BANDAR RAYA OKLAHOMA - Berjuta-juta cengkerik membanjiri beberapa
kawasan di negeri Oklahoma dengan mengeluarkan bunyi bising dan bau
busuk, lapor akhbar Daily Mail semalam.
Menurut penduduk tempatan, serangga itu berkeliaran di setiap ruang
termasuk jalan raya, laluan pejalan kaki dan dinding bangunan.
Tindakan membunuhnya juga dilaporkan tidak berkesan. Ini kerana
bangkai cengkerik akan menarik kehadiran lebih banyak serangga itu untuk
memakannya.
Penduduk juga tidak dapat mengelak daripada memijak serangga berbau busuk itu ketika mereka keluar ke bandar.
Dalam pada itu, beberapa pakar berkata, musim hujan mungkin menjadi faktor penyebab ledakan dalam bilangan serangga tersebut.
"Bilangan cengkerik meningkat dengan banyak selepas cuaca kering
berakhir yang diikuti hujan lebat pada bulan Julai dan Ogos," kata
Pengarah Makmal Penyakit Tumbuhan dan Diagnostik Serangga Universiti
Oklahoma, Rick Grantham.
"Rekahan tanah yang meluas juga boleh menjadi faktor penting," tambahnya.
Serangga itu bersarang di dalam tanah.
Grantham turut mencadangkan beberapa langkah yang boleh mengurangkan
jumlah cengkerik seperti membuang timbunan batu bata, kayu atau serpihan
lain di sekitar rumah. - AGENSI
No comments:
Post a Comment