Pages

Saturday, October 03, 2015

NASA Menunjukkan Pembakaran Hutan Yang Paling Teruk Dalam Sejarah


                     
Para saintis NASA menyifatkan pembakaran hutan yang menyebabkan jerebu tebal di rantau Asia Tenggara sekarang ini, adalah yang paling buruk dalam sejarah.

Bencana itu juga dijangka akan berlarutan sepanjang beberapa tahun akan datang.

Perubahan cuaca akibat kesan El Nino menyebabkan keadaan cuaca lebih kering daripada biasa di Indonesia kerana kekurangan hujan.


Gambar kepulan Asap Kebakaran Hutan Indonesia dari NASA - Sumber foto : Liputan6.com

Menurut para saintis NASA lagi cuaca berjerebu sekarang ini boleh bertukar menjadi lebih teruk daripada yang pernah terjadi pada 1997, yang dianggap paling buruk.

Indonesia menghadapi tekanan daripada negara-negara jirannya setiap tahun sejak 20 tahun lalu untuk menangani pembakaran hutan di negara itu yang menjadi punca jerebu tebal dirantau ini disamping menyebabkan perubahan iklim. - AFP
sumber cari forum

No comments:

Post a Comment