Click This pages

Sumbangan ikhlas

Tuesday, October 13, 2015

Infographic : 9 gambar Menarik Rakyat Malaysia Yang Study Di Luar Negara

 Tahukah anda , siapa orang yang terkenal ini , mereka ini adalah orang yang popular di Malaysia dan mereka ini adalah orang yang pernah belajar di luar negara dan berjaya di Malaysia 














Fish Gape Trend Terbaru Selepas Duck Face

 
Mulut muncung persis itik nampaknya bukan lagi menjadi kegilaan mereka yang suka bergambar selfie. Nampaknya trend 'fish gape' telah menggantikan gaya 'duck face' yang membosankan itu.

Duck face sinonim dengan gaya bibir dimuncungkan agar wajah dikatakan tampak lebih comel dan manis. Walau bagaimanapun, cara ini agak menjengkelkan kerana si empunya diri nampak 'terdesak' untuk kelihatan sedemikian rupa.



Berbeza dengan gaya fish gape, wajah yang lebih bersahaja tanpa perlu membuat mimik muka seolah-olah comel diperlukan. 

Majalah Cosmopolitan memaparkan bahawa fish gape bakal menjadi trend terbaharu, apabila beberapa artis ternama telah mula bergambar selfie dengan cara 'mulut terbuka'.

Jika duck face dikatakan lebih keanak-anakan, namun fish gape dikaitkan dengan aura yang lebih seksi dan matang. Masih tidak kalah 'menggoda', namun fish gape dikatakan bersifat lebih dewasa.



Bagi anda yang ingin mencuba gaya fish gape, bukakan sedikit bibir anda. Biarkan sedikit bahagian gigi yang kelihatan.

Turunkan sedikit dagu anda, sedut sedikit pipi agar ke dalam, kecilkan sedikit mata dan nah, anda lakukan fish gape dengan sangat cemerlang dan menggoda!




Apa gunanya? Ya, apa kelebihannya? Mungkin ada yang bertanya. Dari segi penampilan, fish gape membuatkan bibir menonjol lebih seksi dan bersahaja, wajah kelihatan lebih bujur dan mengurangkan kehadiran kedutan pada wajah. Menarik bukan? - CARI Infonet

Monday, October 12, 2015

Tol Akan Dinaikan Khamis Ini


Mulai 15 Oktober ini, kadar tol di beberapa lebuh raya akan dinaikkan.
Menurut Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

ANIH Berhad yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini.

Bagi pengendali Lebuh Raya SILK yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen and RM2.40.

Konsortium Lebuhraya Utara-Timur Tol pula mengumumkan kenaikkan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

Kadar tol di terowong SMART juga naik kepada RM3.
Pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Kadar berkenaan naik antara 40 sen hingga RM2.10.
Sementara itu, Bernama melaporkan Kementerian Kerja Raya berkata penyelarasan kadar tol yang bermula Khamis ini hanya melibatkan lebuh raya dalam bandar sahaja.

ARAB SAUDI Haramkan Beli Perabot serta Kereta

Kejatuhan harga minyak yang mendadak memaksa Arab Saudi untuk mengharamkan pembelian kereta dan barangan perabot selain memotong bajet perjalanan dan perbelanjaan infrastruktur.

Selain itu, ia bertujuan sebagai mengurangkan defisit perbelanjaan selain melakukan penjimatan pada semua badan kerajaan.

Selain itu, harga emas 'hitam' ini juga memperlihatkan sekurang-kurangya 20 % penurunan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau Asia Barat 2015. -CARI Infonet

Aktiviti Jijik Salah Seorang pekerja restoran


Menjijikkan sangat! Seorang netizan berjaya merakam aktiviti pengotor salah seorang pekerja restoran yang mencuci kuali menggunakan penyapu atau mop.

Apa yang dilakukan sangat tidak boleh diterima. Sudahlah pengotor, menggunakan peralatan untuk lantai pula pada permukaan kuali. 

Memetik laporan FMT, seorang netizen bernama Layla Lively memuat naik video yang dirakamnya itu di laman Facebook dengan kapsyen,

“Salu tgk org lain je post. Kali ni amik kauuuu depan mata. Dah xde berus kuali, apa kata kita gunakan penyapu. #korangsukasangatmamakkan,” tulisnya. - CARI Infonet


Sunday, October 11, 2015

Wanita Asia Paling Popular Di Internet

 
Menjadi cantik itu sememangnya tiket mudah untuk mempromosikan diri dan kadang-kadang tak perlu promosi lebih untuk menarik perhatian.

Berikut merupakan mereka yang paling popular di internet di China

1. Zhang Wan You


Gadis kelahiran Qingdao, wilayah Shandong ini tak adalah gadis dataran China yang pernah menjadi sensasi di internet. Setakat ini Zhang Wan You dianggap sebagai gadis yang mempunyai inner beauty begitu lengkap. Kendati dirinya sempat terlibat skandal di tandas dengan Yang Feng Jiao, sepertinya Wan You akan tetap melangkah penuh percaya diri. Walaupun hal itu membuat Wan You semakin laris saja terlibat dalam beberapa program TV di China. Dari sensasi internet, menjadi selebriti China.


2. Zhou Xiu Na


Selesai menjadi runner up dalam Comics Festival Game Girl 2002, nama Zhou Xiu Na langsung meletup di kalangan pengguna internet. Bahkan keberaniannya bergambar seksi, membuat nama Xiu Na semakin dikenali. Salah satu aksi beraninya adalah ketika Xiu Na melakukan sesi foto dengan bikini sahaja di stesen MRT Hong Kong. Tak heran jika Xiu Na kini mendapat jolokan gadis impian para lelaki. Jadi sekarang cuba bayangkan, kamu mempunyai kekasih seseksi Xiu Na dan sangat tergila-gila dengan video game.



3. Zhou Wei Tong


Zhou Wei Tong adalah salah satu model kelas atas di China. Tahukah kamu kalau gadis kelahiran Gui Zhou ini rupanya adalah seorang atlet sebelum menjadi model? Jadi tentu saja tubuh seksinya memang kelihatan kencang dan begitu sihat. Dengan pesona tubuhnya, Wei Tong kerap kali terlibat dalam beberapa seksi foto yang super berani. Bahkan Wei Tong kerap berbanding dengan supermodel Taiwan, Lin Chi Ling kerana pesona tubuh mereka.

4. Diao Yang


Nama samaran beliau adalah Barbie-0722. Sepertinya gelaran itu sangat sesuai bagi Diao Yang lebih-lebih lagi jika kamu melihat tubuhnya yang super ramping bak boneka. Tahukah kamu kalau sosok Diao dijumpai oleh agensi bakat saat dia berada di jalan raya ketika berusia 16 tahun ?. selepas itu Diao langsung melakukan pelbagai sesi foto yang disiarkan di internet dan menjadikannya sensasi dunia maya. Jika di Taiwan mempunyai sosok Yao Yao yang seksi sebagai seorang idol, maka kawasan China mempunyai Diao

5. Guo Shu Yao


Guo Shu Yao adalah idol asal Taiwan. Namun dia tak hanya mana-mana idol lantaran dia adalah idol gravure dengan wajah yang sangat comel. Pesona tubuhnya yang seksi membuat Shu Yao masuk dalam jajaran model hot FHM. Gadis dengan panggilan Yao Yao ini langsung menarik hati para lelaki ketika tampil dalam beberapa iklan TV game online.

Tentu saja iklan TV itu mempamerkan tubuhnya yang super seksi. Populariti itu membuat Yao Yao menukar imej dari model remaja menjadi seorang idol. Bahkan album sulungnya LOVE'S EMBRACE berjaya menjadi album dengan jualan tertinggi di Taiwan pada Oktober 2009. Seksi dan bersuara menawan? Itulah sebab Yao Yao popular.

6. Le Hoang Bao Tran


Le Hoang Bao Tran adalah gadis muda yang membuktikan jika Vietnam mempunyai banyak sekali gadis-gadis cantik. Kamu terpesona dengan wajahnya? Jika kamu di atas 30 tahun maka harus bersedia kaget kerana Bao Tran dilahirkan pada 3 Disember 1998. Pada tahun 2010, nama Bao Tran meletup di kalangan pengguna internet dan pada masa itu usianya masih 12 tahun.

Dalam usia semuda itu, Bao Tran sudah mempunyai tinggi 172 cm dan menjalin kontrak dengan PL Model. Semenjak itu wajah Bao Tran kerap wara-wiri di majalah remaja dan banyak sekali terlihat di berbagai media atau akhbar-akhbar Vietnam. Populariti itu membuat Bao Tran begitu dikenali di kawasan Asia Tenggara dan China. Ingat, dia masih muda guys!


7. Muqimiya


Para lelaki mungkin akan rajin menghadiri kelas yoga jika mempunyai pelatih secantik dan seseksi Muqimiya. Gadis kelahiran 1987 ini menghabiskan masa mudanya di wilayah Yunan, China. Tahukah kamu kalau Yunan itu dikenali akan banyaknya gadis-gadis cantik nan eksotik? Maka Muqimiya adalah salah satunya. Populariti Muqimiya terkatrol saat dia menjadi model untuk yoga dan membuka jalannya menjadi seorang supermodel China.

Bahkan di kalangan pengguna internet China, Muqimiya dijuluki Si Ratu Iklan. Walaupun sudah menjadi model profesional dan meraih banyak anugerah, kamu para lelaki tak boleh main-main dengannya. Di balik wajah lembut nan cantik, Muqimiya adalah seorang master taekwondo. Tak hanya itu, dia adalah pengajar yoga dan seorang penari berbakat. Jadi, jangan berani-berani membuat masalah dengan Muqimiya atau tulangmu akan dipatahkan olehnya.

8. Elly Tran Ha


Jangan sebut dirimu lelaki yang hobi mencari foto seksi wanita di internet jika tak mengenal sosok Elly Tran Ha. Sudah sejak lama, Elly dikenal sebagai sosok gadis paling seksi asal Vietnam. Bagi kamu yang pernah bertemu langsung dengan gadis Vietnam, jujurlah jika Elly adalah gadis terimut di sana. Elly mendadak popular di internet kawasan Asia saat foto-foto seksi dirinya tersebar.

Gadis yang pada 2014 ini berusia 27 tahun ini adalah gadis berdarah Vietnam Amerika yang menjalani part time sebagai seorang model semasa berkuliah di Vietnam. Sekali melihat sosok Elly, kamu akan setuju jika gadis berwajah cute ini mempunyai tubuh super seksi. Elly mempunyai pinggul yang sangat langsing, kaki dan tangan yang ramping serta bahagian kewanitaan yang menonjol.

9. Zhang Xin Yu


Model asli Jiangsu di China ini mempunyai gelaran Viann atau Yan Zi di samping nama panjangnya adalah Zhang Xin Yu. Apa gelaran yang diberikan pengguna internet olehnya? Adalah Sosok Gadis Cantik Rebutan Para Gamers Online !. Nama Xin Yu menjadi pembicaraan awam China pasca foto-foto intim dirinya dengan kekasihnya di ranjang tersebar talian. Masa itu banyak skandal yang menjerat dirinya termasuk khabar melakukan pembedahan plastik.


Sweden meluluskan perkerjanya untuk bekerja selama enam jam sehari





Umum mengetahui setiap negara mengamalkan  waktu kerja lapan jam dan ke atas untuk satu hari.

Namun, hal ini berbeza dengan negara Sweden. Sweden meluluskan perkerjanya untuk bekerja selama enam jam sehari berbanding negara-negara lain.
Perkara ini diambil berikutan satu kajian membuktikan waktu kerja yang pendek menyebabkan pekerja berasa lebih gembira, peratusan berhenti kerja menurun selain keuntungan syarikat meningkat sebanyak 25 peratus.

Amalan seperti ini sebenarnya sudah dilakukan terhadap sebuah pusat perkhidmatan servis Toyota di Gothenburg yang telah mengamalkan waktu kerja enam jam sehari sejak 13 tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat di sana, Linus Feldt berkata waktu kerja lapan jam kini sudah tidak relevan selain ia tidak meningkatkan produktiviti pekerjanya.

“Untuk terus fokus dalam tempoh lapan jam sehari memang agak sukar. Oleh itu kami sering kali selang-selikan masa bekerja dan masa berlibur dalam usaha untuk menjadikan suasana kerja lebih baik,”
katanya.

Menurut logik mereka, jika waktu kerja dipendekkan, staf akan lebih bermotivasi dan ada lebih banyak tenaga untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diamanahkan dalam tempoh masa yang singkat. - CARI Infonet

9 Sebab Mengapa Sultan Brunei Dikagumi Rakyatnya

 
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau dikenali dengan panggilan Sultan hassanal Bolkiah dilahirkan pada 15 Julai 1946.

Beliau merupakan sultan/raja yang terkaya di dunia.

Seperti yang dikongsi oleh theVocket ada 9 sebab mengapa sultan Brunei seorang Sultan yang dikagumi rakyat:

1. Baginda pernah belajar di kolej yang sama dengan Raja Jordan.



2. Wajah Baginda terpatri di atas duit syiling negara Brunei Darussalam



3. Baginda merupakan antara individu terkaya di dunia.


Pada tahun 2008 kekayaan terkumpul baginda dianggarkan sebanyak USD80 billion. Ia bersamaan dengan kos membina 10 KLCC.


4. Dianggarkan pendapatan Baginda adalah EURO90 setiap saat.



5. Memiliki koleksi kereta mewah yang banyak.


Anggaran koleksi kereta Baginda seperti yang dipaparkan di wikipedia :

531 Mercedes-Benze
367 Ferrari
362 Bentley
185 BMW
177 Jaguar
160 Porsche
130 Rolls-Royce
20 Lamborghini

Jumlah keseluruhan adalah 1,932 buah kereta mewah (mungkin lebih dari ini)


6. Dan jangan lupa, kereta Rolls Royce Baginda disadur dengan emas.



7. Selain dari menjadi seornag Sultan di Brunei, Baginda juga memegang jawatan berikut di dalam pentadbiran – Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Polis General Inspektor.



8. Memiliki istana terbesar di dunia. Kompleks istana Baginda di iktiraf oleh Guiness World Record sebagai istana terbesar di dunia iaitu seluas 200,000 kaki persegi.



9. Baginda juga memiliki jet peribadi, dan dipandu oleh Baginda sendiri.

GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI




Kenali asal usul keturunan kita adalah menjadi kewajipan agar tidak mendapat susah di masa hadapan.

Jom, ketahui wanita yang haram dikahwini. Perkara ini bukanlah perkara yang boleh dibawa ringan.

GOLONGAN WANITA YANG HARAM DIKAHWINI
  •     Sebab ada hubungan nasab dan keturunan.
  •     Sebab penyusuan.
  •     Sebab persemendaan.
  •     Sebab Musrikah dan kafir


Larangan sebab Nasab dan Keturunan
  1.     Ibu, Nenek dan ke atas
  2.     Anak perempuan dan ke bawah
  3.     Adik beradik perempuan seibu sebapa
  4.     Adik beradik perempuan sebapa
  5.     Adik beradik perempuan seibu
  6.     Adik beradik perempuan kepada ibu (emak saudara sebelah ibu) dan ke atas
  7.     Adik beradik perempuan kepada bapa (emak saudara sebelah bapa) dan ke atas
  8.     Anak perempuan daripada adik beradik perempuan seibu sebapa dan ke bawah
  9.     Anak perempuan daripada adik beradik lelaki seibu sebapa
  10.     Anak perempuan daripada adik beradik sebapa
Larangan Sebab Penyusuan
  •     Kanak-kanak lelaki yang menyusu kepada seorang perempuan sebanyak lima kali atau lebih sedangkan umurnya kurang daripada 2 tahun
  •     lbu susu dan ke atas
  •     Adik beradik perempuan sesusu dan ke bawah
  •     Emak saudara kepada ibu susuan dan ke atas
  •     Bekas isteri anak lelaki sesusuan

Larangan Sebab Persemendaan
  •     Emak mertua dan ke atas.
  •     Anak tiri perempuan dan anak-anaknya hingga ke bawah apabila sudah bersetubuh dengan emaknya.
  •     Menantu perempuan, anak-anaknya dan ke bawah.
  •     Isteri bapa (nenek) dan ke atas.

Larangan Sebab Permaduan (hanya sementara)
  •     Adik beradik perempuan kepada isteri, iaitu haram dimadukan dua beradik dalam satu masa.
  •     Mengumpulkan anak saudara dengan emak saudara dalam satu masa, iaitu adik beradik perempuan kepada bapasamada yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.
  •     Isteri juga haram dimadukan dengan adik beradik perempuan kepaada ibunya baik adik beradik emaknya yang seibu sebapa, sebapa atau seibu.

Larangan Sebab kafir
  •     Wanita bukan Islam, kecuali Ahli Kitab, iaitu mereka beragama dan Nasrani yang asli. dan mereka beriltizam dengan agama serta kitab mereka yang asli.
  •     Perempuan ditegah sama sekali berkahwin dengan lelaki yang bukan Islam, walau pun Ahli Kitab yang asli.

Larangan Sebab lsteri Orang
  • Perempuan yang masih menjadi isteri orang

Larangan Sebab ‘Iddah
  • Perempuan yang bercerai dengan suaminya atau kematian suaminya dan masih dalam ‘iddah.

Semoga perkongsian ini dapatlah menjadi rujukan kita kelak. Mohon uar-uarkan kepada rakan dan saudara anda. - CARI Infonet 

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing