Click This pages

Sumbangan ikhlas

Showing posts with label China. Show all posts
Showing posts with label China. Show all posts

Sunday, October 04, 2015

Jambatan Gantung Kaca Paling Panjang di Dunia.



Gayatnya kalau berdiri di tempat yang tinggi. Jika terdapat laluan yang wajib dilalui hari-hari, pasti berfikir banyak kali untuk melepasinya.

Terkini, jambatan gantung yang baru dibuka di Taman Shiniuzhai di wilayah Hunan, China merupakan jambatan tergantung yang mempunyai ketinggian 183 meter.





Ia mempunyai lantai cermin dan pasti membuatkan lutut anda menggigil ketika melaluinya.

Laluan sepanjang hampir 300 meter itu diiktiraf sebagai jambatan gantung kaca paling panjang di dunia.


Seramai 11 jurutera terbabit dalam projek membina jambatan gantung yang menghubungkan dua puncak bukit berkenaan.



Jambatan ini juga berayun ketika berjalan di atasnya sekaligus menambahkan perasaan takut. Pembinaan menakjubkan itu juga diberi jolokan 'jambatan hero' kerana memerlukan keberanian luar biasa untuk melintasinya.



Setiap pengunjung dikehendaki memakai alas kasut khas supaya tidak mengotorkan atau mencalarkan cermin berkenaan.

Jambatan berkenaan pada mulanya dibina menggunakan kayu sebelum sebahagian lantainya diganti dengan kepingan kaca pada 2014.

Beberapa bulan lalu, sekumpulan jurutera menggantikan semua lantai kayu dengan kepingan kaca sekali gus menjadikan laluan itu sebagai jambatan gantung kaca pertama di dunia.

Jurutera berkenaan turut memberi jaminan bahawa jambatan kaca itu selamat untuk digunakan apabila kepingan kaca digunakan 25 kali lebih kuat berbanding kaca tingkap bangunan, selain dibina supaya bentuknya kekal dan tahan tekanan tinggi.

Wednesday, December 11, 2013

Teman Lelaki Bunuh Diri Dipaksa Beli Belah !

Foto
Beijing: Seorang lelaki membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah pusat beli-belah selepas bertengkar dengan teman wanitanya yang mendesak agar mereka terus membeli-belah.
Rakaman kamera CCTV menunjukkan Tao Hsiao, 38, menemani teman wanitanya membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di Xuzhou, Jiangsu, timur China.
Selepas lima jam Tao yang keletihan mengajak teman wanitanya pulang.

Saksi berkata, Tao dikatakan memberitahu teman wanitanya yang barang dibeli sudah mencukupi dan mereka sudah membawa terlalu banyak beg.


Bagaimanapun, wanita terbabit mendesak agar mereka pergi ke sebuah lagi kedai kasut yang menawarkan potongan harga.

“Mangsa memberitahu yang wanita itu sudah mempunyai banyak kasut, lebih banyak daripada yang boleh dipakainya sepanjang hayat dan tiada guna membeli sepasang lagi.

“Wanita terbabit mula menjerit dan menuduhnya kedekut serta merosakkan semangat Krismas. Mereka r bergaduh besar,” kata saksi berkenaan.

Pergaduhan terhenti apabila Tao menghempaskan beg beli-belah mereka ke lantai dan terus terjun dari balkoni.

Dia jatuh di atas pokok Krismas sebelum jatuh ke lantai menyebabkan orang ramai yang terkejut bertempiaran lari kerana panik.

Petugas kecemasan tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian tetapi mendapati Tao sudah tidak bernyawa.

Jurucakap pusat beli-belah berkata, mayat Tao dialihkan dengan segera.

“Mangsa jatuh di satu daripada kedai di tingkat bawah sebelum jatuh ke lantai.

“Ini adalah insiden yang tragik tetapi tempoh waktu ini mungkin detik sukar bagi sesetengah orang,” katanya, semalam.- Agensi

Saturday, December 07, 2013

Pengemis Jalanan Kantoi Ditangkap Polis

Di China Terdapat pelbagai pengemis jalanan yang meminta simpati daripada orang ramai untuk memberi wang atau makanan kepada mereka.Ada pengemis yang betul dan ada juga pengemis yang menipu orang ramai dengan melakukkan pelbagai cara sekalipun. Gambar ini menunjukkan pengemis memohon simpati orang ramai dengan berpura-pura cacat iaitu kudung kedua-dua belah kaki.Namun begitu ,aktiviti pengemis yang penipu ini disedari apabila orang awam menyedari dibelakangnya ada kaki dan orang (pengemis ) itu sihat tubuh badan dengan sempurna..akhirnya ,pengemis ini kantoi dan ditangkap dengan polis.
p/s kerja mengemis lebih menguntungkan daripada kerja2 biasa..






Friday, November 15, 2013

Budak Perempuan 3 Tahun Tersangkut Di Kepala

Kejadian ini berlaku di China apabila budak perempuan kelihatan menangis apabila kepalanya terlekat di bahagian besi itu..Walaubagaimanapun budak ini terselamat selepas pasukan kecemasan menyelamatkan budak terbabit..


Wednesday, November 13, 2013

Perkhimatan Sewa Teman Lelaki Popular Di China

Beijing: Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.
Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka.

Media semalam melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari.

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.

Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan.

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan.

Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja.

“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju.

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.- Agensi

Wednesday, November 06, 2013

Treler Berat Melampau Menyebabkan Jambatan China Runtuh

 
Sebuah treler pasir seberat 110 tan menyebabkan jambatan konkrit runtuh serta merta apabila trelet ini cuba menyeberang melalui jambatan ini .kejadian ini berlaku di Beijing ,China.Setelah melakukan siasatan , makamah membuat keputusan pemandu treler dipersalahkan kerana menyeberang jambatan ini dan dikenakan ganti rugi sebanyak $25 juta.
d1118,
d1118
d1118
d1118
d1118
d1118
d1118

Saturday, November 02, 2013

Selebriti China Yang Berjaya !!


Majalah Forbes China baru-baru ini melancarkan senarai selebriti paling bersinar seluruh China. Senarai tersebut dihimpunkan berdasarkan pendapatan seseorang artis itu, selain jumlah kemunculan mereka di majalah, akhbar, rancangan televisyen dan internet.
Melalui analisa tersebut, sepuluh artis China paling bersinar 2013 adalah seperti berikut:
Fan Bingbing
2013 bagaikan tahun gemilang buat pelakon "Lust, Caution" ini. Bukan sahaja dia berjaya menarik perhatian pelbagai pereka fesyen dari LV ke Ferragamo, malah Fan Bingbing juga meraih pelbagai anugerah termasuk Artis Tahun Ini dari The Hollywood Reporter, Anugerah Stail Peribadi dari majalah Elle USA dan Wanita Tercantik Tahun ini dari majalah Esquire China.
Fan juga berjaya menarik perhatian pemain Hollywood, bermula dengan produksi "Iron Man 3", dan kini sedang sibuk membuat penggambaran untuk filem "X-Men: Days of Future Past".
Jay Chou
Penyanyi, pelakon, pemuzik, komposer, penulis lirik, pengarah filem, jurutari, penerbit muzik. Begitu banyak tugas yang digalas artis berusia 34 tahun ini. Selain daripada melancarkan album ke-12, "Opus 12" Disember tahun lalu, Jay Chou juga sibuk dengan konsert jelajahnya, selain produksi filem kedua arahannya, "The Rooftop".
Bintang "The Green Hornet" ini juga seringkali muncul di tabloid kerana gosip cintanya dengan model, Hannah Quinlivan.
Andy Lau
Dia mungkin sudah memasuki usia 50-an, tapi tidak bermakna Andy Lau berniat memperlahankan aktiviti lakonannya. Dia masih berjaya mengekalkan populariti dengan filem-filem terbarunya seperti "Blind Detective" dan "Switch" (sekalipun "Switch" mendapat kritikan hebat di pawagam).
Sebagai seorang daripada "Heavenly King" muzik Kantopop, Andy juga seringkali muncul di akhbar disebabkan kehidupan peribadinya yang begitu rahsia. Apatah lagi dengan kelahiran anak perempuan pertamanya tahun lalu.
Jackie Chan
Jackie yang sememangnya sudah cukup terkenal serata dunia, mengejutkan ramai awal tahun ini apabila mengumumkan bahawa filem aksinya, "CZ12" menjadi filem aksi blockbuster terakhirnya. Ternyata kenyataan itu salah, kerana Jackie bakal muncul dengan "Police Story 2013", sebuah lagi filem aksi Hong Kong.
Jackie juga sering menjadi muka depan akhbar kerana kontroversi yang berpunca dari sifatnya yang suka berterus-terang, malah mencetus kemarahan ramai awal tahun lalu kerana kritikannya terhadap tabiat penduduk China yang suka berdemonstrasi. Selain itu, tahun ini juga, sudah dua kali dia dikhabarkan meninggal dunia!
Zhang Ziyi
Zhang Ziyi masih berjaya meraih kedudukan di hati peminat dengan filem-filem terbarunya. Selain "The Grandmaster", filem arahan Wong Kar Wai yang sudah tiga tahun dalam produksi akhirnya keluar di pawagam, Ziyi juga sibuk melakukan tugas sebagai produser filem prekuelnya, "My Lucky Star", selain melakonkan watak utama dalam filem John Woo terbaru, "The Crossing".
Zhang Ziyi juga diberi kepercayaan untuk menjadi hakim rancangan "The X-Factor: China's Strongest Voice" bersama penyanyi Hong Kong Eason Chan, artis Taiwan Luo Tayu dan penyanyi China Zheng Jun.
Eason Chan
Penyanyi dan pelakon popular Hong Kong ini bukan sahaja berjaya melancarkan albumnya yang ke-28 tahun ini, malah sibuk dengan konsert LIFE sebanyak 25 persembahan di Hong Kong Coliseum baru-baru ini. Konsert "Duo" Eason di Tanah Besar China juga mendapat sambutan hangat tahun lalu.
Eason Chan juga sering muncul di media awal tahun ini kerana gosip yang melanda isterinya Hilary, serta penglibatannya sebagai hakim dalam rancangan "The X-Factor: China's Strongest Voice".
Yang Mi
Bintang kelahiran Tanah Besar China ini mula meningkat naik melalui penglibatannya dalam drama dan filem, apatah lagi dengan kejayaan projek-projeknya "Love in the Buff", "Beijing Love Story" dan "Wu Dang". Tahun ini sahaja, dia bakal muncul dengan empat buah filem dan drama baru, termasuk "Tiny Times 2" dan "Palace", selain bakal menerbitkan sebuah drama bersiri yang menyerupai siri televisyen "Gossip Girl".

Thursday, October 31, 2013

Hati-hati Dengan Walnut Tiruan Dari China !!!

 
Barangan dari china ini memang sudah biasa dengan  kepalsuannya .Hal ini kerana negara China tersebut memang terkenal dengan barangan yang fakeatau tiruan seperti telur,beras,kobisdan sebagainya.Di sini admin nak tunjukkan salah satu makanan iaitu walnut yang tiruan.

 Lihat di dalamnya seperti batu..aduhai kesian sesiapa yang memakannya..


memang kreatif tahap giler bagi negara china nie..

p/s : makanlah makanan tempatan..

Saturday, October 26, 2013

Proses Membuat Pasu Naga Daripada tanah Liat

from_pot_to_art 
Proses Membuat Pasu Naga Daripada tanah Liat
 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art 

from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art
from_pot_to_art 

from_pot_to_art 
 siap pun...hehe ^ _^

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing