Click This pages

Sumbangan ikhlas

Showing posts with label Negara. Show all posts
Showing posts with label Negara. Show all posts

Saturday, October 03, 2015

Jualan Gudang Vincci Dibatalkan Atas Faktor Keselamatan

KUALA LUMPUR: Jualan gudang kasut jenama Vincci yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober telah dibatalkan ekoran faktor keselamatan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Vincci di laman Facebook mereka hari ini.

Jualan gudang yang terletak di Glenmarie Shah Alam itu mula dibuka pada hari ini pukul 10 pagi tadi dan dikunjungi ribuan pembeli yang rata-ratanya wanita.

Situasi menjadi kecoh apabila ada pengunjung yang memanjat tembok dan mengetuk pintu gudang semata-mata mahu mendapatkan kasut pilihan masing-masing.

Jualan gudang kasut jenama Vincci yang dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 Oktober telah dibatalkan ekoran faktor keselamatan ekoran pembeli yang ghairah mahu mendapatkan produk tersebut. Foto - Twitter




Jabatan Metrology sahkan Jerebu Teruk Akibat Ribut Tropika Mujigae

Jerebu teruk yang melanda negara ketika ini dijangka akan kembali pulih menjelang 5 Oktober ini. Jabatan Meteorologi berkata fenomena jerebu tersebut berpunca daripada ribut tropika Mujigae yang melanda kawasan lebih kurang 1,300 kilometer arah barat laut Sabah.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail ketika dihubungi Astro AWANI.

"Negara kita masih lagi berjerebu disebabkan oleh pengaruh ribut tropika Mujigae yang kini berada lebih kurang 1,300km arah barat laut Sabah.

"Ribut tropika ini telah menyebabkan negara kita kembali mendapat angin dari arah barat daya yang mana seterusnya membawa bencana jerebu dari kebakaran hutan dari Sumatera dan Kalimantan ke negara kita.


"Ribut ini akan melanda sehingga 4 Oktober ini dan seterusnya lenyap dan keadaan jerebu mula pulih selepas 5 Oktober ini," kata Che Gayah.
 
p/s  : exazaf masih tidak faham kenapa hendak dikaitkan dengan Ribut Tropika Mujigae ...sedangkan jerebu ini berpunca daripada kita sendiri ( manusia ).
 
 


 

Betul kah Rakyat Malaysia Antara Paling Malas Membaca Di Asia

 
Sejarah tamadun negara-negara dunia pertama membuktikan kuasa membaca dan menimba ilmu pengetahuan dalam pembentukan tamadun manusia dan peningkatan kualiti hidup masyarakat.

Malaysia kini menghampiri halangan yang terakhir tetapi paling sukar dalam mengecapi kekayaan dan kemakmuran ekonomi; iaitu dalam membentuk sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan yang dianggotai oleh para ilmuwan.

Golongan belia dan dewasa kini lebih menjerumus ke arah hedonisme dan hiburan berasaskan digital. Mereka tidak lagi menemukan keseronokan dalam membaca sebagai hobi di waktu lapang, jauh pula sebagai sumber hiburan. 

Akibatnya, hujah dan perbualan harian semakin tegar dinodai pandangan peribadi yang kurang berasas dengan kesahihan yang berpaksikan maklumat picisan dari Facebook dan Twitter.

Tabiat membaca memerlukan kepada perubahan minda yang peka dan dimulakan dari awal. Justeru, beban menerapkan sifat suka membaca di kalangan anak-anak kecil terletak pada bahu ibu bapa. 

Perubahan satu generasi ke generasi yang lain akan dapat memastikan kemampanan tabiat membaca dan juga penerusan budaya ilmu di kalangan generasi yang berikutnya.

Marilah kita menerapkan budaya minat membaca di kalangan rakyat Malaysia, menggalakkan budaya cintakan ilmu, serta mempertingkat status sosio-ekonomi kita demi merealisasikan impian untuk sebuah Malaysia yang lebih baik ke arah kecemerlangan negara.- CARI Infonet

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing