Pages

Tuesday, October 29, 2013

Siti Saleha mengakui sudah mempunyai kekasih hati yang berasal dari Eropah sejak empat bulan lalu.


Pelakon jelita Siti Saleha mengakui sudah mempunyai kekasih hati yang berasal dari Eropah sejak empat bulan lalu.
"Biasalah kita perlukan warna dalam kehidupan ini dan benar saya sudahpun mempunyai seorang kekasih. Dia merupakan lelaki berbangsa Eropah yang berkerja di negara ini"," katanya kepada mStar.
Walaupun sudah mempunyai kekasih, pelakon berusia 23 tahun ini berkata, dia belum mempunyai perancangan untuk berkahwin lagi kerana hubungan mereka masih di peringkat awal dan sedang dalam proses mengenali hati budi masing-masing.
"Ia masih lagi dalam fasa pengenalan dan tiada yang serius lagi dalam perhubungan ini. Saya baru 23 tahun, banyak perkara yang ingin saya lakukan dahulu sebelum berkahwin," ujar Saleha yang turut enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu.
Sebelum ini, bintang "Balada Pencinta" ini pernah menjalinkan hubungan dengan Syed Adney Syed Hussein yang merupakan penjaga gol negeri Sabah, namun hubungan mereka putus di tengah jalan
 
 

No comments:

Post a Comment