Kaki yang licin tanpa bulu selalu
menjadi dambaan setiap wanita. Jika ada bulu dirasakan seperti kaki
lelaki pula. Pelbagai cara akan dicuba untuk menghilang dan menghalang
bulu ini daripada ditumbuh.
Anda
sendiri mungkin pernah mendengar bahawa mencukur bulu kaki boleh
menyebabkan bulu kaki tumbuh lebih gelap, tebal dan lebat. Sama ada ia
mitos atau sebaliknya, entri ini akan merungkai kebenaran di sebalik
dilema wanita yang mendambakan kaki yang licin bak sutera ini.
Menurut pakar dermatologi dari Universiti Tulane iaitu Ron Davis, kenyataan ini tidaklah benar. Hakikatnya,
pertumbuhan bulu bermula dari folikel bawah kulit dan ia tidak
mempunyai kaitan dengan bulu di atas permukaan kulit atau jumlah
folikel. Malah, mencukur bulu kaki tidak memberi kesan kepada tekstur
bulu kaki.
Apabila anda mencukur
bulu kaki, sebenarnya anda mencukur permukaan kulit iaitu sehingga akhir
bulu kaki di mana bulu kaki menjadi tumpul. Hasilnya, anda sendiri akan
merasa seakan tajam setelah mencukur. Namun, apabila anda melakukan wax
atau menggunakan produk penyahbulu, bulu kaki akan lebih lembut kerana
ia tidak menjadi penyebab bulu kaki tumpul seperti anda mencukur.
Jika
anda merasakan bulu kaki anda semakin gelap setelah dicukur, jangan
risau kerana ia tidak menjadi masalah kerana ia akan kembali seperti
biasa setelah beberapa hari selepas terdedah dengan cahaya matahari.

No comments:
Post a Comment