Pages

Tuesday, March 01, 2011

SENARIO TINGKATAN ENAM SEMASA

SENARIO TINGKATAN ENAM SEMASA


 

Oleh

Hasbullah Hj Abu Kassim

Penolong Kaunselor Pentadbir, JPWP Kuala Lumpur


 

PENDAHULUAN


 

Keratan akhbar UTUSAN MALAYSIA, 4 Mac 2003, menyatakan…, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengutamakan calon lepasan STPM & program Matrikulasi berbanding calon lepasan diploma untuk mengikuti kursus ijazah pertama di insitusi pengajian tinggi awam (IPTA)…, berdasarkan peraturan, jika calon lepasan diploma mempunyai keputusan peperiksaan yang sama dengan calon STPM dan Matrikulasi – maka KPM akan memberi tempat di IPTA kepada calon STPM dan Matrikulasi sahaja. Tambah KPM pula, pada tahun lalu lebih 16,500 lepasan diploma yang memohon mengikuti program ijazah pertama dan daripada jumlah tersebut hanya 3600 sahaja yang berjaya. Sementara itu, atlet sukan yang cemerlang dan pernah mewakili negara atau negeri akan diberi kelonggaran untuk memasuki IPTA berdasarkan kursus yang dipohon. Juga, KPM menyatakan 36,500 tempat bagi lepasan STPM 2002 untuk ke IPTA (Bertambah 11% tahun 2003 berbanding tahun 2002) dan ini menyebabkan persaingan sengit 17,00 lepasan Matrikulasi dan lulusan STPM yang berjumlah 40, 714 orang.


 

KELEBIHAN PENDIDIKAN TINGKATAN ENAM


 

Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.


 

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.


 

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.


 

Syarat yang dikenakan untuk memasuki T6 juga mudah iaitu LULUS dalam SPM dengan KEPUJIAN 3 subjek termasuk BAHASA MELAYU serta berumur antara 17 hingga 20 tahun. Untuk kemasukan ke jurusan KEMANUSIAAN – calon mestilah memperolehi jumlah aggregat TIDAK MELEBIHI 8 unit bagi tiga subjek terbaik dan jurusan SAINS, calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 3 KEPUJIAN dengan jumlah aggregat yang tidak melebihi 18 unit. ( Buletin KPM: WARTA PENDIDIKAN, Bil 2/1999 )


 

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI


 

TINGKATAN ENAM 

MATRIKULASI

 

Tempoh pengajian 3 semester 

Sama 

Aliran sains dan kemanusiaan 

Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan 

Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara 

Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )

Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma 

Kos lebih tinggi  

Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan 

Tidak diiktiraf oleh JPA 

Setaraf A level 

Kurikulum berpandukan STPM

Penghantar Bahasa Melayu 

Sama 

Pusat di sekolah seluruh negara 

Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah) 


 

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia


 

PENUTUP


 

Semoga dengan pendedahan ini akan meluaskan pengetahuan pelajar khususnya pelajar tingkatan 6 rendah yang baru mendaftar di sekolah ini. Yang terpenting, pelajar mempunyai semangat dan daya usaha yang kuat untuk berjaya dalam STPM.


 

Ingatlah, kejayaan seseorang pelajar dalam STPM itu bergantung kepada jumlah kapasiti USAHA pelajar itu sendiri – bukannya kepada faktor popular sesebuah sekolah ataupun nama sesebuah sekolah itu.


 

OK, TAHNIAH, SYABAS DAN SELAMAT DATANG KE ALAM FORM SIX !

                                            - roy

No comments:

Post a Comment