Pages

Friday, April 19, 2013

'Kopi gantung' mula popular di UK


Anda sudah pasti biasa dengan kopi latte, kapucino dan sebagainya tetapi pernahkan anda mendengar terma 'kopi gantung'?

Konsep ini bukanlah sesuatu yang pelik memandangkan ianya sudah mula diperkenalkan di Naples, Itali semenjak lebih dari 100 tahun yang lalu tetapi tidak lagi diamalkan semasa zaman perubahan ekonomi selepas perang dunia di Eropah. Namun, kini, 'kopi gantung' kembali dihidupkan semula di sekitar Britain serta negara-negara lain di dunia. 

Motif sebenar konsep ini bukan sahaja untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal tetapi ianya juga sebuah pertolongan kepada orang yang tidak bekerja dan tidak berduit. 

Cara kopi gantung dibuat memang mudah sahaja. Apa yang boleh dibuat adalah pelanggan selalunya akan memesan sekurang-kurangnya dua cawan kopi yang mana mereka hanya akan mengambil satu cawan kopi. Cawan kopi yang selebihnya ditinggalkan di kaunter untuk diberikan kepada mereka yang tidak mampu. 

Buat masa ini, sudah lebih dari 150 kedai kopi francais di sekitar Britain sudah mengikuti skim kopi gantung ekoran dari masalah kekurangan peluang pekerjaan yang sedang berlaku di sana. Starbucks dan Costa adalah antara dari francais yang turut tidak mahu ketinggalan dari membawakan skim berikut.

No comments:

Post a Comment