Pages

Monday, December 02, 2013

Stor Polis Terbakar !!


Kuala Lumpur: Sebuah stor simpanan barang rampasan milik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di kawasan lapang berhampiran tokong Cina di Laman Rimbunan, Kepong terbakar, semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sejurus menerima aduan jam 6.20 petang, empat jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang, Sri Hartamas, Sentul dan Jalan Han Tuah dikejarkan ke tempat kejadian.

“Jentera pertama dari BBP Jinjang tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian dan mendapati api marak. Anggota bomba mengalami kesukaran memadam api kerana tekanan air dari pili bomba rendah
“Pasukan bertugas terpaksa menghubungi pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) bagi mendapatkan bantuan bekalan untuk mempercepatkan proses memadam,” katanya.

No comments:

Post a Comment