Pages

Friday, April 19, 2013

Disney Dikecam Atas Kemeja T Seksis ?




17 Apr – Syarikat Disney yang memiliki Marvel Comics kini dikecam oleh orang ramai akibat mengeluarkan kemeja-T yang berbaur seksis dengan mencetak kenyataan seperti "I Need A Hero" bagi kemeja-T wanita dan "Be A Hero" untuk kemeja-T lelaki.

Dijual dengan harga AS $24.50 (RM74.50) dan berwarna merah bagi golongan wanita manakala golongan lelaki pula boleh mendapatkannya dengan harga AS $16.50 (RM50.18) dalam warna biru, kemeja-T tersebut juga boleh dibeli secara 'online' menerusi laman sesawang DisneyStore.com. 

Walaupun menggunkan perkataan sama, iaitu 'hero' bagi dua kemeja-T tersebut, apa yang membuatkan para pelanggan marah adalah cara perkataan itu digunakan dalam dua slogan berlainan yang memberikan implikasi bahawa hanya lelaki sahaja yang mampu menjadi wira dan wanita pula perlu diselamatkan. 

"Saya suka filem Disney... Apa yang saya tidak suka tanggapan kuno yang membezakan lelaki dan wanita yang masih cuba diajar kepada generasi baru. Kemeja-T "Be A Hero" itu hanya dibuat secara eksklusif khas buat golongan lelaki sahaja dan bukan seacra unisex," ujar salah seorang jurucakap bagi Powered by Girl.



No comments:

Post a Comment