Bukan seperti di negara ini yang masing-masing menghidangkan jalan cerita yang lebih kurang sama sehingga penulis naik malas hendak menonton filem tempatan.
Ryan menjayakan watak Nick Walker, manakala Jeff beraksi sebagai Roy Pulsifer.
Bagi penulis, gandingan ini agak berkesan kerana masing-masing saling menyokong sehingga dilihat serasi bersama.
Biarpun masing-masing dilahirkan dalam zaman berbeza, tetapi Nick dan Roy boleh menjadi rakan yang baik. Tapi, masing-masing ada sifat keras kepala.
R.I.P.D mengisahkan tentang Nick Walker yang ditugaskan berkhidmat di Rest in Peace Department (R.I.P.D) setelah menemui ajal akibat ditembak oleh teman baiknya sendiri.
Nick terpilih sebagai anggota polis di R.I.P.D kerana khidmat cemerlangnya di jabatan polis ketika masih hidup. Namun, tugasan barunya itu tidak mudah kerana dia harus memberkas makhluk atau roh akhirat, Deados yang bersembunyi di kalangan manusia.
Deados ini pula bijak menyamar kerana mereka kelihatan sama seperti manusia biasa. Hanya anggota R.I.P.D berpengalaman sahaja yang tahu cara untuk merungkai penyamaran mereka. Dek kerana itulah Nick digandingkan dengan orang lama dalam R.I.P.D, iaitu Roy.
Untuk makluman anda, konsep makhluk Deados adalah sesuatu yang baru dan ia adalah ciptaan Robert Schwentke, Phil Hay dan Matt Manfredi. Ketiga-tiga individu ini mencipta makhluk baru yang boleh merentasi dunia akhirat dan dunia nyata.
Bagi penulis, penampilan Deados dalam filem ini tidaklah menyeramkan, tetapi cukup untuk memberitahu mereka makhluk jahat yang ingin menakluki alam nyata. Malah, ada juga yang melucukan.
Sepanjang menyaksikan R.I.P.D, penulis tidak lekang dengan ketawa. Ada sahaja perkara lucu yang ditampilkan.
Penampilan Nick dan Roy yang dilihat oleh mata kasar manusia sebagai lelaki Cina tua dan wanita jelita sahaja sudah buat penulis tersengih sendiri.
Biarpun penonton asyik bergelak-ketawa, penonton juga puas hati dengan babak-babak aksi yang dipertontonkan.
Ternyata pengarah, Robert Schwentke tidak mengabaikan aspek ini walaupun cerita yang ditampilkan lebih terarah kepada genre komedi.
Secara keseluruhan, penulis berpuas hati dengan filem ini dan ia layak ditonton jika ingin melegakan tekanan kerja.
Tidak perlu berkerut dahi untuk memahami jalan cerita. Hanya duduk berehat dan ketawa terhibur. Penulis menyarankan anda menonton filem R.I.P.D. yang kini ditayangkan di pawagam.
sumber berita harian
No comments:
Post a Comment