Rancangan berkenaan disambut baik oleh kumpulan lain tetapi mereka menyifatkan keutamaan sepatutnya adalah untuk melindungi spesies di hutan dengan mengurangkan pemburuan dan mengekalkan habitat mereka.
Pengklonan mungkin satu penyelesaian terakhir tetapi ia membuktikan pentingnya sesetengah spesies dikekalkan.
Melakukan eksperimen sekarang dengan menggunakan spesies yang tidak akan mengancam risiko kepupusan adalah penting, kata Ian Harrison dari Unit Penilaian Biodeversiti di Conservation International di Arlington.
Kebanyakan haiwan yang menjadi sasaran tidak dilihat sebagai hampir pupus secara kritikal tetapi agensi penyelidikan pertanian Brazil, Embrapa, mahu ia dimulakan.
Hasil kerjasama dengan Brasilia Zoologikal Garden, ia mengumpulkan 420 sampel tisu, kebanyakannya daripada bangkai haiwan terbabit.
Semua lapan spesies berkenaan tinggal di habitatnya di Cerrado, sebuah hutan savana tropika. Klon mereka terus diburu menyebabkan populasinya semakin berkurangan.
Dalam tempoh sebulan, Embrapa berharap untuk memulakan pengklonan serigala yang disifatkan hampir terancam oleh International Union for Conservation of Nature and Natural Resources.
Hanya tidak lebih 13,000 masih berada di seluruh Amerika Selatan.
Selain jaguar dan serigala merah, penyelidik berharap untuk melakukan pengklonan terhadap singa hitam tamarin, anjing belukar, coatis, tenggiling berkolar, rusa kelabu dan seladang.
Tiada rancangan untuk melepaskan haiwan yang diklon itu ke hutan, kata Carlos Frederico Martins dari Embrapa. Ini kerana haiwan yang diklon biasanya adalah berbeza dari segi genetik berbanding haiwan liar biasa.
Embrapa menghasilkan klon haiwan pertama di Brazil pada 2001 iaitu sejenis lembu yang mati setahun selepas itu. Sejak itu mereka mengklon lebih 100 haiwan kebanyakannya lembu dan kuda.
Agensi
No comments:
Post a Comment