sumber dari mymetro
Tentu ada yang terkejut dengan perbezaan angka tajaan perkahwinan
Rozita Che Wan atau Che Ta dan Zain Saidin apabila muka depan Metro Ahad
minggu lalu paparkan jumlahnya RM1.21 juta tetapi sehari selepas itu
(Isnin), jumlahnya dilaporkan menjadi RM13 juta.
Jauhnya beza? Difahamkan, segalanya berubah saat akhir menjelang
sidang media pengumuman berita itu Isnin lalu apabila ada tajaan baru
masuk dan ada pula yang naikkan nilai tajaan.
Begitulah hebatnya penangan Che Ta hingga semua pihak mahu ambil
bahagian menjayakan majlis pernikahannya pada 11.12.13 diikuti majlis
resepsi pada 13.12.13.
Che Ta bertuah kerana ada pihak berebut-rebut mahu taja majlisnya.
Tidak perlulah menuding jari mengatakan macam-macam kepada Che Ta mahu
pun media kerana semua pihak sedia dipergunakan dan menggunakan Che Ta.
Hakikatnya, nilai tajaan itu hanyalah angka semata-mata. Tajaan
barang kemas bernilai RM10 juta hanyalah untuk dipakai Che Ta pada hari
bersejarahnya, begitu juga baju digayakan, pelamin dan hiasan dewan
serta makanan semuanya bukan boleh disimpan jadi harta. Begitu juga
stesen TV yang sanggup keluar belanja besar untuk dapatkan hak eksklusif
menyiarkan majlis perkahwinan itu, bukannya pasangan pengantin dapat
apa-apa.
Itu
semua trend dan masing-masing mahu ambil peluang. Situasi menang-menang
kata orang kerana kedua pihak saling menggunakan dan dipergunakan.
Perang stesen penyiaran satu trend baru bermula ketika majlis
perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza pada 2007 dan TV3 berjaya mendapat hak
eksklusif itu. Bagaimanapun selepas itu, Astro sapu bersih majlis
perkahwinan Mawi & Ekin, Lisa Surihani & Yusry dan Scha Al-Yahya
& Awal Ashari.
Ada juga majlis kahwin artis tidak mendapat hak eksklusif tapi
masih ada yang sedia taja majlis mereka hingga disebut-sebut nilainya
cecah angka jutaan.
Jadi, mana-mana artis yang bercinta, bukan saja dikejar media
untuk mendapatkan berita terkini mereka malah stesen televisyen juga
awal-awal lagi berbincang untuk mendapatkan hak eksklusif majlis
perkahwinan mereka.
Selepas ini siapa pula? Adakah pasangan Johan Asa'ari dan Lana
Nordin yang menggemparkan masyarakat apabila secara terbuka mengakui
memilih Lana sebagai bakal isteri dan akan melamar pelakon itu.
Apakah stesen televisyen juga berebut-rebut mahu taja majlis
perkahwinan mereka nanti? Sudah tentu kerana pasangan ini ada nilai
berita sensasi sebagaimana Che Ta. Nilai berita di sini diukur dari segi
minat masyarakat untuk mengetahui cerita mereka. Makin diperkatakan,
makin kuatlah nilai beritanya.
Dari awal lagi apabila Johan membuat pengakuan ini, sudah
mengejutkan peminat hingga timbul persoalan seriuskah Johan mahu
berkahwin dengan Lana? Ramai mempersoalkan pilihan Johan kerana latar
keduanya ibarat langit dengan bumi.
Kalau diimbas kembali sejarah hubungan cinta Johan sebelum ini,
pelakon Juvana ini memang sering dikaitkan dengan artis wanita bermula
dengan Izreen Azminda kemudian Fasha Sandha, Nabila Huda dan Shila
Amzah.
Apabila Johan memilih Lana, nama Shila turut dikaitkan kerana umum
tahu Shila dan Johan rapat sebelum ini. Johan juga sebelum ini mengaku
sukakan Shila dan keluarganya juga sukakan Shila.
Tiba-tiba Johan memilih Lana hingga mengundang simpati peminat
pada Shila. Tapi ada juga yang mencemuh mengatakan Shila tergilakan
Johan dan akhirnya ditinggalkan. Tambah menguatkan dakwaan itu apabila
Shila mengeluarkan gambar-gambarnya bersama Johan di laman sosial
Instagramnya.
Shila yang berada di Shanghai, China, menggunakan laman sosial
Twitternya untuk menjawab segala komen peminat dan menjelaskan perkara
sebenar.
Bagaimana agaknya perasaan ibu bapa Shila, Fauziah Sarman dan ND
Lala menghadapi situasi ini selepas mereka diuji dengan hubungan Shila
dan Sharnaaz Ahmad. Ibu Shila berada di Shanghai bersama Shila dan
dijangka pulang dalam masa seminggu lagi. ND Lala sedia bertemu di
Bangsar, Jumaat lalu selepas solat Jumaat untuk memberi kenyataan.
Katanya, dia menerima keputusan Johan mahu berkahwin dengan Lana
dengan hati terbuka tetapi Shila tidak seharusnya dikaitkan dalam hal
ini kerana apa yang berlaku selari dengan kata-kata Shila sebelum ini
mengatakan mereka hanya bersahabat.
“Selagi tiada pertentangan agama dan adat, saya sebagai bapa tidak
perlu masuk campur. Tapi apabila membabitkan andaian mengatakan Shila
kecewa dengan keputusan Johan apabila mengeluarkan semua
gambar-gambarnya dari laman sosial Instagram, saya rasa perlu tampil
memberi penjelasan kerana cerita-cerita ini boleh menjejaskan nama
Shila.
“Bagi saya, Shila melakukan tindakan sangat wajar. Apabila Johan
membuat kenyataan hendak berkahwin dengan Lana Nordin, sewajarnya dia
'keluar' dan tidak lagi dikaitkan dengan Johan,” katanya.
ND Lala menafikan hubungan Shila dan Johan membabitkan keluarga
kerana ibu bapa Johan tidak pernah berjumpa ibu bapa Shila untuk
berbincang mengenai hubungan mereka.
Apa yang berlaku ialah ibu Shila dan ibu Johan berkawan baik dan
selalu keluar bersama tetapi itu tidak bermakna hubungan Shila dan Johan
melangkah setapak membabitkan keluarga.
“Kepada mereka yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku kepada
Shila dan keluarga kami, tidak perlu membuat andaian dan tuduhan melalui
Twitter, Facebook, Instagram dan blog.
“Tindakan ini tidak membantu mana-mana pihak sebaliknya membawa
kemudaratan kepada peribadi dan kerjaya Shila serta syarikat
pengurusannya, Shila Amzah Entertainment Berhad dan pengurusannya di
China,”