Pages

Friday, October 02, 2015

Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysilio gogogoch Adalah Nama Bandar Terpanjang di Dunia


Ada kemungkinan tiada langsung perkataan yang sukar untuk lelaki ini menyebut. Itulah yang boleh diperkatakan kepada Liam Dutton yang juga merupakan seorang penyampai segmen ramalan cuaca di stesen televisyen Channel 4, sebuah stesen televisyen di Wales.

Dutton berjaya sebut nama bandar terpanjang dan paling sukar disebut di Eropah itu dengan lancar dan tenang sewaktu menyampaikan segmen cuaca tersebut. Bandar yang dimaksudkan adalah bandar Llanfairpwllgwyngyllgogerychwyrndrobwllllantysilio gogogoch.

Video klip berita Liam di Channel 4 telah tersebar luas di seluruh dunia dan beliau juga menerima ucapan tahniah daripada bintang Hollywood Catherine Zeta Jones.

Catherine Zeta Jones mengucapkan tahniah kepada Liam Dutton kerana kerja 'luar biasanya' yang menyebut nama tempat terpanjang di Wales itu.

Penyampai berita kelahiran Cardiff itu juga telah mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah membalas mesej pujian terhadapnya selepas memberi laporan cuaca.

No comments:

Post a Comment