TOKYO - Puting beliung yang melanda timur Jepun semalam menyebabkan
berpuluh-puluh orang cedera dan sekurang-kurangnya seorang cedera parah,
selain memusnahkan sejumlah bangunan.
Polis di wilayah Saitama dekat Tokyo menyatakan bahawa seramai 63 orang dilaporkan cedera.
Butiran lanjut berhubung kecederaan mereka tidak diketahui.
Agensi berita Kyodo melaporkan, puting beliung menjejaskan
bekalan elektrik, menerbangkan bumbung sejumlah rumah serta merosakkan
tingkap-tingkap di sebuah sekolah rendah.
Menurut polis, enam rumah musnah di Saitama sementara 83 buah rumah lagi rosak sebahagian.
Puting beliung turut membadai sebahagian kawasan berdekatan termasuk wilayah Chiba. - AP
No comments:
Post a Comment