Click This pages

Sumbangan ikhlas

Saturday, November 30, 2013

Mafia mati dimamah babi ?


gambar sekadar hiasan


Rome: Polis Itali semalam melaporkan seorang anggota Mafia mati dimakan hidup-hidup selepas dia dicampak ke dalam kandang haiwan itu oleh anggota kumpulan samseng lawan.

Menurut polis, kematian Raccosta itu keganasan terbaru dalam perang di antara anggota kumpulan penjenayah yang berlarutan sejak 60 tahun lalu.

Kejadian dipercayai dilakukan Simone Pepe, anggota keluarga Mafia ‘Ndrangheta yang berkuasa di daerah Calabria, selatan Itali.

Polis juga semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon mengandungi perbualan Pepe mengenai Raccosta: “Puas hati mendengar jeritannya...kuat betul dia menjerit. Kata orang khinzir kadangkala meninggalkan sisa makanan, tetapi kali ini memang licin.”

Menurut polis, Raccosta erayu supaya Pepe melepaskannya namun tidak diendahkan.
Pepe juga dipercayai dalang di sebalik sekurang-kurangnya tiga lagi pembunuhan dalam tempoh 24 jam kematian Raccosta itu.

Raccosta dilaporkan hilang pada Mac 2012 bersama rakannya Carmine Putrino yang dipercayai mati dimakan babi kerana mayatnya tidak pernah ditemui.

Pepe mengakui pembabitannya kepada polis dan mendakwa ia untuk membalas dendam atas pembunuhan ketuanya Domenico Bonarrigo.

Jurucakap polis berkata, pertelingkahan antara kumpulan itu bermula sejak 1950-an dan meragut banyak nyawa termasuk seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang mati ditembak ketika berada dalam kereta datuknya.- Agensi

Wednesday, November 27, 2013

Apakah Maksud Black Friday ?

Seminggu dua banyak sekali terjumpa perkataan Black Friday di internet. Buka Google jumpa black friday, buka Yahoo! jumpa black friday, buka Bing jumpa black friday. Anda tahu apakah itu Black Friday? Saya tak tahu. Itulah… sayapun carilah jawapannya.
Black Friday kalau diterjemah terus ke Bahasa Melayu bermaksud Jumaat yang hitam (atau menyedihkan?) dan selalu digunakan di negara Barat untuk merujuk kepada peristiwa-peristiwa sedih atau tragis yang berlaku pada hari Jumaat. Namun Black Friday yang selalu kita jumpa di internet seminggu dua ini bukanlah merujuk kepada peristiwa sedih tetapi sesuatu yang ada hubungan keuntungan dan perniagaan iaitu hari Jumaat yang menandakan bermulanya musim membeli belah atau jualan hujung tahun!
Setiap sambutan atau perayaan yang berasal dari negara Barat semestinya ada hubung kait dengan kepercayaan dalam agama Kristian. Sebab itulah mengapa kita sebagai sebagai orang Islam tidak perlu ikut ataupun terikut-ikut dengan cara mereka. Black Friday ialah hari Jumaat sehari selepas perayaan Thanksgiving dan ianya dinamakan Black Friday kerana dikatakan peniaga biasanya meraih keuntungan lumayan dan luar biasa pada hari tersebut dan catatan perniagaan bertukar dari red (dakwat merah – rugi) bertukar kepada black (dakwat hitam -untung).
Pada hari Black Friday ini para peniaga mengadakan jualan dan promosi secara besar-besaran dan memberikan potongan harga yang gila-gila bagi menarik pelanggan. Kebiasaannya orang ramai akan berebut-rebut keluar untuk membeli-belah pada hari tersebut untuk mendapatkan tawaran harga murah yang ditawarkan oleh peniaga. Kesimpulannya Black Friday ialah hari membeli belah dengan jualan murah yang diadakan setahun sekali. Kita boleh membeli-belah pada hari tersebut tetapi kita tidak patut menganjurkannya kerana dilihat ada kaitan dengan perayaan Thanksgiving. Harap-harap tidak ada rakan peniaga Islam kita yang turut mengadakan promosi jualan Black Friday.

blog copy paste

P/s :Secara tidak langsung di negara kita pun ada jugak black Friday tapi ia bukan namablack friday tapi Mega Sale...huhu

Bergelar Janda Dalam Usia 13 Tahun

 
Kulim: Impian seorang remaja perempuan yang menggemparkan negara apabila berkahwin pada usia muda untuk mengecapi kebahagiaan alam perkahwinan seumur hidup berakhir apabila ikatan pasangan suami isteri berkenaan terlerai dipercayai akibat tidak sehaluan.
Nor Fazira Saad, 13, dinikahkan dengan suaminya, Mohd Fahmi Alias, 20, pada 17 November tahun lalu sebelum pasangan berkenaan disahkan bercerai dengan talak tiga di Mahkamah Syariah Kulim, di sini, pada 11 November lalu iaitu kurang setahun hubungan mereka disatukan.

Bapa kepada Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, walaupun pahit menerima kenyataan berkenaan, namun dia menerima keputusan dibuat pasangan terbabit dengan hati tenang dan menganggap bukan jodoh mereka untuk mengekalkan alam perkahwinan.

 anya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.

Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu.

“Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya.

“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda.

“Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dan mereka berdua menjalani kehidupan masing-masing. Saya juga meminta masyarakat supaya tidak memandang serong terhadap mereka,” katanya.

Menurutnya, sepanjang pengetahuannya, Fazira seorang yang bertanggungjawab kerana dia memahami masalah rumah tangga tidak perlu didedahkan kepada sesiapa.

“Sebagai bapa, saya tahu perasaan anak saya sekiranya dia menyembunyikan sesuatu berdasarkan riak muka dan apabila pulang ke rumah, saya bertanya mengenai sebarang masalah yang dihadapi, tetapi dia membalas dengan senyuman,” katanya.

Harian Metro turut cuba menghubungi keluarga lelaki berkenaan untuk mendapatkan maklum balas, namun gagal.

Sementara itu, jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim mengesahkan pasangan terbabit sudah membuat pendaftaran perceraian di pejabat terbabit pada minggu lalu.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Fazira mendirikan rumah tangga dengan pasangannya pada usia 12 tahun selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008.

Majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500 pada 17 November 2012 selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November 2012.

Medan Selera Dan Restoran dilarang Memasak Jika Tidak mempunyai Perangkap Minyak

Kuala Lumpur: Semua pengusaha makanan termasuk gerai, medan selera dan restoran dilarang memasak di dalam premis masing-masing jika tidak mempunyai perangkap minyak pada longkang, berkuat kuasa 1 Januari ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perangkap minyak itu perlu dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar termasuk memastikan aliran itu tidak terus masuk ke dalam sungai.
“Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk kerja pembersihan Sungai Klang di bawah projek River Of Life (ROL).

“Saya melihat hasil pembuangan bahan dari premis perusahaan makanan yang tidak ditapis ini menyebabkan usaha serta pelaburan yang banyak dibuat bagi membersihkan sungai menjadi sia-sia.
DBKL mengeluarkan belanja yang besar untuk membersihkan longkang tersumbat.

“Selain itu, sisa minyak dan lemak dari premis makanan terkumpul pada saluran paip dan longkang juga menyumbang kepada gangguan aliran sungai.

“Justeru, bermula tahun depan, mana-mana pengusaha makanan yang gagal menyediakan perangkap minyak di premis masing-masing akan dilarang melakukan kerja memasak di premis selain turut berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk penarikan lesen dan premis mereka ditutup,” katanya kepada media di sini semalam.

Terdahulu beliau mempengerusikan Majlis Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan (MPPPKWP) peringkat pusat yang turut diwakili beberapa persatuan penjaja dan peniaga kecil sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya.

Adnan berkata, semua kos pemasangan perangkap minyak itu perlu ditanggung pemilik premis sepenuhnya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL hanya akan menanggung kos pemasangan perangkap minyak di premis makanan milik DBKL.

“Bagaimanapun saya akan mengkaji semula terutamanya membabitkan aspek pengurusan sisa minyak dan lemak yang berjaya dikumpul oleh pengusaha premis makanan.

“Ia akan membabitkan kerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd dan syarikat swasta untuk menguruskan sisa buangan termasuk memprosesnya menjadi produk lain termasuk kosmetik dan sabun,” katanya.

p/s apabila minyak terkumpul dalam saluran longkang minyak akan membentuk pejal dan melekat disekeliling longkang dan susah disingkirkan akhirnya longkang tersumbat dan pencemaran terjadi..renung-renungkan la..

Gambar Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Dari pelbagai Aspek

Gambar Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Dari pelbagai Aspek
p/s Entah kenapa la banyak sangat gambar perbezaan lelaki dan perempuan nie...benci sgt ke pompuan ini...apa pun just 4 fun..

Pemikiran perempuan lebih kompleks dari lelaki...



Lawak komik Perempuan Gamer !!

Kalau nak poke ...poke dalam fb jer jangan berani poke di dunia sebenar la..


Lawak komik tentang perempuan gamer dan bersosial di facebook......

p/s like sahaja tak memadai..

Cantiknya pemandangan ...tapi ini lah realitinya...
Bila update status......?

Monday, November 25, 2013

Gambar Comel Anak Singa Bermain Daun

Gambar Comel Anak Singa Bermain Daun





Faizal Ismail Kongsi 12 Perkara Menarik Bersama Hot Fm

Perletakkan jawatan Faizal Ismail atau FBI sebagai Penyampai Radio Hot FM mengundang pelbagai reaksi. Ada yang terkejut, tidak percaya, kecewa dan terkilan. Namun begitu, ramai yang menghormati keputusan personaliti radio ini kerana percaya keputusan itu dibuat demi masa depannya.  

Jangka masa lapan tahun bukanlah satu tempoh yang singkat. Jadi sudah pasti FBI melalui pelbagai pengalaman sepanjang tempoh tersebut. Malah, GUA juga percaya lelaki ini punya pencapaian peribadi yang boleh dibanggakan. Hendak tahu apa pengalaman dan pencapaian yang pernah dilakar oleh FBI sepanjang bergelar penyampai radio di Hot FM? Jom semak senarai berikut:-


1. Berbasikal kira-kira 500 kilometer bersama Fara Fauzana untuk dua peringkat Utara dan Selatan bagi mempromosikan stesen Hot FM yang masih baru ketika itu.

2. Berpeluang menemuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bermain dam dengannya.

3. Menukar rancangan AMCrew untuk tribute kepada Michael Jackson yang meninggal dunia secara mengejut pada hari terbabit.

4. Tahun pertama memenangi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular di Anugerah Bintang Paling Popular 2006 merupakan saat paling manis dalam hidupnya kerana ia kemenangan yang tidak dijangka.

5. Pelbagai gimik telah dibuat sepanjang bertugas di HotFM, namun yang paling diingatinya adalah persandingan antara Fara Fauzana dan Ally Iskandar.

6. Bagi memastikan segalanya berjalan lancar pada hari pertama Hot FM ke udara, Faizal langsung tidak tidur kerana teruja, berdebar dan membuat segala persiapan.

7. Ketika Final Piala Malaysia 2009 yang menyaksikan Kelantan bertemu Negeri Sembilan, Faizal mengambil kesempatan menemuramah Menteri Besar kedua-dua negeri tersebut. Buat julung kalinya, suara Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkumandang di Hot FM.

8. Berbesar hati dengan peluang yang diberikan oleh penaja Telekom Malaysia yang memberikan peluang kepada Faizal untuk ke udara secara langsung di seluruh Malaysia dan Bali.

9. Pada tahun 2008, anak kedua Faizal telah meninggal dunia yang memberikan tamparan begitu hebat kepada penyampai radio itu sekeluarga. Dia mengambil cuti hampir sebulan kerana belum bersedia untuk bertugas.

10. Mendapat kejutan nyanyian harijadi daripada artis yang diminati dan dikaguminya iaitu Dato’ Siti Nurhaliza yang dirancang oleh Fara Fauzana. Itu memori yang tidak dapat dilupakan kerana Dato’ Siti Nurhaliza merupakan ikon dalam bidang nyanyian.

11. Mengenakan isteri dan anaknya melalui rancangan Panggilan Hangit sehingga membuatkan anaknya menangis kerana gurauan tersebut.

12. Merupakan penyampai radio pertama yang menemuramah Yuna yang pada ketika itu belum memilih bidang nyanyian sebagai kerjaya tetapnya. Faizal ketika itu memaksa penerbitnya mencari nombor telefon Yuna untuk ditemuramah. Tambah menarik, Yuna turut meminta nasihat Faizal sama ada ingin serius dalam bidang nyanyian atau sebaliknya.

Parents Justified Budak Hilang Sebagai Oku Katanyer

Nama Mohd Izzat Izzudin Hussin menjadi popular secara tiba-tiba apabila tersebar khabar bahawa dia telah hilang dan mungkin disorokkan makhluk halus selepas memasuki sebuah rumah tinggal dikatakan berhantu dinamakan Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru pada 16 November lalu. Khabar itu begitu kuat tiupannya sehingga ia trending di media sosial dan media konvensional juga tidak ketinggalan melaporkannya.
Polis bertindak serius dalam isu itu sehingga menjalankan gerakan dengan bantuan anjing pengesan di sekitar kawasan Villa Nabila. Begitu kuat impak kisah Mohd Izzat, sehingga Ketua Polis Johor (CPO), Datuk Mokhtar Md Shariff sendiri mengadakan sidang media untuk mengesahkan penemuannya beberapa hari selepas dia hilang.


Akhirnya diketahui bahawa Izzat tidak hilang dalam Villa Nabila… dia berada di rumah rakannya selama mana polis sibuk mencarinya dan orang ramai gempar bercerita mengenainya… khabarnya dia pun tahu mengenai usaha mencari ‘dirinya yang hilang itu’ melalui televisyen.


Disebabkan itu… banyak pihak tampil marah dengan Izzat… “Budak ni layak bagi penampor aje” …”Sampai jem jalan pasal budak ni…dia sibuk duduk rumah girlfriend dia lak…” dan macam-macam lagi. Tidak kurang juga wujudnya parodi dan poster mempersendakan Izzat dan kejadian itu dengan antranya hantu Villa Nabila mahu menyaman pihak-pihak tertentu.


Yelah… kalau kita melihat Izzat sebagai remaja normal yang nakal dan hanya mahukan publisiti…pastinya ramai juga yang mahu bukan sekadar penampar…mungkin lebih lagi hendak diberikan kepada remaja itu. Namun hakikatnya, Izzat yang masuk ke Villa Nabila bersama rakan-rakannya kerana ingin meninjau kejadian mistik sebenarnya adalah seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) yang mempunyai permasalahan perlahan belajar (slow learner).


Ia diakui sendiri oleh ibu dan bapa remaja itu ketika ditemui Mynewshub.my di rumah mereka di Kampung Dato Hajah Hasnah, Majidee di Johor Bahru, Rabu lepas. Bapa Mohd Izzat, Hussin Md Tap, 61 tahun, sedih apabila anaknya dituduh penyebab kekecohan seluruh negara kerana berita kononnya 23 orang hilang selepas masuk ke Villa Nabila padahal hanya Mohd Izzat yang hilang.


“Dia OKU slow-learner (lambat belajar).. Dia jenis tidak pandai sangat membaca.. Dia mudah terikut-ikut cakap orang.. Dia tidak begitu pintar dan cerdik nak pergi ke sana (Villa Nabila) sendiri.. tak ada.. Dia terikut-ikut dengan apa yang orang bawak dia,” kata Hussin dalam nada yang pilu kepada Mynewshub.my.


Menurut beliau, kejadian yang berlaku Sabtu lepas ialah yang pertama kali terjadi sejak Izzat lahir ke dunia ini. “Tempat-tempat seperti ini dia tidak pernah pulak pergi.. Tak pernah terjadi dalam masa 16 tahun umur dia.. Ini kali pertama saya mengetahui perkara sebegini.. tidak pernah,” katanya.
Hussin turut meminta pihak tidak bertanggungjawab berhenti daripada menuduh bukan-bukan ke atas Izzat kerana dia hanya hilang dan bukan dia yang menyebabkan kekecohan di seluruh negara.


“Orang yang menyebarkan di internet tu, janganlah sebarkan perkara yang buruk.. carilah perkara yang elok untuk kebaikan keluarga saya.. disebabkan kejadian ini keluarga saya cukup malu. “Saya sekarang sudah tak boleh nak keluar rumah sangat.. Ada orang bertanya pula tentang masalah-masalah ini.. Itu yang saya tak mau.. Janganlah isu ini dipanjangkan lagi dengan yang buruk ditambah-tambah,” katanya.


Ketika anda menonton temubual bapanya, perhatikan seorang remaja berbaju biru yang sesekali tersenyum, itu ialah adik Mohd Izzat yang juga OKU. Akalnya masih ditahap umur 3 tahun biarpun usianya sudah mencecah 15 tahun. Ketika ditanya perasaannya ketika anaknya Mohd Izzat kehilangan, Hussin jelas sedih dan bimbang kerana anaknya dikhuatiri keseorangan.


“Masa kehilangan Izzat tu, saya risau.. Saya merenung jauh.. Ke mana dia pergi dan apalah yang dia makan.. dengan tak ada wang ringgit.. ,” katanya.


Mohd Izzat adalah anak ketiga daripada tujuh adik beradik dan dua orang termasuk Izzat adalah anak OKU. Mereka sekeluarga tinggal dalam sebuah rumah kampung yang kecil.


Tidak ada kemewahan dalam hidupnya sejak lahir dan akalnya juga tidaklah sempurna… maka kita harus faham di sini…memang Izzat hilang… dan dia kemudian berada di rumah rakannya… namun dia bukan budak yang normal seperti anda atau anak anda… justeru untuk berlaku kejadian seperti dalam kes Villa Nabila itu…adalah satu keadaan di mana kita harus berusaha memahaminya…. situasi yang memang boleh berlaku.
Rasanya, Datuk Mokhtar Md Shariff tahu mengenai keadaan Izzat sebab itu beliau tidak sedikit pun marah atau sinis bila membuat pengumuman mengenai penemuan remaja itu. Penulis mengenali beliau ketika menjadi pemangku CPO Pahang… memang beliau pegawai yang mesra dan berjiwa kebapaan.


Pendekatan beliau sendiri dalam isu itu adalah contoh yang baik. Jadi, anda di luar sana janganlah mudah sangat menuduh Izzat penyebab segala kekecohan kerana ada orang lain yang cuba mendapat perhatian dengan menjadikan cerita kehilangan di Villa Nabila itu sensasi. Penulis yang datang ke rumah keluarga itu begitu terharu dengan keadaan adiknya yang ceria dan mahu bertegur sapa dengan penulis biarpun keadaannya begitu dan kelakuannya amat baik serta sopan.


Janganlah, jadi bodoh dengan menuduh orang sebarangan kerana ketika ini bukan keluarga kita yang kena, bolehlah kita sesuka hati menyalahkan mereka yang menjadi penyebab kebodohan kita sendiri yang mahu mempercayai kisah tahyul membabi buta. Kita percaya kisah tahyul, kisah tu jadi tidak betul.. Izzat dipersalahkan sedangkan dia hanya mangsa yang hilang.


Satu lagi, menurut ibunya Norhayati Mohamad gadis yang ditemui bersama Izzat bukanlah teman wanitanya seperti didakwa ramai orang di internet dan blogger lain.


“Flat dekat Bukit Mutiara tu (tempat Izzat ditemui) bukan rumah budak perempuan itu, rumah budak perempuan itu kat tempat lain, itu rumah kawan Izzat,” katanya

Hero AKA Abam Iyo, si kucing mangsa kekejaman manusia telah meninggalkan kita



Mungkin anda semua sinonim dengan Hero atau Abam Iyo, seekor kucing yang diselamatkan oleh Papa Hero setelah dua kakinya di bahagian hadapan dipotong oleh individu kejam kerana mencuri ikan mentah di pasar sewaktu masih kecil pada tahun 2005. Iyo telah diselamatkan dan dirawat oleh Papa Hero sehingga sembuh dan sejak itu tinggal bersama Papa Hero dan keluarganya.

Baru-baru ini, Iyo disahkan mengidap leukemia oleh veterinar yang dirujuk oleh Papa Hero. Iyo bagaimanapun telah meninggalkan kita kira-kira sejam yang lepas disebabkan penyakit yang dihidapi yang semakin serius sejak disahkan positif leukemia oleh tuannya lebih kurang seminggu lepas.
Bagaimanapun, Iyo dan kisahnya akan kekal dalam ingatan kita sebagai satu ikon bagi menentang kezaliman dan kekejaman terhadap haiwan di negara ini

Pierre Andre bersyukur UAI sudi berlakon dalam filemnya

 
Pengarah dan pelakon popular, Pierre Andre melahirkan rasa syukur dan teruja selepas pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar Idrus atau dikenali (UAI) sudi berlakon dalam filem terbaru arahannya "Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang".
"Kesudian untuk terbabit dalam pembikinan filem ini juga sudah membuatkan saya berasa bersyukur. Rasanya tidak salah saya menggunakan populariti Ustaz Azhar Idrus untuk tujuan baik," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Pierre, UAI seorang pendakwah yang disegani ramai malah setiap kali ceramahnya dia pasti tidak akan ketinggalan untuk mengikuti yang mana itu juga menyumbang kepada perubahan dalam dirinya.
Dalam pada itu, pengarah berusia 27 tahun itu juga mengakui populariti yang ada pada UAI dapat membantunya berdakwah dalam filem itu.
"Populariti UAI dapat membantu misi saya untuk berdakwah menerusi filem walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan."
Namun begitu, jelas Pierre bukan mudah untuk mendapatkan khidmat UAI kerana banyak perkara yang harus dijaga dan dititikberatkan.
"Soalan pertama UAI tanya kepada saya, ada atau tidak perempuan terbabit dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah."
Selain kemunculan istimewa UAI, filem ini juga turut dibintangi Zalif Sidek, Mikael Andre, Epy Kodiang, Shiro Raja Lawak dan ramai lagi.
Filem terbitan MIG ini bakal menemui penonton pada 28 November ini.

Pengkhianat negara Bagi Yang Elak Bayar Cukai

 
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan rakyat yang mengelak membayar cukai walaupun layak berbuat demikian boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Ini kerana, katanya, membayar cukai juga termasuk dalam satu dasar dan prinsip patriotsme sama seperti mereka yang berjuang menjaga keamanan dan menegakkan kedaulatan negara.


“Dengan membayar cukai, rakyat membantu negara meneruskan kelangsungan pembangunan ekonomi bagi mengukuhkan negara. Apabila kita lunaskan tanggungjawab untuk negara, itu satu semangat patriotik.

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat dan tolong negara, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita lebih berjaya,” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat PENA.

Seminar pertama daripada 15 siri itu membincangkan tiga perkara utama iaitu kebaikan sistem cukai GST, Bajet 2014 serta perbincangan berhubung Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Siri jelajah PENA diteruskan di peringkat negeri bagi membincangkan serta memberi penjelasan tiga perkara utama yang dijangka dilaksanakan sehingga Februari tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu GST, Najib berkata, dengan pelaksanaannya negara mempunyai sumber kewangan dan hasil lebih baik untuk memacu pembangunan negara.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutama dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

“Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara yang mana kampung tradisional, bandar kecil bertukar wajah.

“Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

Mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, pembangunan ekonomi Bumiputera bukan bersifat rasis, sebaliknya segala pelan agenda yang direncanakan untuk Bumiputera adalah agenda nasional.

Beliau menegaskan tidak wujud keadilan sosial jangka panjang jika kaum majoriti di negara ini termasuk golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak diberikan perkongsian kekayaan negara secara adil walaupun hak dan tuntutan kumpulan minoriti didengari.

“Kalau kelompok ini (Bumiputera) kelompok majoriti, tidak dapat perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, bererti ini bukan keadilan sosial dan tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara kita.

“Jangan sebut ‘affirmative action’ (layanan sama rata) pada golongan minoriti saja. Apa akan terjadi kepada negara ini jika golongan majoriti terbiar dan dipinggirkan,” katanya.

Sunday, November 24, 2013

Dakwaan soalan SPM bocor disiasat

 Kota Kinabalu: Kementerian Pendidikan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud, berkata kementerian sudah mendapatkan maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membuat aduan berkenaan.
“Setiap aduan yang kita terima akan diberi perhatian termasuk disiasat untuk memastikan kesahihannya. Saya juga sudah meminta Timbalan Pengarah Lembaga Peperiksaan untuk mendapatkan maklumat agar tindakan segera dapat diambil.

Segera siasat dakwaan

“Saya difahamkan persatuan itu sudah membuat laporan polis. Oleh itu, kita akan menjalankan usaha segera menyiasat perkara itu. Sebenarnya, isu soalan peperiksaan bocor sudah lama tidak berlaku selepas terakhir dihebohkan akhir 1990-an,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan sesi perjumpaan dengan pegawai program 'School Improvement Partners (SI Partners) Plus and School Improvement Specialist Coaches (SISC) plus' di sini, semalam.
Kelmarin, PPIM menerima aduan tiga individu, Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan SPM tahun ini bocor.

Abdul Ghafar berkata, soalan SPM dicetak di United Kingdom dan perjalanan ke negara ini dikawal rapi dengan bantuan polis untuk mengiringi soalan berkenaan.


LP ambil tindakan

Sementara itu, Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataannya semalam, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai aduan itu dan akan mengambil tindakan segera selepas siasatan lengkap dijalankan.

“Sebagai sebuah institusi awam yang tertakluk mengikut Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), LP bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan peperiksaan awam di Malaysia.

“LP sentiasa memelihara kredibiliti dan integriti pengendalian peperiksaan dengan mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia,” katanya.

Menurut kenyataan itu, LP juga sentiasa mengambil tindakan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan bagi memastikan pengendalian peperiksaan dijalankan dengan penuh integriti.

Saturday, November 23, 2013

Wanita Brazil 18 Tahun sasar RM4.3 juta Jual Dara

Rebecca Bernardo


Brazil terkenal dengan Bossa nova , bola sepak dan kini, ia seolah-olah , lelongan keperawanan talian.
Rebecca Bernardo , 18, Sapeacu , Brazil, cuba untuk menjual keperawanannya kepada pembida tertinggi dengan harapan mendapatkan wang yang mencukupi untuk menampung kos penjagaan kesihatan untuk ibu yang sakit , yang baru-baru ini mengalami strok , Gawker dilaporkan.
Ia satu langkah yang membuktikan tiruan yang - dan zina - adalah bentuk-bentuk pujian ikhlas , kerana Bernardo sedang mengikuti jejak langkah rakan-rakan Brazil Catarina Migliorini . Kembali pada bulan Oktober , Migliorini didakwa menjual hak pertama untuk vajayjay dia seorang lelaki Jepun bernama " Natsu " melalui lelongan dalam talian yang menerima perhatian di seluruh dunia.
Bernardo mengakui yang diilhamkan oleh usaha Migliorini , tetapi hanya selepas cuba lain-lain bentuk pekerjaan , yang katanya hampir tidak meliputi kos penjaga bagi ibunya.
"Tidak datang satu masa apabila anda perlu membuat keputusan untuk mendapatkan apa yang anda mahu, " Bernardo kepada CNN. "Anda perlu menjadi kuat. "
Bernardo membuat video YouTube yang menawarkan perkhidmatan beliau pada bulan November, tetapi , setakat ini, beliau tidak mendapat hasil yang Migliorini lakukan.
Hanya 14,000 telah melihatnya dan tawaran tertinggi telah wujud $ 35,000 Dot harian melaporkan .

Giler !!Air Kencing Lady Gaga pun Nak Jadikan Minyak Wangi


 
New York: Seorang penyampai televisyen mendakwa dia menjadikan air kencing Lady Gaga minyak wangi selepas mengumpulkan air kencing penyanyi itu yang di dalam tong sampah.
Pengacara rancangan kabel AS Watch What Happens Live, Andy Cohen memberitahu rancangan Late Night With Jimmy Fallon yang superstar itu kencing di dalam tong sampah di bilik persalinannya.

“Ia cerita lama tetapi memang Gaga melakukan demikian. Ketika ingin keluar, dia berkata: “Saya tidak dapat cari tandas, minta maaf saya membuang air kecil dalam tong sampah.
“Dia Lady Gaga dan seorang superstar. Setakat yang saya tahu, dia boleh buang air di mana saja dia mahu,” katanya.

Cohen berkata, dia meminta pembantu peribadinya mencari petua dan resipi untuk menyimpan air kencing itu dan menjadikannya minyak wangi. “Jadi, kami masukkannya ke dalam botol yang cantik. Saya tahu, ia perbuatan yang salah tetapi jika anda tanya mengapa, saya lakukannya, saya akan berkata ia adalah artifak bintang pop yang bernilai,” katanya. Sementara itu, Gaga memberi amaran kepada peminatnya di Twitter dengan berkata: “Anda sudah diberi amaran jika dia cuba menyembur ke arah anda”. - Agensi

Kenderaan pelik RM3.5 juta


Los Angeles: Satu daripada beratus-ratus kereta yang dipamerkan di pameran kereta LA minggu ini mendapat liputan meluas akhbar, tetapi bukan semuanya mendapat pujian.
Walaupun berharga AS$1.1 juta (RM3.5 juta), kereta biru Youabian Puma meraih pelbagai gelaran pelik, termasuk “raksasa”, “gila” hingga kepada “tidak munasabah”.

Kenderaan besar yang dipamerkan berhampiran satu daripada pintu masuk pusat konvensyen itu tampil popular apabila puluhan ribu peminat kereta membanjiri pusat itu mulai semalam.

Pameran terbabit berlangsung selama 10 hari. Kereta bernilai RM3.5 juta itu mendapat perhatian pengunjung dengan tajuk depan akhbar LA Times menggelarnya ‘benar-benar pelik’.
KERETA Youabian Puma mendapat perhatian setiap pengunjung pameran kereta LA.

Laman Autoblog.com menggelarnya “nampak pelik” dan memetik kenyataan pengeluarnya yang menyifatkan ia “kenderaan untuk berseronok”.

“Lebih hebat daripada kehidupan, Youabian Puma memang tidak munasabah dari mana sudut pun anda lihat,” tulis carscoops.com, satu lagi laman media mengenai kereta yang meninjau kereta itu pada sidang akhbar sebelum pameran terbabit dibuka kepada awam.

Kereta itu disifatkan sebagai gabungan antara kereta sport dan kereta kebal oleh LA Times. Ia mempunyai saiz yang besar hampir 8 kaki lebar dan melebihi 20 kaki panjang. - Agensi

Friday, November 22, 2013

Temui Penawar Hiv, Aids


MACHANG - Setelah lapan tahun disahkan menghidap penyakit Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) dan jangkitan HIV, Azman (bukan nama sebenar) mendakwa menemui penawar apabila disahkan bebas penyakit berbahaya itu tahun lalu.
       
        Azman, 45, mula terjebak dengan najis dadah sejak berusia 15 tahun dan nekad meninggalkannya pada 2005 selepas keluar dari pusat serenti demi orang tersayang.
       
        “Apabila keluar dari pusat serenti, saya hilang anak-anak dan isteri. Sejak itu saya nekad untuk meninggalkan dadah tanpa mengambil sebarang ubat dan tinggal di pondok. Ketika itu, saya rasa macam baru dilahirkan dan cuba buat yang terbaik dalam hidup saya selepas diberi peluang kedua oleh ALLAH SWT.
       
        “Saya mula mendalami agama dan meninggalkan tempat kelahiran saya untuk berubah. Pada 2010, seorang rakan memperkenalkan penawar ini dan saya menghubungi pengusahanya secara terus melalui telefon. Sejak itu saya mengambil ubat tersebut sekalipun tidak mempercayai ubat-ubatan sebelum itu,” katanya.
       
        Dia berkata demikian ketika ditemui di kediaman pengusaha penawar berkenaan, Tuan Mohamad Tuan Bongsu di sini, semalam.
        Azman berkata, selepas tiga bulan dia mula merasakan perubahan dan meneruskan pengambilan ubat sehingga sekarang walaupun, disahkan bebas penyakit berbahaya itu pada tahun lalu.
       
        Menurutnya, dia membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan disahkan bebas HIV/AIDS.
       
        Dia belum bersedia untuk mendedahkan dirinya namun, rasa bertanggungjawab bagi membantu rakan senasibnya mengubati penyakit yang ditakuti ramai itu.
       
        “Ketika disahkan menghidap AIDS, saya reda dan menerimanya sebagai balasan ALLAH kepada saya yang banyak melakukan kesilapan serta nekad meninggalkan dadah.
       
        “Penawar berasaskan herba ini bukan membantu saya menyembuhkan penyakit tetapi membuatkan saya lupa dadah dan menjalani kehidupan normal,” katanya.
       
        Sementara itu, Tuan Mohamad berkata, dia mula mencari formula bagi menghasilkan penawar itu selepas ahli keluarga terdekatnya disahkan menghidap penyakit itu.
       
        “Saya tak sanggup lihat dia menderita dan saya mula mencari formula bagi menghasilkan penawar sebagaimana sabda Rasulullah, setiap penyakit ada ubatnya.  Saya banyak bertanya kepada doktor, tabib Cina dan orang berpengalaman dalam bidang herba serta pada masa sama mempelajarinya melalui internet.
       
        “Selepas setahun mencari, saya mula menghasilkan penawar itu dengan melakukan percubaan demi percubaan agar bersesuaian dengan penyakit itu. Alhamdulillah ahli keluarga saya itu sembuh selepas tiga tahun mencubanya dan meninggal dunia pada 2009 akibat penyakit kencing manis,” jelasnya.
        Bekas kontraktor itu berkata, dia mula berkongsi penawar itu dengan pesakit AIDS sejak beberapa tahun lalu, melalui internet memandangkan ramai pesakit malu untuk menampilkan diri mereka.
        Katanya, selepas kematian ahli keluarganya, dia berhenti menghasilkan ubat itu namun memulakannya kembali setahun kemudian untuk membantu penagih tegar dan penghidap HIV/AIDS yang dikatakan tiada ubat.
       
        “Penawar ini terdiri daripada herba dari dalam dan luar negara yang diadun sebaik mungkin bagi membantu pesakit menjalani kehidupan normal selepas disahkan menghidap penyakit membunuh itu,” katanya.

Jep & Rahim Sepahtu Kemalangan jadi Bahan lawak


Kuala Lumpur: Kemalangan jalan raya yang sepatutnya mengundang trauma dan kesedihan kepada pelawak Rahim Raja Lawak 2 bertukar sebaliknya apabila ia menjadi bahan gurauan dalam kalangan beberapa rakan pelawak.
Rahim atau nama sebenar Rahim Mat Ali, 43, berkata, gurauan itu timbul kerana kemalangan itu berlaku dalam keadaan melucukan.

“Patutnya bila benda ini (kemalangan) terjadi kita kena sedih, tapi ia jadi gurauan dan bahan jenaka dalam kalangan kawan pula.

“Ia jadi lawak sebab saya melanggar belakang kereta seorang kawan yang menolong saya menunjukkan jalan keluar pulang ke rumah.

“Tindakan saya itu dipersendakan kawan pelawak seolah-olah tidak berterima kasih dengan pertolongan kawan yang tunjukkan jalan itu,” katanya.

Pada insiden sekitar jam 2.30 pagi kelmarin di kawasan Putrajaya, kereta Proton Exora dipandu Rahim merempuh kereta rakannya dari arah belakang kerana tidak sempat menekan brek di lampu isyarat.
Kejadian berlaku ketika Rahim yang memandu sendirian selepas bermain sepak takraw di rumah penyanyi Asmawi Ani atau Mawi di Bangi.

sumber metro

Thursday, November 21, 2013

Cun Giler : Kembar Korea Bertukar Cantik Selepas Pembedahan Plastik


Gambar pertama adalah adik-beradik kembar sebelum pergi ke Korea liveshow TV 'Mari Kecantikan. Tujuan utama program ini adalah untuk membantu mereka yang mempunyai keadaan tertentu atau orang-orang yang terlalu hodoh untuk merasa yakin dalam kehidupan mereka. Bertuah ini adik-beradik kembar telah mendapat peluang mereka untuk mengubah rupa mereka apabila mereka mendapat ditaja oleh program ini. Mari kita lihat dan lihat keajaiban

Sebelum Pembedahan

Doktor mula membuat kajian
Gambar-gambar lain sebelum dan selepas







Penonton dalam rancangan ini terkejut apabila perubahan yang dialami oleh adik beradik kembar ini..

Doktor yang melakukkan pembedahan ini..



p/s bakal awek admin nie...hehe

Akhirnya MIG Nak filemkan Highland Tower


 Penerbit Metrowealth Pictures (MIG), David Teo kini dalam perancangan untuk menerbitkan filem dokumentari terbarunya mengenai kisah misteri yang mendakwa terdapat 'penunggu' yang menghuni banglo usang, Villa Nabila di Danga Bay, Johor Bahru.
"Rancangan membuat sekual selepas "Highland Tower" memang ada sebelum isu Villa Nabila diperkatakan.
"Lagipun, kisahnya masih panas, jadi lebih baik kita rebut peluang. Kalau saya tak buat atau ambil peluang, nanti penerbit lain akan buat," katanya kepada Hip.
Tambah David, misteri yang menyelubungi Villa Nabila cukup berpotensi untuk didokumentasikan.
"Bukan bermakna saya percaya benda tahyul. Macam "Highland Tower", kita lakukan penyelidikan dulu sebelum ke lokasi. Tambahan pula, tempat itu ada kisah tersendiri untuk diketengahkan apatah lagi banyak versi yang ditokok tambah hingga ramai yang ingin tahu cerita sebenar."
Bagaimanapun, David berkata, projek Villa Nabila masih diperingkat perancangan kerana terdapat beberapa lokasi lain yang sesuai dijadikan sandaran filem dokumentasi ala "Highland Tower".
Sementara itu, David memberitahu dia tidak kisah jika dikatakan mengambil kesempatan atas insiden Villa Nabila yang menjadi bualan ramai baru-baru ini kerana baginya peluang yang ada tidak harus dilepaskan.

Mahkamah Batalkan Mesyuarat Seniman, Zed Zaidi Hilang Jawatan Presiden

  

Hati mana yang tidak sedih apabila jawatan Presiden yang disandang selama ini tiba-tiba terbatal begitu sahaja. Namun keputusan mahkamah tidak boleh dipertikaikan. Keputusan Mahkamah Tinggi memutuskan Mesyuarat Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) kali ke-14 yang diadakan pada 25 Mei tahun lalu adalah tidak sah dan terbatal menyebabkan Zed Zaidi bukan lagi presiden persatuan tersebut.
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan Pendaftar (ROS).

Rosilah turut merintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas RM 56,000 kepada plaintif.

Dalam saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa A. Kadir defendan pertama hingga empat.

Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean) dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima hingga kelapan. Pihak defendan diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.

Menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan. Info asal Kosmo.


kopi pes dr beautipulnara

Villa Nabila Dipagar Elak Kejadian Berulang


Johor Bahru: Banglo terbiar, Villa Nabila di Jalan Skudai di sini, yang mendapat perhatian ramai penyebaran khabar angin melalui Internet kononnya 23 remaja disembunyikan makhluk halus tengah malam Sabtu lalu, kembali sunyi selepas pihak berkuasa mengesahkan dakwaan itu fitnah semata-mata.
Kawasan banglo terbiar seluas dua padang bola sepak itu sebelum ini menjadi antara lokasi tumpuan mereka yang ingin meneroka misteri yang dikaitkan dengan pelbagai kisah mistik.

Bagaimanapun, ia kembali sunyi apabila pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang pagar di pintu masuk utama bagi mengelak pencerobohan.Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bertindak memasang pagar zink pada petang kelmarin.

Datuk Bandar MBJB Ismail Karim berkata, kerja memasang zink itu dilakukan petang kelmarin selepas pihaknya mengeluarkan notis kepada pemilik villa berkenaan supaya membersih dan menutup bangunan.

“Sepatutnya pemasangan pagar dibuat selepas seminggu notis dikeluarkan, namun kami memagarnya segera memandangkan orang ramai masuk ke vila itu hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
“Buat masa ini kami buat pagar di kawasan pintu masuk utama dulu dan jika ada keperluan barulah kami memasang pagar pada laluan masuk dari arah belakang,” katanya.

Villa Nabila yang terbiar sejak 40 tahun lalu menjadi tumpuan apabila seorang remaja lelaki dilaporkan ‘hilang’ selepas memasuki premis itu bersama beberapa rakannya awal pagi Sabtu lalu.

Wednesday, November 20, 2013

Inilah Perempuan Yang 'Sorok' Remaja Yang Hilang Di Villa Nabila


Riuh pasal Villa Nabila. Lebih riuh dari kontroversi yang selalu berlaku kepada Nabila Huda.

Menangis ibunya kerana anaknya,  Izzat Izzudin, 16 disorok hantu Villa Nabila. Rupa-rupanya anak ditemui selamat berada di rumah rakan Flat Desa Mutiara sambil sempat menonton TV orang riuh carikannya.

Lebih menarik 'awek' ada juga bersama, sama-sama sorok menyorok.

Gambar di atas dikatakan gambar remaja perempuan yang bersama-sama Izzat Izzudin di rumah rakan.

Wanita Tak Berpakaian Di Kereta Api

 
Chicago: Seorang wanita menggemparkan penumpang kereta api komuter bandar ini apabila berbogel ketika menggunakan perkhidmatan awam itu dan mengisytiharkan dirinya sebagai Dewi Kereta Api dan merancang mengambil alih komuter itu.
Wanita yang tidak dikenali dan tidak berpakaian langsung itu muncul di Stesen Granville di Landasan Merah Chicago, laluan paling sibuk diurus Agensi Transit Chicago.
Dia kemudian menampar beberapa penumpang komuter sebelum berjalan ke gerabak paling depan dengan niat untuk memandu kereta api itu.

Menurut saksi, wanita berusia 31 tahun itu mengarahkan semua penumpang turun menyebabkan perjalanan tertangguh 15 hingga 30 minit.


PEGAWAI polis mengiringi wanita terbabit keluar daripada Stesen Granville.

Polis tiba di stesen itu pada 12:45 tengah hari dan mengiringi wanita itu keluar daripada komuter.

Wanita itu kemudian dibawa ke Hospital St Francis, Evanston untuk dinilai pakar perubatan.

Jurucakap polis mendakwa wanita itu mengalami masalah mental, tetapi tidak menyatakan secara spesifik penyakit yang dihidapinya.- Agensi

Tuesday, November 19, 2013

Kisah Villa Nabilla Tempat Sarang Penagih Dadah

 
Misteri remaja hilang di Vila Nabila menjadi tumpuan orang ramai baik di sekitar Johor Bahru mahupun pengguna di media sossial apabila berita kehilangan remaja dikatakan sejumlah 23 orang ramainya dikaitkan pula dengan elemen paranormal.
Maka berduyun-duyunlah ramai menyaksikan sendiri kesahihan cerita Villa Nabila Johor Baru JB ini sehingga akhirnya suasana menjadi kelam-kabut dan telah menyusahkan pelbagai pihak.

Walaubagaimanapun berita terkini yang Berita Semasa terkini menunjukkan di sini, cerita & kisah mengatakan 23 remaja hilang di Villa Nabila Johor Bahru, JB adalah karut belaka.
Ini kerana remaja yang telah pun disahkan hilang berdasarkan laporan polis yang telah dibuat iaitu Izzat Izzudin Husin (16 tahun) telah pun ditemui. Sudah ditemui? Ya…sudah ditemui.
  • Izzat Izzudin Husin ditemui di Flat Desa Mutiara, Johor Bahru, Johor pada tengah malam tadi
  • Izzat Izzudin Husin bersama 2 rakannya iaitu seorang rakan lelaki, dan seorang lagi kawana perempuan telah dirakamkan kenyataannya di Balai Polis Bandar Dato Onn
  • Berita Semasa difahamkan yang mana Izzat Izzudin Husin telah lari rumah bersama teman wanitanya dan tidur di flat kawannya
Moga ini menjadi pengajaran kepada pengguna Internet di Malaysia. Apa sahaja yang tersebar dan dikongsikan, belajar menganalisa setiap maklumat terlebih dahulu. Nampaknya pengakhiran cerita misteri Villa Nabila Johor Bahru tidak seperti yang diharapkan ramai pihak.
sumber dari beritakini.my

 

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing