Muar: Seorang pekerja warga Myanmar terbunuh selepas dihempap
kira-kira 100 keping cermin seberat hampir dua tan ketika memunggah
cermin berkenaan di belakang sebuah kedai di Jalan Sakeh di sini,
semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa, Thang Ngaih Lian, 22,
meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan
badan.
Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakan berehat
di atas lori tiga tan selepas memunggah kira-kira 350 keping cermin
seberat 20 kilogram setiap satu ke kedai majikannya.
Bagaimanapun, kira-kira 100 daripada 150 susunan cermin selebar 3.6
meter persegi setiap satu yang masih berada di atas lori itu tiba-tiba
tumbang lalu menghempap mangsa menyebabkannya terperosok dalam longkang.
Rakannya yang dikenali sebagai Ngai, 20-an berkata, kejadian berlaku
begitu pantas dan tidak sempat berbuat apa-apa untuk membantu
menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
No comments:
Post a Comment