Click This pages

Sumbangan ikhlas

Sunday, September 28, 2014

Hati- Hati Dengan Malware Zeus


KUALA LUMPUR 26 Sept. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai terutama pengguna media sosial supaya tidak sewenang-wenangnya memberikan maklumat peribadi menerusi talian Internet kepada mana-mana pihak termasuk berkaitan institusi perbankan.

Ketua Komunikasi Strategiknya, Sheikh Raffie Abd. Rahman berkata, suruhanjaya telah maklum mengenai virus atau Malware yang dikenali sebagai Zues Trojan tersebut dan pihaknya dalam usaha memantau secara lanjut berhubung Malware itu.

"Zeus itu sebenarnya adalah Malware dan penyebarannya lebih tertumpu kepada matlamat. Kita nasihatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila mencapai sesuatu dalam Internet kerana Malware bagi kes ini telah dicipta untuk mencuri maklumat-maklumat peribadi mangsa.

"Modes operandi Zeus bukan sahaja dihantar menerusi emel kepada mana-mana individu yang dibuat secara rawak tetapi turut dikesan menerusi laman Facebook iaitu capaian daripada satu laman ke laman yang lain," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai satu taktik baharu sindiket penipuan Internet yang menghantar Malware sebagai Zeus Troja ke telefon pintar dan akan mewujudkan satu program baru sekali gus berfungsi sebagai 'pencuri' maklumat bank ketika mangsa melakukan perbankan Internet.

Semalam, sepasang suami isteri Mohd, Umzarul Faiz Umar dan isteri, Hamimah Hamid, 37, merupakan mangsa kepada Malware berkenaan apabila kehilangan ribuan wang di dalam akaun bank baru-baru ini selepas melakukan beberapa pengesahan kepada Malware menerusi emel yang kononnya berkaitan perbankan.

Misteri Sebenar Menara Jam di Tengah-Tengah Tasik Di Itali

Di bahagian barat Selatan Tyrol di Itali, kira-kira 2 km dari sempadan Austria adalah Lake Reschen.

Juga dikenali sebagai Lago de Resia di Italia, adalah 
tasik buatan manusia terbesar  di wilayah itu, dengan kapasiti 120 juta meter padu.

 Pada tahun 1920, terdapat rancangan untuk membina tasik dengan kedalaman 5 meter .

Tetapi pada tahun 1939, Edison Energia (dahulunya syarikat Montecatini itu) memperkenalkan pelan baru iaitu  22 meter  yang akan menghasilkan penyatuan berdekatan
 tasik Reschensee dan Mittersee .

Pelan-pelan untuk tasik itu akan menyebabkan beberapa kampung berdekatan yang tenggelam, termasuk Graun dan sebahagian daripada Reschen.

Tetapi penduduk Graun ini tidak berjaya dipertikaikan pembinaan tasik, menyebabkan lebih 523 hektar (1,290 ekar) tanaman dan 163 rumah yang tenggelam.

Lebih menarik, bahagian atas menara gereja abad ke-14 daripada Graun masih boleh dilihat hari ini kerana ia melekat keluar dari tengah-tengah tasik.

Selebihnya gereja itu dirobohkan pada Julai 1950, seminggu sebelum tasik itu dipenuhi.

Pada musim sejuk, menara jam Lake Reschen boleh dicapai dengan berjalan kaki apabila tasik telah beku dan yang misterinya loceng masih boleh mendengar nada pada lewat, malam musim sejuk sejuk.

Ngeri .....Ibu Muda Hamil Hancur Digilis Di Kereta Api

Remaja memandang cebisan mayat wanita itu.


ALOR SETAR – Mayat seorang ibu muda yang hamil tujuh bulan ditemui dalam keadaan mengerikan dengan badannya hancur digilis kereta api di Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini semalam.

Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, dipercayai diseret lebih 300 meter oleh kereta api barang yang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam dekat sini ke Pulau Pinang.
Mayatnya ditemui orang awam pada pukul 10 pagi.

Akibat rempuhan kereta api itu, beberapa bahagian badan mangsa dan cebisan daging tubuhnya berselerakan di tepi landasan kereta api tersebut.

Lebih menyedihkan, Ku Nurul Shuhada turut terkorban bersama bayi perempuan dikandungnya yang terputus dua tercampak di tepi landasan tersebut.
sumber dari kosmo

Saturday, September 27, 2014

Polis minta SKMM sekat penyebaran gambar separuh bogel di internet

  
GEORGE TOWN - Polis meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyekat penyebaran gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai seorang anggota polis wanita berpangkat konstabel yang tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A. Thaiveegan hari ini berkata, polis telah mengambil keterangan wanita yang kini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang itu dan sedang menjejaki beberapa lagi individu yang mempunyai maklumat berhubung perkara berkenaan.

 Beliau berkata, pihaknya memandang serius berhubung perkara itu walaupun anggota berusia dalam 20-an itu
menafikannya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kes itu kita siasat. Anggota itu membuat laporan polis semalam bahawa perkara itu tidak benar, sebab itu bukan dia. Mungkin gambar itu menyerupai mukanya, tetapi itu bukan dia. Sesiapa yang tengok gambar tu mungkin tahu itu bukan dia. Saya sudah arahkan untuk membuat siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Remaja dan Seks Bebas: Kesan dan Akibat di sini.


Tambahnya, polis bekerjasama dengan SKMM untuk mengesan penyebar gambar itu dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, wanita itu membuat laporan polis selepas beberapa keping gambar separuh bogel yang didakwa menyerupai dirinya tersebar di internet dan aplikasi telefon pintar WhatsApp sejak beberapa hari lepas.
Wanita itu menyedari perkara berkenaan selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya. - Bernama

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing