Pages

Saturday, October 03, 2015

Jualan Gudang Vincci Dibatalkan Atas Faktor Keselamatan

KUALA LUMPUR: Jualan gudang kasut jenama Vincci yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober telah dibatalkan ekoran faktor keselamatan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Vincci di laman Facebook mereka hari ini.

Jualan gudang yang terletak di Glenmarie Shah Alam itu mula dibuka pada hari ini pukul 10 pagi tadi dan dikunjungi ribuan pembeli yang rata-ratanya wanita.

Situasi menjadi kecoh apabila ada pengunjung yang memanjat tembok dan mengetuk pintu gudang semata-mata mahu mendapatkan kasut pilihan masing-masing.

Jualan gudang kasut jenama Vincci yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober telah dibatalkan ekoran faktor keselamatan ekoran pembeli yang ghairah mahu mendapatkan produk tersebut. Foto - Twitter




No comments:

Post a Comment