Pages

Wednesday, November 27, 2013

Apakah Maksud Black Friday ?

Seminggu dua banyak sekali terjumpa perkataan Black Friday di internet. Buka Google jumpa black friday, buka Yahoo! jumpa black friday, buka Bing jumpa black friday. Anda tahu apakah itu Black Friday? Saya tak tahu. Itulah… sayapun carilah jawapannya.
Black Friday kalau diterjemah terus ke Bahasa Melayu bermaksud Jumaat yang hitam (atau menyedihkan?) dan selalu digunakan di negara Barat untuk merujuk kepada peristiwa-peristiwa sedih atau tragis yang berlaku pada hari Jumaat. Namun Black Friday yang selalu kita jumpa di internet seminggu dua ini bukanlah merujuk kepada peristiwa sedih tetapi sesuatu yang ada hubungan keuntungan dan perniagaan iaitu hari Jumaat yang menandakan bermulanya musim membeli belah atau jualan hujung tahun!
Setiap sambutan atau perayaan yang berasal dari negara Barat semestinya ada hubung kait dengan kepercayaan dalam agama Kristian. Sebab itulah mengapa kita sebagai sebagai orang Islam tidak perlu ikut ataupun terikut-ikut dengan cara mereka. Black Friday ialah hari Jumaat sehari selepas perayaan Thanksgiving dan ianya dinamakan Black Friday kerana dikatakan peniaga biasanya meraih keuntungan lumayan dan luar biasa pada hari tersebut dan catatan perniagaan bertukar dari red (dakwat merah – rugi) bertukar kepada black (dakwat hitam -untung).
Pada hari Black Friday ini para peniaga mengadakan jualan dan promosi secara besar-besaran dan memberikan potongan harga yang gila-gila bagi menarik pelanggan. Kebiasaannya orang ramai akan berebut-rebut keluar untuk membeli-belah pada hari tersebut untuk mendapatkan tawaran harga murah yang ditawarkan oleh peniaga. Kesimpulannya Black Friday ialah hari membeli belah dengan jualan murah yang diadakan setahun sekali. Kita boleh membeli-belah pada hari tersebut tetapi kita tidak patut menganjurkannya kerana dilihat ada kaitan dengan perayaan Thanksgiving. Harap-harap tidak ada rakan peniaga Islam kita yang turut mengadakan promosi jualan Black Friday.

blog copy paste

P/s :Secara tidak langsung di negara kita pun ada jugak black Friday tapi ia bukan namablack friday tapi Mega Sale...huhu

No comments:

Post a Comment