Pengarah dan pelakon popular, Pierre Andre melahirkan
rasa syukur dan teruja selepas pendakwah bebas terkenal Ustaz Azhar
Idrus atau dikenali (UAI) sudi berlakon dalam filem terbaru arahannya
"Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang".
"Kesudian untuk terbabit dalam pembikinan filem ini juga sudah
membuatkan saya berasa bersyukur. Rasanya tidak salah saya menggunakan
populariti Ustaz Azhar Idrus untuk tujuan baik," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Pierre, UAI seorang pendakwah yang disegani ramai malah setiap
kali ceramahnya dia pasti tidak akan ketinggalan untuk mengikuti yang
mana itu juga menyumbang kepada perubahan dalam dirinya.
Dalam pada itu, pengarah berusia 27 tahun itu juga mengakui populariti
yang ada pada UAI dapat membantunya berdakwah dalam filem itu.
"Populariti UAI dapat membantu misi saya untuk berdakwah menerusi filem walaupun pendakwah itu hanya muncul untuk tiga adegan."
Namun begitu, jelas Pierre bukan mudah untuk mendapatkan khidmat UAI
kerana banyak perkara yang harus dijaga dan dititikberatkan.
"Soalan pertama UAI tanya kepada saya, ada atau tidak perempuan terbabit
dalam filem ini. Saya faham mengapa dia mengambil masa lama untuk
membuat keputusan kerana enggan melanggar hukum Allah."
Selain kemunculan istimewa UAI, filem ini juga turut dibintangi Zalif
Sidek, Mikael Andre, Epy Kodiang, Shiro Raja Lawak dan ramai lagi.
Filem terbitan MIG ini bakal menemui penonton pada 28 November ini.
Tahniah Pierre! Semoga dengan terhasilnya filem ini, akan membawa satu revolusi baru dalam dunia perfileman tanah air... Syabas kepada semua yg terlibat.
ReplyDelete