Click This pages

Sumbangan ikhlas

Sunday, January 19, 2014

Padah ingkar suami

 
Kuala Lumpur: Berang isterinya keluar rumah tanpa izin, seorang lelaki bertindak kejam dengan menoreh muka wanita terbabit menggunakan pisau lipat di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 25 tahun menerima lapan jahitan di muka dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin suaminya berusia 30 tahun untuk pulang ke rumah ibunya di Batu Caves, namun permintaan itu ditolak.

“Biarpun tidak diizinkan, si isteri nekad pulang ke rumah ibunya. Selepas suaminya keluar dari rumah, dia menghubungi teksi dan bergegas pulang ke rumah ibunya.

“Tidak lama kemudian, lelaki terbabit pulang sebelum mendapati isterinya tiada lalu bergegas mencarinya,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika berlegar-legar mencari, lelaki itu menemui isterinya di dalam sebuah teksi di Jalan Munshi Abdullah sebelum menahan kenderaan terbabit.

Lemas cuba selamat rakan


Jeli: Memilukan apabila seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang cuba menyelamatkan rakan sekuliahnya, turut lemas sebelum mayat mereka ditemui selang 10 minit di Lata Renyok, Kuala Balah, di sini, kelmarin.
Kejadian jam 4.30 petang itu berlaku ketika Mohd Azim Sameer Nor Zamri, 21, dari Klang, Selangor dan Mohd Zulfikal Mohd Saupi, 20, dari Panglima Bayu, Tanah Merah, kedua-duanya penuntut Fakulti Industri Asas Tani UMK Jeli, mandi di kawasan dalam bersama sebahagian daripada 13 rakan yang berkelah di air terjun itu.
Ketika mandi, Mohd Zulfikal kejang kaki dan lemas sebelum Mohd Azim yang berada di tebing berenang semula ke arah rakannya untuk menyelamatkannya tetapi turut lemas.

Saksi kejadian, Mohd Sharil Hakimi Baharudin, 20, yang turut serta dalam perkelahan itu berkata, dia dan beberapa rakan lain tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku pantas.

“Saya tidak menyertai mereka mandi di tempat dalam dan hanya memerhati mereka berenang. Tiba-tiba Mohd Zulfikal meminta tolong kerana kakinya kejang dan dia lemas sebelum Mohd Azim berenang ke arahnya, tetapi turut lemas.

“Kedua-dua mangsa terkapai-kapai sebelum lemas. Saya dan rakan lain terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan mereka,” katanya.

Anggota bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat menemui mayat Mohd Azim pada 5.26 petang sebelum diikuti Mohd Zulfikal 10 minit kemudian, tidak jauh antara satu sama lain.

Mayat dua rakan itu dibawa ke Hospital Jeli untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mereka untuk dikebumikan.

Jenazah Mohd Zulfikal dituntut ahli keluarganya jam 11 malam tadi manakala jenazah Mohd Azim Sameer diuruskan pihak UMK untuk dihantar ke kampungnya di Klang, Selangor.

Abang Mohd Zulfikal, Nor Akmal Saupi, 28, berkata, kali terakhir dia berjumpa adiknya pada Selasa lalu ketika mangsa bercuti di kampung.

“Adik tidak menunjukkan perubahan ketika kami sekeluarga berjumpa dengannya. Kami sekeluarga terasa kehilangannya namun kami reda kerana Allah SWT lebih menyayanginya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Soleh Nasir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.53 petang sebelum tujuh anggota bomba dan sebuah jentera serta 16 anggota bomba sukarela Jeli dan Kuala Balah ke tempat kejadian.

“Anggota bomba turut dibantu penduduk kampung dan kita mengambil masa 23 minit bagi mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tenggelam berhampiran satu sama lain dalam kedalaman 3.6 meter.

“Mangsa pertama (Mohd Azim) ditemui jam 5.26 petang sebelum diikuti mangsa kedua (Mohd Zulfikal) kira-kira 10 minit kemudian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli Deputi Superintendan Sheik Azhar Sheik Omar mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

''Bomoh Alim " Larikan Isteri


Muar: “Saya tidak sangka bomoh yang berperwatakan alim itu bukan saja sanggup menggunakan ilmu hitam untuk melarikan isteri, malah turut melesapkan RM20,000 hasil perniagaan kami, “ kata seorang peniaga, Rozman Jamil, 46.
Peniaga buah dari Kampung Jawa, Panchor di sini, mendakwa isterinya, Zainon Ibrahim, 41, yang menguruskan gerai buah-buahan di hentian Rawat dan Rehat (R&R) Lebuhraya Utara-Selatan Pagoh, hilang dipercayai dilarikan seorang lelaki pada jam 3.30 petang, pada 2 November lalu.
Rozman berkata, dia percaya kehilangan Zainon ada kaitan dengan seorang lelaki dikenali Azman yang baru dikenali ketika mereka bercuti di Pulau Besar, Melaka, Jun lalu.
Menurutnya, ketika dia dan isteri sedang makan di sebuah kedai di Pulau Besar, Azman lingkungan 40-an tiba-tiba menghampiri mereka dan berbual mesra.
“Lelaki itu kelihatan peramah selain memaklumkan dia bomoh handal dari negara jiran dan dapat membantu jika ada masalah berkaitan perniagaan.
“Azman kemudian meminta nombor telefon kami sebelum meminta diri.
Saya sangka ia hanya setakat itu namun tiga minggu kemudian, lelaki terbabit menemui Zainon secara bersembunyi dan memaklumkan ada beberapa botol minyak, tasbih serta beberapa barang lain yang kononnya dapat membantu melariskan jualan,” katanya.
Bapa kepada dua anak itu berkata, dia percaya lelaki itu mengenakan ilmu hitam terhadap isterinya menyebabkan wanita itu menuruti kata-kata lelaki terbabit.
Katanya, selepas beberapa bulan berhubung, Zainon menghilangkan diri tanpa meninggalkan apa-apa pesan.
“Sejak Zainon menghilangkan diri saya ada bertemu dengan beberapa pengamal perubatan tradisional untuk mengesan isteri, namun semuanya memberi jawapan sama iaitu isteri dikenakan ilmu hitam.
“Itu mungkin ada benarnya kerana saya dapati isteri memasukkan wang hasil perniagaan kami hampir setiap hari lebih RM20,000 ke beberapa akaun bank berbeza dalam tempoh tiga bulan selepas mengenali lelaki itu,” katanya yang turut membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, November lalu.
Menurut Rozman, dia pernah menasihatkan Zainon menjauhkan diri daripada lelaki itu berikutan curiga dengan kelakuannya.
Katanya, sebelum menghilangkan diri, Zainon tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan, malah mereka juga tidak berdepan dengan masalah rumah tangga.

Rozman berkata, dia serta anak mereka, Mohd Naim, 15, dan Norhafifi, 14, risau memikirkan keselamatan wanita itu kerana usaha mengesannya sehingga kini menemui jalan buntu.
“Sejak menghilangkan diri, Zainon tidak dapat dihubungi kerana telefon bimbitnya dimatikan.

Saya berusaha mengesan Zainon di rumah saudara di seluruh negara, tetapi tidak berjaya.
“Kehilangan Zainon juga memberi kesan kepada Mohd Naim dan Norhafifi yang demam teruk sejak seminggu lalu kerana terlalu merindui ibu mereka.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zainon diminta menghubungi saya di talian 010-7196678,” katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berkenaan.
sumber metro

Kepala ‘berduri’ ditimpa landak


Rio de Janeiro: Seorang suri rumah mengalami kesakitan teruk selepas seekor landak jatuh atas kepalanya ketika dia keluar membawa anjingnya berjalan.
Akibat kejadian, Sandra Nabuco, 52, terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan berikutan 200 duri landak melekat di kulit kepala dan rambutnya.
“Memang mengejutkan. Tiba-tiba saya rasa sesuatu di atas kepala saya dan apabila merabanya tangan saya terkena duri landak.

“Doktor terpaksa menggunakan penyepit untuk mengeluarkan semua duri itu.

 “Mula-mula kami mengiranya tetapi bila sampai 150 kami pun tidak larat meneruskan. Saya anggarkan sekurang-kurangnya 200 duri dicabut,” katanya.

 Haiwan itu dipercayai jatuh daripada tiang lampu.

Doktor memberikan antibiotik untuk mengelak jangkitan kuman.

Sandra kini mampu ketawa namun menganggap kejadian itu peringatan untuk semua.

“Sekurang-kurangnya saya masih sihat. Saya tidak dapat bayangkan apa berlaku sekiranya kejadian membabitkan kanak-kanak atau orang tua,” katanya ketika ditemui, semalam. - Agensi

Tuesday, January 14, 2014

Johan Dah Botak

Alhamdulillah. Johan dan isterinya Ozlynn selamat tiba di Makkah minggu lalu untuk mengerjakan umrah berdua. Kata Ozlynn, ini merupakan bulan madu paling manis untuk mereka. Apa yang menariknya dalam mengerjakan umrah kali ini, Johan telah membotakkan kepalanya!
 
Botak licin dan comel betul Johan sekarang! 
 
Kata mereka dalam Instagram mereka, "Alhamdulillah ni la hasil semlm.. bak kata suami sya * kalau papa nk botak atau gunting rambut pun biar la bersebab (tidak mensia2kan) syukur Alhamdulillah dipermudahkanNya.. inilah honeymoon yg paling manis dlm hidup kami.."
 
Baguslah begitu kan? Potong rambut bersebab, itulah Johan yang kami kenali. Penyampai JoHaRa Pagi ERA ni memang jarang kira tengok nak menunjuk lebih-lebih lagi tentang kehidupan peribadinya. Tak sabar nak tunggu Johan dan Ozlynn balik ke Kuala Lumpur tak lama lagi. Nak dengar cerita pasal Makkah dan Madinah. Seronoknya!
 
era Fm

Friday, January 03, 2014

Gaji pertama artis terkenal Bollywood

New Delhi: Mereka kini bergelar selebriti kelas A malah ada antara mereka disenaraikan bintang paling kaya India. Namun tahukah anda berapa gaji pertama diterima mereka?
Ada yang mendapat gaji terlalu menyedihkan pada awal karier, namun tetap menyimpan gaji pertama itu sebagai kenangan.

Rohit Shetty mula bekerja pada usia 16 tahun sebagai pembantu pengarah filem Kuku Kohli dengan gaji 31 rupee (RM1.64) sehari - sekadar cukup untuk membeli makanan kudapan setiap hari.Sementara itu, Sonam Kapoor juga menjadi pembantu pengarah pada usia 18 tahun dengan pendapatan 30 rupee (RM1.58), sehingga terpaksa berjalan puluhan kilometer ke tempat kerja untuk menjimatkan wang.

Seorang lagi pelakon, Emran Hashmi pertama kali dikenali sebagai bintang cilik iklan jenama Goodnight dengan bayaran 2,493 rupee (RM132).

Dia yang kini antara bintang paling menyerlah Bollywood bagaimanapun tidak pernah mendedahkan berapa bayaran yang kini diterimanya bagi setiap filem dilakonkan.
Aktres jelita Priyanka Chopra pula mendapat gaji pertama berjumlah 4,987 rupee (RM264). Bagaimanapun, disebabkan berasal daripada keluarga berada, dia menyerahkan sepenuhnya gaji itu kepada ibunya yang masih disimpan sebagai kenangan.

Pelakon kacak John Abraham mendapat bayaran 12,215 rupee (RM647) namun tidak langsung dibelanjakan, sebaliknya di simpan di bank sehingga kini.
Seorang lagi pelakon tampan, Hrithik Roshan kali pertama berlakon dalam filem Aasha pada 1980 ketika masih kecil manakala bayaran diterimanya sebanyak 96 rupee (RM5) - yang semuanya dihabiskan dengan membeli kereta mainan.

Aktor Akshay Kumar pula pelayan restoran di Bangkok, Thailand sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, malah mendapat gaji 1,526 rupee (RM81), jauh kecil daripada pendapatannya sekarang yang meletakkannya sebagai antara 10 selebriti terkaya India. Pelakon veteran Amitabh Bachchan pula hanya mendapat bayaran 458 rupee (RM24) ketika pertama kali bekerja di Bird & Co di Kolkata.

Nyata kehidupannya sebagai bintang seni membuahkan hasil jauh lebih lumayan.

Dharmendra pula mendapat bayaran pertama 51 rupee (RM2.70) sehari bagi lakonan dalam filem Dil Bhi Tera Hum Bhi Tere pada 1960 - jumlah yang mungkin dikira cukup besar ketika itu.

Akhir sekali, bintang terkenal Shah Rukh Khan hanya menerima 50 rupee (RM2.70) sehari ketika menjadi pekerja di lokasi konsert di Delhi.

Walaupun terlalu kecil, dia memilih menghabiskan gajinya untuk bercuti ke Taj Mahal di Agra. - Agensi

Bapa Tak Sedar Anak Dalam Kereta

KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.

Kuantan: “Kami terlupa, minta maaf.” Demikian kata seorang wanita berusia 39 tahun selepas anaknya yang berusia tiga tahun, Muhammad Arif Mohd Yusof ditemui tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang, semalam, selepas ditinggalkan dalam kenderaan selama kira-kira sembilan jam.
Bagaimanapun, keluarga mangsa yang ditemui di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, petang semalam, enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan menyerahkannya untuk siasatan polis.Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku apabila bapa mangsa yang berusia 41 tahun terlupa untuk menghantar anak bongsunya itu ke sebuah taska di Indera Mahkota, di sini, sebelum menyedari mangsa berada di bahagian tempat duduk belakang kenderaannya kira-kira jam 5.30 petang, semalam.

Sumber berkata, pasangan suami isteri terbabit keluar dari rumah mereka di Kampung Pandan 2, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam, bersama lima anak mereka untuk dihantar ke sekolah.

KAKITANGAN hospital membawa keluar mayat seorang kanak-kanak yang ditemui tidak sedarkan diri dalam kenderaan bapa, semalam.

Katanya, bapa mangsa kemudian menghantar dua anak bersama isterinya yang bekerja sebagai pembantu tadbir ke sebuah sekolah menengah di Pandan, di sini.

sumber metro

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing