Click This pages

Sumbangan ikhlas

Wednesday, December 25, 2013

Johan Putuskan Hubungan Dengan Lana Nordin

 
Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf pada Lana, mereka yang terbabit secara langsung dan tidak langsung juga peminat,” kata Johan As’ari, 27, selepas memutuskan hubungan dengan aktres Lana Nodin, 34, kelmarin selepas tamat pementasan Bahayanya Wanita di Istana Budaya, di sini.
Sewaktu dihubungi Johan menjelaskan keputusan itu dibuat kerana mementingkan keluarga terutama ibunya berbanding kepentingan diri sendiri.
“Lana seorang wanita yang baik, tetapi apabila menyentuh soal nikah dan kahwin, ia berupa perkara besar dalam hidup. Lagipun untuk berumah tangga, restu dan doa ibu itu sangat penting, tetapi apabila perkara itu tidak berlaku saya terpaksa mengambil tindakan ini,” katanya.

Johan bagaimanapun cuba mengelak menjawab soalan mengenai ibunya yang dikatakan tidak menyukai Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, sebaliknya menegaskan beberapa kali apa yang berlaku adalah kesilapan dirinya.

“Saya tidak sangka kenyataan dibuat membawa kepada perpisahan ini. Pengumuman untuk bertunang dan menikahi Lana sebelum ini kerana saya benar-benar ikhlas, tetapi disebabkan pelbagai isu timbul, saya membuat keputusan ini.

“Saya masih muda dan ini kali pertama berhadapan pelbagai situasi dalam melayari hubungan cinta dengan Lana. Saya akui segala yang berlaku berpunca daripada kesilapan saya yang masih tidak matang dan tidak tahu bagaimana mahu berhadapan dengan masalah. Sebelum banyak masalah timbul menyebabkan saya membuat keputusan ini,” katanya.

Keputusan diambil Johan dilihat terburu-buru, tambahan pula hubungan dijalinkan dengan Lana baru sebulan usianya. Ditanya mengenai adakah dia berusaha membawa Lana bertemu keluarganya terutama ibunya yang didakwa menentang hubungan mereka, jelas Johan, dia tidak mahu terus-terusan menyakiti hati bekas kekasihnya itu.

“Saya cuba bercakap dengan ahli keluarga terlebih dulu, namun jawapannya tetap sama. Jadi sekiranya saya membawa Lana bertemu mereka, ia tidak akan mengubah apa-apa. Saya tidak mahu terus-terusan menyakiti hati Lana,” katanya.

Katanya, walaupun tidak lagi bercinta dengan Lana, dia masih mahu berkawan dengan pelakon utama filem Chow Kit itu dan menyerahkan segalanya kepada Allah mengenai soal jodoh.

“Saya mahu menjadi lelaki yang lebih baik dan begitu juga Lana. Diharapkan selepas hubungan ini saya dan dia sama-sama memperbaiki diri. Mana tahu dalam berkawan itu, jodoh kami ditentukan. Tapi buat masa ini keputusan dibuat dirasakan paling tepat,” katanya.

Hubungan Johan dan Lana mula menjadi perhatian umum apabila aktor yang dikenali menerusi drama bersiri Juvana itu mengumumkan akan melamar selepas tiga hari bertemu pada November lalu dan mendapat liputan meluas media.

Sementara itu, sewaktu dihubungi, Lana pula menjelaskan bukan dia memulakan (bercinta) sebaliknya Johan. Begitu juga apabila dia membuat keputusan untuk memutuskan hubungan ini.

“Pada peringkat awal perhubungan cinta kami, saya melihat kesungguhan ditunjukkan, apatah lagi Johan dengan berani tampil memberi kenyataan mahu melamar saya. Begitupun waktu itu saya tidak menidakkan dan tidak juga mengiyakan, sebaliknya cuba memberinya peluang.

“Apabila hubungan tidak mendapat restu ibunya, sepatutnya sebagai lelaki Johan cuba mencari masa dan memperbaiki hubungan kami. Sebulan terlalu singkat untuk kami melakukan segalanya sedangkan untuk memenangi hati keluarga mengambil masa lebih panjang,” katanya.

Kata Lana, sebagai orang perempuan tidak manis untuk dia membuka mulut, apatah lagi membicarakan soal lamaran seperti diuar-uarkan sebelum ini dan memutuskan hubungan.

“Sepatutnya tempoh yang ada digunakan untuk mengenali hati budi masing-masing termasuk ahli keluarga. Tetapi, cara diambil untuk memutuskan hubungan kami sangat tidak matang kerana ia turut mengaibkan keluarga saya. Tidak mengapalah kalau itu yang dia kehendaki. Biarlah saya, dia dan Allah saja yang tahu siapa Johan As’ari,” katanya.

Menurut Lana, dia sendiri runsing dengan apa yang berlaku kerana sebelum ini hubungan mereka terjalin baik.

“Cuma kesungguhan itu tidak ada. Saya tidak tahu mengapa melainkan ada agenda lain.

“Dia kata jujur dan ikhlas, tetapi tindakannya lebih jelas daripada kata-kata. Memutuskan hubungan dalam masa sebulan adalah satu tempoh yang cukup pantas untuk menyalahkan takdir. Dia tidak sepatutnya membuat keputusan (mahu melamar) terburu-buru, begitu juga dengan memutuskan hubungan ini,” katanya.

Kambing Bertanduk 4

  

Kuala Pilah: “Selama 30 tahun menternak kambing dan lembu ini kali pertama saya menemui kambing biri-biri jantan bertanduk empat,” kata penternak, K Lachmanan, 52, dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, dekat sini, semalam.
Dia berkata, lazimnya biri-biri jantan hanya ada dua tanduk, tetapi biri-biri ini yang juga kacukan Barbados dengan tempatan ada empat tanduk.“Saya perasan dan terkejut melihat keempat-empat tanduk ini tumbuh serentak ketika ia berusia enam bulan dengan dua menegak dan dua lagi bengkok ke bawah berukuran kira-kira 17 sentimeter setiap satu,” katanya ketika ditemui di kandang kambingnya, di sini.

Lachamanan berkata, kejadian aneh itu bagaimanapun tidak diceritakan kepada sesiapa pun sehinggalah pada Jumaat minggu lalu, dia memaklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Verterinar (JPV) Kuala Pilah.

“Walaupun pelik, saya anggap kejadian ini perkara biasa dan tidak membawa maksud lain di sebalik kejadian itu.

“Biri-biri ini membesar seperti kambing yang lain dan diberi makan dedak serta daun kelapa sawit. Selama menjaganya dari kecil hingga berusia setahun lapan bulan kini, ia tidak banyak ragam dan jinak.

“Buat masa ini, saya belum berhasrat menjualnya kerana berasa sayang dan mahu menjaganya,” katanya yang masih bujang.

Sementara itu, Pengarah Verterinar negeri Dr Azman Shah Abd Manaf berkata, pihaknya akan meninjau biri-biri berkenaan dalam tempoh terdekat ini sebelum memberikan ulasan lanjut.

“Berkemungkinan ia terjadi (bertanduk empat) akibat faktor genetik,” katanya ketika dihubungi.

Tuesday, December 24, 2013

Gempar : Ikan Naik Ke Darat Di Lahad Datu

 
LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.
Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.

Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.

Tabur Paku Di Jalan Raih Keuntungan

  

Kuala Lumpur: Tabur paku besi di lorong laluan motosikal. Itu antara taktik dikesan dilakukan segelintir pengusaha bengkel dan individu tidak bertanggungjawab bertujuan memancitkan tayar kenderaan bagi meraih keuntungan mudah di beberapa laluan motosikal di sekitar ibu kota.
Pengusaha terbabit juga akan meninggalkan nombor telefon bimbit mereka di penghadang jalan dan dinding terowong, malah ada yang melekatkan iklan pada tiang papan tanda jalan raya atau pokok untuk khidmat menukar serta membaiki tayar motosikal yang pancit.
Kegiatan yang sudah lama dilakukan itu dikesan kembali aktif dengan penemuan kira-kira dua kilogram paku besi yang ditabur di sepanjang laluan motosikal berhampiran Plaza Tol Sungai Besi, Khamis lalu.

Bukan itu saja, aktiviti berkenaan juga dipercayai dilakukan orang awam yang menjadikan pekerjaan menukar tiub tayar motosikal sebagai pendapatan sampingan mereka.


Tinjauan Harian Metro di beberapa laluan motosikal sekitar ibu kota mendapati terdapat banyak nombor telefon bimbit mekanik dan penukar tiub motosikal diconteng pada penghadang jalan dan dinding terowong menggunakan dakwat hitam.

Selain paku, terdapat juga individu tidak bertanggungjawab meletakkan peralatan tajam lain seperti skru dan serpihan kaca bertujuan memancitkan tayar.

Kakitangan swasta yang mahu dikenali sebagai Azhar, 21, berkata, pengalaman tiga kali menjadi mangsa cukup memberi pengajaran kepadanya supaya lebih berhati-hati setiap kali melalui laluan motosikal.

“Sepanjang tiga kali terkena, saya terpaksa menghabiskan wang sehingga RM210 hanya untuk menukar tiub tayar motosikal yang pancit. Kadang-kadang saya tidak minta bantuan mereka, tetapi mereka dengan sendiri menukarkan tiub dan meminta bayaran itu.

“Kerana terdesak, saya terpaksa membayar jumlah itu kerana alasan diberikan harga berkenaan termasuk dengan caj perkhidmatan rondaan mereka di kawasan terbabit. Begitu mudah mereka mencari makan,” katanya.

Menurut Azhar, tindakan kumpulan terbabit menyusahkan pengguna jalan raya kerana perbuatan meletakkan paku atau peralatan tajam di laluan motosikal boleh mengancam nyawa penunggang.

Pelajar, Norihan Razali, 24, berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu dihentikan kerana boleh menyusahkan pelbagai pihak terutama golongan wanita yang menggunakan laluan motosikal pada waktu malam.


“Saya pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral ini.

“Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, saya baru pulang dari kelas malam dan tayar motosikal pancit dengan tiba-tiba akibat terlanggar paku.

“Apabila diperiksa terdapat banyak paku bertaburan di sekitar laluan itu. Saya bernasib baik kerana ada seorang pak cik yang lalu secara kebetulan dan membantu saya,” katanya.

Menurutnya, dia mungkin menjadi mangsa rogol atau samun sekiranya berjalan kaki sambil menolak motosikal ketika itu.

Pelik !! Kahwin Tak Berpakaian Di San francisco

San Francisco: Sepasang pengantin yang berkahwin dalam keadaan bogel di depan khalayak ramai ditahan di bandar raya ini semalam.
Polis menahan bekas penari bogel yang kini menjadi aktivis Gypsy Taub, 44, dan pasangannya Jamyz Smith, 20, beberapa minit selepas mereka mengucapkan ikrar perkahwinan.

Sebelum acara itu, kedua-duanya berbogel di jalanan sebagai berkempen menentang larangan yang dikenakan pihak berkuasa bandar raya San Francisco terhadap perbuatan bertelanjang di depan tempat awam.

Menurut SFGate.com, Gypsy memberitahu hadirin: “Ini ialah bantahan terhadap larangan berbogel dan pada masa yang sama satu majlis perkahwinan. Saya tahu penduduk San Francisco menyokong saya.” Pasangan itu berbogel di luar dewan bandaraya San Francisco selepas berkempen selama setahun membantah larangan terhadap kebebasan untuk berbogel di khalayak ramai.


Mereka dikahwinkan oleh  aktivis bogel George Davis, paderi di Gereja Universal Life.

Selepas sesi pembacaan daripada “buku sucinya” bertajuk ‘Seni Erotik’, Davis mengumumkan pasangan itu  suami isteri.  Sepasukan anggota polis yang tiba tidak lama kemudian mengakhiri majlis itu dengan membalut pasangan berkenaan dengan selimut sebelum membawa mereka memasuki van berasingan.
ANGGOTA polis mengarahkan Gypsy (dua dari kanan) dan Smith (kiri) agar memasuki van yang menunggu mereka.

Menurut undang-undang yang dikuatkuasa Lembaga Penyeliaan dewan bandar raya San Francisco pada 2012, berbogel di jalan raya, tepi jalan, stesen persinggahan dan kenderaan dilarang.  Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada kanak-kanak dan peserta perarakan yang sudah memperoleh permit.

Sumber Cari

Demonstrasi bantah kenaikan harga !!

GOMBAK - Kenaikan harga barangan menimbulkan kemarahan rakyat dan ia disuarakan melalui flashmob yang dilakukan di persimpangan lampu isyarat di pekan Greenwood semalam, diketuai NGO Kita Bantah dengan kerjasama Pemuda Pas Gombak.


Lebih 50 peserta terlibat dengan membawa sepanduk tidak bersetuju dengan kenaikan harga gula, minyak, tol, elektrik dan pelaksanaan GST.

Penyelaras Kita Bantah, Mohd Azizul Abu Bakar berkata, kenaikan yang berlaku selepas PRU13 menunjukkan dakwaan PR benar.

“PR kata, kalau rakyat bagi mandat kepada BN, rakyat akan nikmati kenaikan harga barang dan ia benar-benar berlaku.

“Dalam manifesto BN ada mengatakan usaha kerajaan untuk mengekalkan kadar tol semasa tetapi janji itu tidak ditunaikan juga,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, kesedaran perlu diberikan kepada rakyat supaya tidak lagi tertipu dengan janji BN sebagai prihatin dengan nasib rakyat.

Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Selangor dan Gombak, Syarhan Humaizi Halim berkata, flashmob adalah reaksi anak muda yang tidak suka dengan situasi sekarang apabila kos sara hidup semakin ditekan melalui kenaikan harga barang.

“Ini adalah signal suara rakyat kepada kerajaan supaya dapat membuka mata melihat penderitaan yang dialami rakyat.

“Ia juga sebagai kesedaran untuk rakyat supaya tidak menyokong keputusan kerajaan yang berterusan menekan rakyat,” katanya.

Katanya, flashmob yang dilakukan hampir sejam menerima maklum balas baik rakyat dan akan membuat bantahan secara menyeluruh termasuk diteruskan ke seluruh Selangor sebagai suara rakyat kepada kerajaan.




KUALA LUMPUR - Susulan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang diumumkan kerajaan BN, hari ini satu "falshmob" Bantahan Kenaikan Harga Barang telah diadakan.

Bantahan tersebut dianjurkan Jingga 13 yang dihadiri 30 peserta membantah kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang didakwa menindas rakyat terutama yang berpendapatan rendah.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata terpanggil dengan rintihan  rakyat yang menanggung kenaikan harga barang yang membebankan dan menindas.

"Kita lakukan 'falshmob' ini kerana membantah kenaikan harga barang yang dilakukan oleh kerajaan BN yang tanpa bersalah kepada rakyat.

"Kami dan rakyat akan membantah kenaikan tol, minyak, tarif elektrik, harga Astro, cukai jalan, cukai pintu dan sebagainya seperti yang diumumkan kerajaan BN.

"Apa yang berlaku sekarang rakyat yang sengsara," katanya dalam satu demontrasi yang diadakan di ibu kota hari ini.

Awal bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan jangkaan dan kenaikan harga barang dan perkhidmatan termasuk tambang LRT dan monorel, tarif elektrik ,tol dan lain-lain.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, kenaikan harga barang terus memberi trauma kepada rakyat yang masih berpendapatan rendah.

"Kenaikan harga yang dilakukannya juga memberi trauma kepada rakyat," katanya.

Selain itu, demontrasi tersebut turut berarak di beberapa tempat tumpuan awam dengan membawa poster bantahan kenaikan harga barang yang mendapat sokongan masyarakat yang turut bersama melaungkan bantahan.





Wednesday, December 11, 2013

Teman Lelaki Bunuh Diri Dipaksa Beli Belah !

Foto
Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.


Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.

“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi

Saturday, December 07, 2013

Pengemis Jalanan Kantoi Ditangkap Polis

Di China Terdapat pelbagai pengemis jalanan yang meminta simpati daripada orang ramai untuk memberi wang atau makanan kepada mereka.Ada pengemis yang betul dan ada juga pengemis yang menipu orang ramai dengan melakukkan pelbagai cara sekalipun. Gambar ini menunjukkan pengemis memohon simpati orang ramai dengan berpura-pura cacat iaitu kudung kedua-dua belah kaki.Namun begitu ,aktiviti pengemis yang penipu ini disedari apabila orang awam menyedari dibelakangnya ada kaki dan orang (pengemis ) itu sihat tubuh badan dengan sempurna..akhirnya ,pengemis ini kantoi dan ditangkap dengan polis.
p/s kerja mengemis lebih menguntungkan daripada kerja2 biasa..






Friday, December 06, 2013

Alat Pelik Anti Lelaki Miang

Alat Pelik khas lelaki miang yang sering mencabul di dalam kereta api yang sesak..
p/s ada sesiapa mahu menyentuhnya ?





Mayat Wanita Dalam Keadaan Separuh B0g3l Ditemui Di Lift

gambar sekadar hiasan
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi.

Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di kawasan itu kerana pergi ke rumah teman lelakinya. Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk mengatakan terbau busuk ketika menaiki lif.

Penduduk yang mahu dikenali dengan Ong, 40-an berkata, dia terbau busuk setiap kali menaiki lif untuk pulang ke rumahnya.

Katanya, akibat tidak tahan dengan bau yang meloyakan itu, dia dan penduduk lain berpakat melaporkan kepada pihak pengurusan yang kemudian membuat pemeriksaan.

"Petang tadi saya pergi ke pejabat pengurusan bersama rakan untuk mengadu hal ini dan pihak pengurusan memberitahu akan membuat pemeriksaan.

"Alangkah terkejutnya apabila mendapati bau busuk yang selama ini disangka bau sampah adalah bau mayat. Mereka kemudian membuat laporan polis," katanya ketika ditemui.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, sebaik menerima laporan berhubung kejadian, sepasukan lima anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Jentera yang tiba kira-kira 10 minit kemudian mendapati mayat terbabit sudah membengkak dalam keadaan terlentang di bahagian bawah saluran lif,"
katanya.

Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.



sumber cari forum

Lydia Izzati, Pelakon Mirip Neelofa !!

 
Inilah Lydia Izzati Kembar Neelofa?  Amacam… ada macam rupa Neelofa tak gadis ini.. alis mata dah dekat2 sama.. hehehehe.. nama adalah Lydia Izzati.. Sesiapa yang nak berkenalan bolehlah ke Facebook LYDIA IZZATI..


 sumber Cari

BR1M akan datang hanya untuk penyokong BN sahaja ?

  

Perwakilan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Shafei Abdullah menggesa Putrajaya mengkaji semula pelaksanaan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) supaya ia tidak diberikan penyokong pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang turut menerimanya.        Mohd Shafei berkata penyokong pembangkang walaupun seringkali mengkritik pemberian BR1M, mereka juga tidak segan silu untuk mengambil bantuan yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut."Sebagai contohnya bagi BR1M, berpusu dipulun orang PAS yang ambil walaupun sebelum itu mereka balun kita tapi bila bagi mereka ambil.

"Oleh itu saya harap kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan, supaya ada keberkesanan undi pada PRU14 (Pilihan Raya Umum ke-14) nanti," kata Mohd Shafei, yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Wangsa Maju pada PRU13 lalu tetapi tewas.


Dalam pada itu, bekas penasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersebut mendesak supaya kerajaan lebih memberi fokus kepada undi yang pasti, iaitu Bumiputera.
       
"Saya rasa kita mesti 'bet on sure things', bertaruh kepada yang pasti.
"Yang pastinya, yang kita nampak kali ini adalah undi Melayu, undi Bumiputera.
"Untuk meraih sokongan kepada yang pasti ini, strategi kita mesti ke arah undi Bumiputera dan Melayu ini," kata beliau lagi.
       
Selain itu, Mohd Shafei turut mahu konsep 1Malaysia yang diperkenalkan dikaji semula memandangkan strategi tersebut masih lagi gagal menarik sokongan pengundi bukan Melayu."Kalau nak kata konsep dan cara kerja kita bawa ini baik, undi Cina menurun."'We need to stud our strategy again'. Benar 1Malaysia can diamalkan 'but we must also have carrot and stick'," tambah beliau lagi.
Beliau juga menggesa supaya kerjasama dikalangan parti komponen dalam BN diperkukuhkan dan menjadikan contoh permuafakatan dalam Umno sebagai rujukan.
       
"Kadangkala tengok jentera sesama kita saja. Sedangkan jentera dalam komponen tank pernah ambil berat.
"Benar, mereka adalah komponen tapi untuk menang, 'we are a group'. Parti komponen juga mesti bekerja seperti Umno, 'in areas with 50-55%' Melayu, jadi kita perlukan undi bukan Melayu. Oleh itu gerak kerja mesti melalui proses kerjasama," tegas beliau lagi.
Najib yang juga pengerusi BN sebaik berakhir PRU13 menyifatkan kemerosotan kerusi Parlimen yang dimenangi oleh gabungan pemerintah tersebut berpunca daripada "Tsunami Cina", namun pengkritik dan penganalisis menolak hujah tersebut.
       
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh badan bebas Centre For Strategic Engagement, berbanding dalam pilihan raya tahun 2008, BN memperoleh 58% sokongan daripada kaum Melayu tetapi angka tersebut menurun kepada hanya 54% pada 2013, sokongan kaum India juga menurun daripada 47% kepada 44% dan sokongan kaum Cina menurun daripada 35% kepada 13%.


Dalam pilihan raya lalu, parti komponen PR DAP menghancurkan musuh mereka MCA, parti komponen dalam BN yang menyaksikan gabungan pemerintah tersebut kehilangan bandar-bandar besar dari George Town ke Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar besar di Johor.
Dalam pilihan raya 5 Mei lalu, BN menang tipis dengan memperoleh 133 kerusi Parlimen berbanding PR mendapat 89 kerusi.
Walaubagaimanapun, PR menang undi popular dengan memperoleh 51%, berbanding BN yang sekadar memperoleh 49% pada PRU13 lalu. – 5 Disember 2013.

Tips- tips Menjaga Baby !!!

   
Tips -tips menjaga baby ...gambar-gambar ini adalah cara-cara penjagaan bayi dengan baik....fikir dengan rasional..



Tuesday, December 03, 2013

Kadar Purata Takrif elektrik Dinaikkan !!!


Kuala Lumpur: Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung Malaysia dinaikkan 4.99 sen manakala 5 sen bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Walaupun tarif dinaikkan, secara keseluruhannya, kerajaan masih perlu menanggung jumlah subsidi melalui pelepasan hasil perolehan gas asli RM14 bilion setahun bagi semua pengguna di Semenanjung,” katanya.

Bagaimanapun, untuk melindungi kebajikan pengguna daripada golongan berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif elektrik akan dikenakan oleh pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Wilayah Labuan yang menggunakan elektrik 300 kWj ke bawah.

Kerajaan juga akan terus membantu dengan memberikan rebat RM20 kepada pengguna yang bil elektriknya RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember ini.

Sementara itu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB), Tan Sri Leo Moggie berkata, kerajaan akan menanggung subsidi lebih tinggi sekiranya kadar tarif elektrik tidak dinaikkan.

Berikutan kos operasi dan belian bahan bakar yang semakin meningkat.

Biarpun berlaku pengurangan subsidi menerusi kenaikan tarif ini, kerajaan masih meneruskan subsidi atau pengecualian bayaran bulanan bil kepada mereka yang menggunakan elektrik bawah RM20 sebulan.

“Kenaikan ini bukan TNB yang menetapkan atau negara, tetapi satu keperluan kerana kos operasi,” katanya.

“Kalau tarif ini tidak dinaikkan, akan datang ia (kenaikan) tetap terjadi juga dan perkara ini sukar untuk dielakkan,” katanya.

Beliau berkata, pengguna domestik yang bil elektriknya di bawah RM77 sebulan masih tidak terkesan dengan kadar tarif baru ini kerana yang melebihi daripada jumlah itu saja dikenakan.

Kadar tarif baru berkenaan juga masih rendah berbanding negara Asean lain seperti di Singapura dan Filipina.

Ditanya kesannya kepada pengguna termasuk kenaikan harga barang lain, Leo berkata ia mungkin berlaku namun ia masih minimum dan terkawal.

“Bila masa pula saya buat muka? Di Korea Selatan pula itu?

 

Kuala Lumpur: “Bila masa pula saya buat muka? Di Korea Selatan pula itu? Kalau saya nak buat (pembedahan) pun, saya akan buat lebih cantik lagi. Ini tak, hidung saya masih sama juga, masih bulat dan macam sebelum ini,” kata pelakon Yana Samsudin menjawab dakwaan mengatakan berlaku perubahan ketara pada hidung dan tulang pipi wajahnya susulan pembedahan kosmetik dilakukan di Korea Selatan baru-baru.

“Saya nak tergelak pun ada. Sebenarnya perubahan yang orang lihat pada wajah saya menerusi gambar di Instagram dan ketika menghadiri Anugerah Skrin (ASK) 2013 malam Jumaat lalu adalah kesan solekan semata-mata.

“Apabila solekan itu menonjolkan batang hidung saya, itu yang orang nampak hidung saya lebih mancung daripada sebelum ini. Tulang pipi saya pula makin menonjol sebab saya makin kurus, itu saja,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Spekulasi berkenaan mula bertebaran apabila wajah pelakon Bini-Biniku Gangster itu dilihat berlainan daripada wajahnya sebelum ini ketika menghadiri ASK 2013, Jumaat lalu.

Beberapa keping gambar dimuat naik Yana di akaun Instagram miliknya kebelakangan ini juga seolah mengiyakan dakwaan itu apabila terdapat perbezaan ketara pada wajahnya sehingga sebahagian peminat mula berteka-teki mengenai kesahihan desas-desus itu.

Ketiadaan Yana di ibu kota kerana pulang ke kampung halamannya di Yong Peng, Johor semakin mengukuhkan spekulasi apabila beberapa sumber mendakwa pelakon itu menyembunyikan diri daripada khalayak selepas pembedahan berkenaan.

Yana berkata, perubahan ketara pada wajahnya turut dipengaruhi faktor penyusutan berat badan yang dialami selepas pulang menjalani penggambaran program realiti Fear Factor (FF) di Afrika Selatan, bulan lalu.

“Saya bukan melarikan diri atau bersembunyi. Saya ada saja muncul dan tak pernah gagal menghadiri majlis-majlis hiburan. Cuma saya berehat seketika daripada penggambaran buat masa ini.

“Kebetulan pula, nenek saya tak sihat jadi saya ambil peluang balik kampung. Sebenarnya selepas penggambaran FF, berat badan saya susut sebanyak empat kilogram,” katanya.

Komik Tauladan Bagi Sesiapa Yang Tengah Kumpul Duit Nak Beli Ps4

Wah..Dengar berita Ps4  nak keluar bulan Disember ini Di Malaysia dan ramai gamer2 tengah kumpul duit untuk membeli Ps4 ini...hehe..Sebenarnya admin tak nak cakap banyak2 nanti xpasal2 admin kena maki bulat2 daripada korang jadi admin nak share sesuatu kat korang
jadi lihat la sekadar renungan bahawa yang mana lebih penting...?

Produksi "Fast & Furious 7" bakal ditunda?


Universal Studios dan kru produksi filem "Fast & Furious 7" akan berhadapan dengan kelewatan berikutan kejadian tragik menimpa aktor Paul Walker yang terkorban dalam satu nahas jalan raya di California pada Sabtu.
Dipetik daripada laporan Hollywood Reporter, produksi siri filem ketujuh ini telah pun memulakan penggambaran sekitar Los Angeles dan Atlanta tetapi berehat buat sementara waktu sempena cuti Hari Kesyukuran dan kesemua barisan pelakon sepatutnya kembali ke set pada Ahad. Walaubagaimanapun perancangan tersebut terpaksa ditangguh sekurang-kurangnya sehingga Selasa.
Pengarah James Wan dan eksekutif Universal Studios dilaporkan telah mengadakan sidang panggilan pada Ahad pagi bagi membincangkan perjalanan filem tersebut sekiranya beberapa perubahan perlu dilakukan bagi menghormati kematian aktor itu.
Satu sumber lain turut memberitahu kebanyakan babak filem ini telah pun selesai tetapi Walker dan barisan pelakon "Fast & Furious 7" dijadualkan ke Abu Dhabi pada Januari akan datang untuk penggambaran babak tambahan.
Siri ketujuh filem ini dijangka diriliskan pada 11 Julai tahun hadapan.
Walker, 40, yang memegang watak ejen samaran Brian O'Connor dalam siri filem popular ini terkorban dalam satu nahas kemalangan jalan raya pada Sabtu tengahari lalu.
Walker merupakan penumpang kereta Porsche Carrera GT yang dipandu oleh rakannya, Roger Rodas, seorang penasihat kewangan dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik aktor tersebut, Always Evolving. Rodas turut terkorban dalam kejadian tersebut.
Universal Studios turut meriliskan kenyataan selepas nahas tersebut berlaku.
"Kami semua di Universal sangat kecewa. Paul adalah salah seorang yang disayangi dan dihormati dalam keluarga studio kami selama 14 tahun dan kehilangannya sangat menyedihkan kami, kepada semua yang terlibat dalam siri filem "Fast & Furious" dan juga para peminat. Kami mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Paul."
Barisan pelakon popular yang pernah bekerjasama dengan Walker seperti Vin Diesel, Dwayne 'The Rock Johnson', Ludacris, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Gabrielle Union, Michael Ealy dan Ryan Phillippe turut menyatakan kesedihan mereka dan memberi penghormatan di laman sosial masing-masing.

Monday, December 02, 2013

Giler : Bunuh isteri Kemudian Upload Gambar Mayat Di Facebook

Dalam mesej yang muncul di akaun Facebook peribadi beliau, Derek Medina mengaku membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.

“Saya akan ke penjara atau menjalani hukuman mati kerana membunuh isteri saya, selamat tingggal semua, dan anda akan melihat saya dalam berita,“

“Isteri saya telah menumbuk saya dan saya tidak akan berdiam diri lagi, jadi saya melakukan apa yang patut saya lakukan saya harap anda faham.”katanya.

Medina memuat naik gambar menunjukkan isterinya terbaring di dapur dengan darah yang meliputi wajah dan tangan kirinya dengan komen: ‘. Rip

Ayu 20 Sen Sudah Bergelar Nenek

SEHINGGA kini, watak Ayu yang mulutnya perlu ‘ditutup’ dengan wang 20 sen agar tidak membuka rahsia percintaan di antara Sudin dan Zaiton di dalam filem Bujang Lapok terus diingati.

Tidak ramai yang mengambil peduli siapa empunya diri, apatah lagi untuk mengetahui nama sebenarnya, tetapi karakter Ayu tetap popular sehingga gambar aksinya meminta 20 sen daripada Zaiton dan Sudin dimuat naik secara meluas di laman sosial sebagai sebahagian daripada jenaka sewaktu kenaikan harga minyak dalam jumlah yang sama baru-baru ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, Ayu yang dahulunya nakal dan sering berseluar pendek tanpa berbaju, kini sudah pun berusia 61 tahun dan sedang menanti kelahiran cucunya yang kelima.

Seperkara lagi yang tidak ramai pihak tahu, pemilik nama Sri Rahayu Sudarmaji itu adalah anak kepada pengarah filem yang mempunyai hubungan cukup rapat dengan P. Ramlee, S. Sudarmaji.

Menceritakan detik bagaimana dia ditawarkan berlakon, Ayu berkata ketika berusia empat tahun setengah, bapanya sebaik sahaja pulang dari studio memberitahu yang P. Ramlee mahu mengambilnya berlakon.

“Disebabkan saya menganggap semua yang bekerja di Jalan Ampas termasuk jurusolek terdiri daripada pak cik dan mak cik kawan bapa, saya tidak takut dan terus memberi persetujuan.

“Adegan pertama ketika P. Ramlee membelanja Rokiah dan 10 lagi adik-beradiknya makan. Saya menjadi adik Rokiah dan melompat-lompat di atas meja makan restoran tersebut.

“Hanya selepas itu, rambut saya dipotong pendek seperti lelaki dan kemudian, barulah adegan-adegan lain dilakonkan. Tiada masalah buat saya dengan watak sebegitu kerana sewaktu kecil, saya memang tidak suka berbaju seperti dalam filem itu," katanya.

Ayu menambah, sewaktu adegan Sudin dan Zaiton berbincang di bawah sampan mengenai perkahwinan mereka, beliau menghadapi kesukaran untuk menuturkan dialog akibat mengantuk.

“Rakaman dijalankan pada pukul 12 malam menyebabkan saya tidak dapat fokus. Setelah berkali-kali gagal, P. Ramlee menghentikan rakaman untuk berehat dan kami minum kopi ‘o’ (Minuman kegemaran P. Ramlee). Apabila habis saja minum kopi, saya terus dapat melakukannya tanpa ada masalah," katanya.

Bagaimanapun tugas Ayu sebenarnya tidak terhenti di situ. Beliau selepas itu perlu menjalani proses ‘dubbing’ untuk memasukkan suara.

“Saya duduk berdua dengan ayah di bilik rakaman itu. Apabila sampai adegan yang memerlukan saya bersuara, ayah akan menepuk di bahagian belakang badan sebagai isyarat supaya saya bercakap, sama seperti yang dituturkan ketika berlakon," katanya.

Sementara itu, beliau mengakui tidak ramai daripada kenalannya tahu dirinya adalah Ayu yang cukup menarik perhatian di dalam filem tersebut.

“Bekas rakan sekerja tidak tahu, malah jiran pun sama. Jiran di sebelah rumah ini pun hanya mengetahui tentang perkara itu setelah saya terserempak dengan pelakon drama, Osman Zailani yang selalu datang ke rumahnya pada setiap kali Ramadan," katanya yang kini menetap di Kuala Lumpur.

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing