Pages

Sunday, October 04, 2015

Jerebu: Shah Alam hampiri bacaan IPU berbahaya


KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di negara ini semakin kritikal dengan tujuh kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat.

Pencerapan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sehingga jam 7 pagi tadi mendapati Shah Alam, Selangor merekodkan bacaan tertinggi dengan IPU 287, iaitu menghampiri bacaan IPU berbahaya.

Ini diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur (284), Petaling Jaya, Selangor (240), Banting, Selangor (237), Wilayah Persekutuan Putrajaya (228), Pelabuhan Kelang, Selangor (224) dan Seremban, Negeri Sembilan (202).

Dua puluh empat kawasan lain mencatat IPU tidak sihat, dengan rekod bacaan tertinggi di Nilai, Negeri Sembilan (197), diikuti Port Dickson, Negeri Sembilan (190) dan Cheras, Kuala Lumpur (180).

Sebahagian besar kawasan di Sabah dan Sarawak pula mencatat IPU sihat dan sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).





No comments:

Post a Comment