kisah peribadinya dengan peminat-peminat.
Pasangan ini mula dikatakan bercinta selepas gambar berpegangan tangan mereka ketika bercuti di Phuket baru-baru ini tersebar meluas di Internet.

Saturday, April 27, 2013

Ilusi Yang Membuatkan Otak Anda "Blow"



ilusi ini infinite .....huhu..jangan tegok lama2 nanti pening lak sapa yang susah...

bila kerat jadi macam nie..serupa  pula...

Yang nie buat orang konfius......kesemuanya ada 25 petak tapi bila dikeluarkan satu petak..ada ngak 25 petak....huhu..

yang nie ilusi popular....A dan B yang mana lebih panjang....
jawapan sama kedua-duanya



Muzium Menempatkan Pelbagai jenis Kereta Antik Di Seluruh Dunia

Muzium Mercedes-Benz adalah muzium automotif bertempat di Stuttgart, Jerman. Stuttgart adalah rumah kepada jenama Mercedes-Benz dan ibu pejabat antarabangsa Daimler AG. Bangunan, yang berdiri langsung di luar pintu utama kilang Daimler di Stuttgart-Untert 黵 kheim, telah direka oleh Studio PBB. Ia adalah berdasarkan kepada konsep daun Semanggi unik menggunakan tiga bulatan bertindih dengan pusat dikeluarkan untuk membentuk atrium segi tiga. Muzium ini telah siap dan dibuka pada tahun 2006.

Muzium ini menyediakan pengunjung dengan lawatan audio percuma dalam pelbagai bahasa. Pada tahun 2007 muzium ini telah dilawati oleh 860,000 orang.



Ketinggian bangunan dan "double helix" dalaman yang direka untuk memaksimumkan ruang, menyediakan 16,500 meter persegi ruang pameran jejak hanya 4,800 meter persegi. Muzium ini mengandungi lebih daripada 160 kenderaan, ada yang bermula dengan hari-hari yang paling awal enjin motor.




















Gambar Lawak Orang Mengantuk Seluruh Dunia

kelakar tak gambar nie...hehe...











Rita Rudaini dituntut bayar RM100 ribu


Sebuah syarikat produksi telah menuntut ganti-rugi terhadap dramatis popular, Rita Rudaini selepas dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada terus berlakon dengan produksi tersebut yang didakwa tidak profesional.
Rita yang sempat menjalani penggambaran selama empat hari daripada keseluruhan penggambaran yang dijadualkan tamat pada Julai depan dalam drama 40 episod itu.
"Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi costume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain. Bukan saya saja yang perasaan tentang perkara itu, malah pelakon lain yang terlibat juga merasakan perkara yang sama.
"Jadi saya sendiri pergi berjumpa dengan pihak produksi, berbincang dan menyatakan ketidak puasan hati saya terhadap cara mereka bekerja yang boleh dianggap tidak profesional. Mereka tak mahu berubah sebaliknya seolah-olah memberi memberi kata dua kepada saya. Mereka provok saya sehingga saya buat keputusan untuk berhenti berlakon dengan mereka pada 26 Februari lalu.
"Alih-alih, pada bulan ini saya dapat surat bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100 ribu. Sudahlah itu, mereka minta saya bayar secepat mungkin. Difahamkan tuntutan ganti rugi itu adalah kos bagi penggambaran semula (re-shoot) yang hendak dijalankan oleh mereka memandangkan saya dah tarik diri. Bagi saya, tuntutan mereka itu tidak masuk akal. Kerana tuntutan itu lebih daripada 40% wang pendahuluan. Dan memang saya nak pulangkan pun wang pendahuluan yang telah saya ambil dahulu," ujar Rita kepadaMalaysia Digest.
Menurut Rita, ini merupakan kali pertama dia mengalami situasi sebegini kerana sebelum ini dia pernah buat hal dengan mana-mana produksi.
Tambah Rita, dia serik untuk bekerja dengan produksi tersebut pada masa datang.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan dan Perundangan Seniman, Zahrin Ishak akan menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut, dan akan mengadakan satu perjumpaan khas antara Rita dan pihak produksi untuk berbincang bagi menjernihkan keadaan.


Selebriti Hollywood yang menjengkelkan


Siapakah mereka? Mereka bukan artis yang punya bakat lakonan atau nyanyian, dan ramai yang mempersoalkan kenapa mereka juga boleh jadi popular.
Di sini kami senaraikan lapan nama yang telah dipilih oleh para penonton televisyen Amerika sebagai ikon selebriti yang menjengkelkan:
Michael Lohan


Sejak dari awal lagi, tidak ada apa-apa yang baik boleh dikatakan tentang bapa Lindsay Lohan ini. Dia pernah memiliki anak melalui hubungan sulitnya dengan ahli terapi urut ketika berpisah seketika dengan isterinya, kemudian bercerai pada tahun 2005, pernah disiasat kerana jenayah perdagangan manusia dan pernah disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah.
Dia juga melanggar tempoh percubaan untuk melawat anaknya Lindsay di hospital. Jadi tidak hairanlah apabila Lindsay juga sedikit sebanyak mewarisi tabiat yang sama.
Scott Disick


Sehingga kini, tiada siapa benar-benar tahu apakah bidang pekerjaan Scott Disick kecuali menjadi teman lelaki Kourtney Kardashian dan menjadi bapa kepada dua orang anak bintang realiti itu.
Selain daripada dibayar untuk menunjukkan mukanya di kelab-kelab malam, dan sesekali dilihat ke pejabat dalam "Keeping it Up with the Kardashians", punca rezeki Scott sebagai seorang individu yang tidak terlibat dengan seorang wanita Kardashian masih menjadi satu misteri.
Kris Jenner
Antara wanita paling terkenal dengan gelaran momager (mother + manager), Kris Jenner bukan sahaja menempah kerja peragaan dan komersial buat anak-anaknya terutamanya Kim, malah meyakinkan anaknya untuk memperaga diri di majalah Playboy dan menyelesaikan masalah video lucah Kim dengan cara mendapatkan sebahagian keuntungan dari penjualan video tersebut.
Selepas Kris, muncullah trend para momager lain, seperti Dina Lohan (ibu Lindsay Lohan) dan Krista Keller (ibu Courtney Stodden) yang juga mahu mengeksploitasi anak sendiri, dalam masa yang sama menggunakan peluang tersebut untuk mendapat lebih pendedahan buat diri sendiri.
Jon Gosselin
Jon Gosselin pada awalnya dikenali sebagai si suami yang sabar dan tidak banyak cakap, berbeza dengan isterinya Kate yang agak tegas dan lebih mendominasi dalam rancangan realiti mereka, "Jon & Kate Plus 8". Malah ramai yang kasihan dengan Jon yang dianggap takut bini.
Semuanya berubah apabila mereka bercerai dan Jon mula menghabiskan masanya bersama ramai wanita lain di kelab-kelab malam, selain mempergunakan popularitinya untuk menjana wang tambahan. Tiba-tiba si suami yang pendiam menjadi kasanova tak guna yang dibenci semua orang.
Dane Cook
Apa yang lebih teruk dari menjadi pelakon yang tidak begitu diminati? Menjadi pelawak yang tidak lucu. Begitulah pandangan kebanyakan pelawak veteran dan peminat humor tentang Dane Cook, yang menggelar dirinya seorang stand-up comedian tapi diundi sebagai Pelawak Paling Teruk oleh pelbagai undian majalah, radio dan televisyen.
Oh, jangan salah sangka. Dia bukan dibenci kerana rupa parasnya. Dia dibenci kerana seringkali dikatakan telah mencuri idea pelawak lain – satu "jenayah berat" dalam industri komedi Amerika.
Spencer Pratt

Banyak sebab untuk Spencer Pratt dibenci oleh orang ramai. Dia seorang yang suka membangga diri, membuat komen-komen yang menyakitkan hati dan masih dibayar dan dilayan seperti selebriti hanya kerana pernah menjadi bintang realiti.
Kemudian dia cuba pula menjadi "born again Christian" dalam pertandingan realiti "I'm a Celebrity, Get Me Out of Here" dan berpura-pura alim, menambahkan rasa menyampah sesiapa yang melihatnya.
Nadya Suleman (Octomom) 
Anak itu rezeki dari Tuhan dan tiada siapa boleh menidakkan seseorang daripada melahirkan zuriat mereka. Tapi jika mereka adalah Nadya Suleman, yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat dan sengaja mahu melahirkan anak seramai itu menggunakan bantuan IVF tanpa kehadiran seorang bapa, anda cuma menyusahkan jabatan kebajikan masyarakat, diri sendiri dan menganiaya anak yang dilahirkan, apatah lagi jika mereka adalah kembar seramai lapan orang.
Memburukkan lagi keadaan apabila Nadya mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyesal kerana melahirkan anak seramai itu, kemudian memilih untuk bergambar separa bogel dan menyertai beberapa siri realiti yang bertaraf rendah untuk menyara hidupnya.
Mike "The Situation" Sorrentino 
Jika diikutkan, hampir kesemua bintang "Jersey Shore" tidak disukai sesiapa. Malah hampir 80 peratus penonton rancangan realiti itu mengatakan bahawa mereka menontonnya kerana ia terlalu teruk sehinggakan ia juga jadi menghiburkan.
Namun jika ada seorang yang paling menjengkelkan semua orang, insan tersebut adalah Mike Sorrentino, atau lebih dikenali dengan gelaran "The Situation" (sila muntah di sini). Tanpa sebarang bakat yang jelas, Sorrentino masih berjaya mengumpul sebanyak lima juta dolar melalui iklan dan kemunculan rasminya pada tahun 2010, kurang sedikit dari Kim Kardashian.
Dia pernah melancarkan buku, tetapi hanya terjual sebanyak 12,000 salinan. Dia menyertai "Dancing with the Stars" dan terkeluar pada minggu keempat. Dia menyertai "Comedy Central Roast of Donald Trump", tetapi kena boo dengan semua orang. Sekalipun dengan semua itu, Sorrentino masih teguh menjadi selebriti tanpa sebab.

Friday, April 26, 2013

120 juta kondom buatan China ditarik balik



ACCRA - Ghana menarik semula penghantaran 120 juta kondom buatan China yang diedarkan untuk tujuan kebajikan sempena kempen anti HIV/AIDS di negara tersebut, kata seorang pegawai kelmarin.
Pegawai itu berkata, penarikan semula itu dibuat selepas hasil ujian mendapati kondom tersebut dipenuhi lubang halus dan cenderung pecah.
Ketua agensi penguat kuasa kesihatan Ghana, Thomas Amedzro berkata, Pihak Berkuasa Ubat-ubatan dan Makanan Ghana sedang berusaha mendapatkan semula sebanyak 20 juta unit kondom tersebut yang telah diedarkan.
Menurutnya, kondom tersebut telah ditempah daripada sebuah syarikat China melalui orang tengah warga tempatan. - AFP
kosmo

425,504 jawatan kosong dalam sektor swasta di seluruh negara



SEGAMAT - Sebanyak 425,504 kekosongan jawatan meliputi bidang pengurusan, profesional dan pekerja asas terdapat dalam sektor swasta yang menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan, di seluruh negara ketika ini.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Kementerian Sumber Manusia, Mohd. Asri Abdul Wahab berkata daripada jumlah itu, sebanyak 311,168 kekosongan adalah dalam bidang pekerja asas, operator (35,109), perkhidmatan dan jualan (25,763), tenaga profesional (11,387) dan pengurusan (2,908).
"Selebihnya adalah terdiri daripada bidang perkeranian, pekerja mahir pertanian, perhutanan, perikanan dan pertukangan,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran program 1Malaysia Support For Housewive (1MS4HW) dan Karnival Azam Kerja Malaysia di Dataran Segamat di sini semalam.
Program yang dihadiri kira-kira 2,000 orang itu dilancarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Segamat.
Mohd Asri menjelaskan, di Johor sahaja terdapat 83,666 kekosongan yang belum diisi.
Mengenai program 1MS4HW, Mohd. Asri berkata sehingga 10 April lalu sebanyak 5,737 orang wanita berkahwin menyertai program tersebut yang menyasarkan 40,000 akan memperoleh pekerjaan melalui program tersebut, sepanjang tahun ini.
Katanya, sempena program itu, sebanyak 32 syarikat swasta di daerah ini menawarkan sejumlah 3,243 kekosongan jawatan dalam pelbagai kategori yang didaftarkan ke Jabatan Tenaga Kerja.
Dari jumlah tersebut katanya, 647 kekosongan adalah pekerja siswazah dan 2,596 orang bukan siswazah yang menawarkan gaji antara RM900 hingga RM3,000 sebulan.
Beliau menasihatkan pencari kerja di negara ini supaya tidak terlalu memilih pekerjaan dan bersedia menerima sebarang tawaran kerja. - Bernama

Wednesday, April 24, 2013

Betul Ke Di Tempat Kerja Berpotensi Gemuk





Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa pejabat adalah tempat berpontensi untuk anda gemuk. Ini kerana terdapat banyak sebab berat badan anda boleh naik ketika berada di pejabat. Salah satunya anda menumpukan sepenuh perhatian dan tenaga yang banyak pada pekerjaan yang dilakukan menyebabkan anda cepat berasa lapar.

Menurut sebuah buku 'The Snack Factor Diet', ketika anda lapar, gula darah akan rendah dan ini akan menyebabkan anda tidak mampu berfikir dengan baik. Ketika inilah, anda akan berusaha mencari makanan atau snek. 

Makan tengahari di luar juga boleh menjadi masalah kepada anda kerana anda tidak tahu berapa kalori yang anda makan. Oleh itu, ia akan menjadi punca kepada masalah berat badan kepada anda. 

Di sini kami ingin berkongsi langkah-langkah untuk anda mengatasi masalah ini dan mengubah pola hidup yang lebih sihat. 

KURANGKAN MAKANAN RINGAN
Walaupun snek seperti biskut dan kerepak memberi tenaga tetapi ia turut menyimpan lemak yang tidak diperlukan. Anda boleh bawa snek sihat dari rumah seperti buah, yogurt atau kacang. 

KURANGKAN TEH ATAU KOPI
Minum teh atau kopi sebanyak dua jam sekali atau berlebihan adalah tidak elok. Ia akan membuatkan anda merasa gelisah, mudah marah, dehidrasi dan menganggu pola tidur. Gantikan minuman ini dengan pilihan minuman lain yang lebih sihat dan kurang gula seperti teh hijau, air limau nipis atau jus buah. 

MINUM BANYAK AIR MINERAL
Walaupun anda akan sentiasa keluar masuk ke dalam bilik air, tetapi jika anda minum air mineral yang banyak anda akan dapat mengelak dari mendapat sembelit, gangguan pencernaan, dehidrasi, meningkatkan rasa lapar dan kulit kelihatan kusam. 

ELAK MAKAN MALAM
Makanlah di restoran bersama kawan selepas habis masa kerja. Jika tunggu sehingga sampai rumah, rasa lapar akan datang pada waktu malam. Jika anda betul-betul lapar, makanlah sayuran atau beberapa jenis makanan yang kaya dengan protein. Elakkan makan nasi atau roti sebelum tidur. 

ELAK MAKAN BANYAK PADA HUJUNG MINGGU
Sukses menjalani diet selama hampir seminggu tidak bermakna anda boleh makan sepuasnya pada hujung minggu. Lakukan rawatan di spa, membeli novel atau menonton wayang yang lebih menyenangkan sekaligus menjaga berat badan anda. 

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing