Pages

Tuesday, October 06, 2015

IS Letupkan Binaan Sejarah, Arch of Triumph



BEIRUT – Kumpulan pengganas Islamic State (IS) meletupkan binaan sejarah, Arch of Triumph yang terletak di kota purba Palmyra di Syria, kata seorang ketua khazanah negara semalam.
Tindakan itu menunjukkan bahawa kumpulan berkenaan secara berterusan berusaha meruntuhkan kawasan-kawasan bersejarah yang terletak di bawah jajahan mereka di Syria dan Iraq.
Pengarah Khazanah Syria, Maamun Abdulkarim berkata, apa yang dilakukan oleh militan IS itu merupakan satu ‘malapetaka’ kepada tapak-tapak warisan yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

The ancient ruins of Palmyra have stood since the second millennium B.C. and features some of the most advanced architecture of the period. The UNESCO World Heritage Site subsequently evolved through Greco-Roman and Persian periods, providing unique historic insight into those cultures. Palmyra has been damaged during <a href="http://www.cnn.com/2013/08/27/world/meast/syria-civil-war-fast-facts/index.html">Syria's Civil War</a>, and Syria's government has confirmed ISIS fighters <a href="http://www.cnn.com/2015/06/24/middleeast/syria-isis-palmyra-shrines/index.html">destroyed two ancient Muslim shrines</a> in the ancient oasis city.
“Ia adalah satu kemusnahan yang sistematik di bandar ini. Mereka mahu meruntuhkan kese­muanya termasuk ampiteater dan tiang-tiang purba,” kata Maamun sambil menggesa campur tangan daripada komuniti antarabangsa bagi menyelamatkan kota Palmyra.
Dikenali sebagai Permata Padang Pasir, bandar purba Palmyra terletak kira-kira 210 kilometer (km) dari timur laut Damsyik yang terkenal dalam kalangan pelancong di Laluan Sutera.
Kedua-dua kubu dan runtuhan itu disenaraikan sebagai Tapak Warisan UNESCO dan menerima kunjungan kira-kira 150,000 orang sebelum berlakunya perang.
Kumpulan IS sebelum ini memusnahkan kuil Baal Shamin dan kuil Bel yang berusia 2,000 tahun yang dikatakan sebagai ciptaan teragung di Palmyra.
A sculpture depicting a princess from Palmyra is displayed among other art at the city's museum.
Pertubuhan Arkeologi Syria menyatakan sebanyak 900 mo­numen dan tapak arkeologi telah dirampas, dimusnahkan atau diruntuhkan selama empat tahun perang saudara berlaku. – AFP\

No comments:

Post a Comment