Kuala Lumpur: Selama 20 tahun berkahwin, Rahmah, 53, dilimpahi
pelbagai kemewahan. Rumah tangganya bahagia walaupun suaminya mualaf,
dia taat pada perintah agama dan sangat menyayangi dua anak mereka.
Bagaimanapun, semuanya berubah secara mendadak sejak tiga tahun lalu
apabila suaminya yang berusia 48 tahun dan berasal dari United Kingdom
berkenalan dengan seorang lelaki berumur awal 30-an yang juga rakan
sepejabat sebelum menjalin hubungan songsang.
“Sejak awal perkahwinan, saya diberi segala kemewahan, malah
perumahan elit menjadi tempat tinggal saya, hanya keluarga kami menginap
di situ, selebihnya golongan profesional warga asing.
“Anak
belajar di sekolah persendirian dengan bayaran puluhan ribu sebulan.
Namun, itu belum cukup untuk menjadikan rumah tangga saya kekal bahagia
selepas kehadiran ‘madu’ yang melayani suami ketika dia di luar rumah,”
katanya ketika ditemui semalam.
Rahmah
berkata, perubahan mendadak suaminya, perunding pembinaan syarikat
berpangkalan di luar negara, yang tidak mahu ‘duduk’ rumah dan sering
menjadikan urusan kerja sebagai alasan untuk menghilangkan diri selama
berminggu-minggu sejak tiga tahun lalu, menimbulkan tanda tanya.

No comments:
Post a Comment