Pages

Saturday, March 23, 2013

Semakan Kelayakan Spm/Stpm Sebelum Masuk Universiti


Pengumuman keputusan SPM 2012 telahpun diketahui pada 21 Mac 2013. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Sudah tentu ibu bapa/penjaga, guru-guru serta sahabat handai bangga dengan kejayaan anda.

Bagi diri saya sendiri, kejayaan pelajar saya mengekalkan keputusan 100% dalam subjek Sejarah amat membanggakan kerana mereka merupakan batch terakhir yang menduduki peperiksaan Sejarah mengikut format lama. Mulai tahun 2013, subjek Sejarah akan menggunakan format baru iaitu pengenalan Kertas 3 dan merupakan subjek wajib lulus SPM.

Di sini saya ingin kongsikan satu sistem yang membolehlah lepasan SPM dan STPM menyemak kelayakan yang ditawarkan di IPTA dan boleh digunakan sebagai panduan untuk memilih jurusan yang layak anda mohon semasa mengisi borang UPU online.


1. Pergi ke laman web - http://imascu.upu.mohe.gov.my

2. Isikan maklumat pengguna seperti No. K/P, Nama, No. Telefon Bimbit dan Email. Kemudian pilih kelayakan akademik anda.


3. Masukkan maklumat keputusan peperiksaan. Kemudian, click Seterusnya.

Contoh keputusan SPM

4. Anda boleh membuat semakan syarat kelayakan berdasarkan pilihan yang diberi.

Satu paparan akan keluar dan menunjukkan sama ada anda layak atau tidak memohon jurusan yang ditawarkan. Anda boleh mencetak semakan tersebut sebagai panduan semasa mengisi borang UPU nanti.



Sumber http://www.ciklaili.com/2013/03/semakan-syarat-kelayakan-program-ipta-i.html#ixzz2OMr8nrlb
 

1 comment:

  1. salam,saya nak Tanya kenapa lman web imascu tu tak boleh pilih ipta lain,,ada uitm je?

    ReplyDelete