Click This pages

Sumbangan ikhlas

Tuesday, October 13, 2015

Infographic : 9 gambar Menarik Rakyat Malaysia Yang Study Di Luar Negara

 Tahukah anda , siapa orang yang terkenal ini , mereka ini adalah orang yang popular di Malaysia dan mereka ini adalah orang yang pernah belajar di luar negara dan berjaya di Malaysia 














Fish Gape Trend Terbaru Selepas Duck Face

 
Mulut muncung persis itik nampaknya bukan lagi menjadi kegilaan mereka yang suka bergambar selfie. Nampaknya trend 'fish gape' telah menggantikan gaya 'duck face' yang membosankan itu.

Duck face sinonim dengan gaya bibir dimuncungkan agar wajah dikatakan tampak lebih comel dan manis. Walau bagaimanapun, cara ini agak menjengkelkan kerana si empunya diri nampak 'terdesak' untuk kelihatan sedemikian rupa.



Berbeza dengan gaya fish gape, wajah yang lebih bersahaja tanpa perlu membuat mimik muka seolah-olah comel diperlukan. 

Majalah Cosmopolitan memaparkan bahawa fish gape bakal menjadi trend terbaharu, apabila beberapa artis ternama telah mula bergambar selfie dengan cara 'mulut terbuka'.

Jika duck face dikatakan lebih keanak-anakan, namun fish gape dikaitkan dengan aura yang lebih seksi dan matang. Masih tidak kalah 'menggoda', namun fish gape dikatakan bersifat lebih dewasa.



Bagi anda yang ingin mencuba gaya fish gape, bukakan sedikit bibir anda. Biarkan sedikit bahagian gigi yang kelihatan.

Turunkan sedikit dagu anda, sedut sedikit pipi agar ke dalam, kecilkan sedikit mata dan nah, anda lakukan fish gape dengan sangat cemerlang dan menggoda!




Apa gunanya? Ya, apa kelebihannya? Mungkin ada yang bertanya. Dari segi penampilan, fish gape membuatkan bibir menonjol lebih seksi dan bersahaja, wajah kelihatan lebih bujur dan mengurangkan kehadiran kedutan pada wajah. Menarik bukan? - CARI Infonet

Monday, October 12, 2015

Tol Akan Dinaikan Khamis Ini


Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.
Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.

Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.
Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Kadar berkenaan naik antara 40 sen hingga RM2.10.
Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Kerja Raya berkata penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

ARAB SAUDI Haramkan Beli Perabot serta Kereta

Kejatuhan harga minyak yang mendadak memaksa Arab Saudi untuk mengharamkan pembelian kereta dan barangan perabot selain memotong bajet perjalanan dan perbelanjaan infrastruktur.

Selain itu, ia bertujuan sebagai mengurangkan defisit perbelanjaan selain melakukan penjimatan pada semua badan kerajaan.

Selain itu, harga emas 'hitam' ini juga memperlihatkan sekurang-kurangya 20 % penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau Asia Barat 2015. -CARI Infonet

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing