San Francisco: Sepasang pengantin yang berkahwin dalam keadaan bogel di depan khalayak ramai ditahan di bandar raya ini semalam.
Polis menahan bekas penari bogel yang kini menjadi aktivis Gypsy Taub,
44, dan pasangannya Jamyz Smith, 20, beberapa minit selepas mereka
mengucapkan ikrar perkahwinan.
Sebelum acara itu, kedua-duanya berbogel di jalanan sebagai berkempen
menentang larangan yang dikenakan pihak berkuasa bandar raya San
Francisco terhadap perbuatan bertelanjang di depan tempat awam.
Menurut SFGate.com, Gypsy memberitahu hadirin: “Ini ialah bantahan
terhadap larangan berbogel dan pada masa yang sama satu majlis
perkahwinan. Saya tahu penduduk San Francisco menyokong saya.” Pasangan
itu berbogel di luar dewan bandaraya San Francisco selepas berkempen
selama setahun membantah larangan terhadap kebebasan untuk berbogel di
khalayak ramai.
Mereka dikahwinkan oleh aktivis bogel George Davis, paderi di Gereja Universal Life.
Selepas sesi pembacaan daripada “buku sucinya” bertajuk ‘Seni Erotik’,
Davis mengumumkan pasangan itu suami isteri. Sepasukan anggota polis
yang tiba tidak lama kemudian mengakhiri majlis itu dengan membalut
pasangan berkenaan dengan selimut sebelum membawa mereka memasuki van
berasingan.
ANGGOTA polis mengarahkan Gypsy (dua dari kanan) dan Smith (kiri) agar memasuki van yang menunggu mereka.
Menurut undang-undang yang dikuatkuasa Lembaga Penyeliaan dewan bandar
raya San Francisco pada 2012, berbogel di jalan raya, tepi jalan, stesen
persinggahan dan kenderaan dilarang. Bagaimanapun, pengecualian
diberikan kepada kanak-kanak dan peserta perarakan yang sudah memperoleh
permit.
Sumber Cari
No comments:
Post a Comment