Pages

Tuesday, December 24, 2013

Demonstrasi bantah kenaikan harga !!

GOMBAK - Kenaikan harga barangan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia disuarakan melalui flashmob yang dilakukan di persimpangan lampu isyarat di pekan Greenwood semalam, diketuai NGO Kita Bantah dengan kerjasama Pemuda Pas Gombak.


Lebih 50 peserta terlibat dengan membawa sepanduk tidak bersetuju dengan kenaikan harga gula, minyak, tol, elektrik dan pelaksanaan GST.

Penyelaras Kita Bantah, Mohd Azizul Abu Bakar berkata, kenaikan yang berlaku selepas PRU13 menunjukkan dakwaan PR benar.

“PR kata, kalau rakyat bagi mandat kepada BN, rakyat akan nikmati kenaikan harga barang dan ia benar-benar berlaku.

“Dalam manifesto BN ada mengatakan usaha kerajaan untuk mengekalkan kadar tol semasa tetapi janji itu tidak ditunaikan juga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kesedaran perlu diberikan kepada rakyat supaya tidak lagi tertipu dengan janji BN sebagai prihatin dengan nasib rakyat.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor dan Gombak, Syarhan Humaizi Halim berkata, flashmob adalah reaksi anak muda yang tidak suka dengan situasi sekarang apabila kos sara hidup semakin ditekan melalui kenaikan harga barang.

“Ini adalah signal suara rakyat kepada kerajaan supaya dapat membuka mata melihat penderitaan yang dialami rakyat.

“Ia juga sebagai kesedaran untuk rakyat supaya tidak menyokong keputusan kerajaan yang berterusan menekan rakyat,” katanya.

Katanya, flashmob yang dilakukan hampir sejam menerima maklum balas baik rakyat dan akan membuat bantahan secara menyeluruh termasuk diteruskan ke seluruh Selangor sebagai suara rakyat kepada kerajaan.




KUALA LUMPUR - Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan.

Bantahan tersebut dianjurkan Jingga 13 yang dihadiri 30 peserta membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan  rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas.

"Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat.

"Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN.

"Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini.

Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya.

Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan.





No comments:

Post a Comment