Click This pages

Sumbangan ikhlas

Sunday, March 20, 2011

SIFAT ANDA MELALUI JENIS DARAH


Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?
DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama denganmu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.
DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan
sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

10 SUNGAI TERPANJANG DIDUNIA



Senarai 10 Sungai Terpanjang Di Dunia

 10.Sungai Lena,Rusia-dengan panjang 4400 km
9.Sungai Amur diantara Eropa dan Asia-dengan panjang 4444 km
8.Sungai Congo,Afrika-dengan panjang 4700 km
7.Sungai Ob-Irtysh,antara Eropa dan Asia-dengan panjang 5410 km
6.Sungai Kuning Huang Ho,China-dengan panjang 5464 km
5.Sungau Yenisei-Angara-Selenga di antara Rusia dan Mongolia
dengan panjang 5539 km
4.Sungai Mississippi,Misouri Amerika Utara
dengan panjang 6275 km
3.Sungai Yangtze/Chang Jiang,China
dengan panjang 6300 km
2.Sungai Amazon,Amerika Selatan-dengan panjang 6400 km
1.Sungai Nil,Mesir-dengan panjang 6690 km

Saturday, March 19, 2011

Group AZAF REborn ! ! ! !

4 orang sahabat mencuba nasib.....Siapakah yang akan membelanja makan lpas nie....

harta yang bernilai 10.`000 juta riyal di kawasan .....hehe
Pemulaan dan pengakhiran segala-galanya......


Kereta Tiruan Buatan China



madechina5 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan ChinaAda macam kereta Proton Pesona?
Negeri Besar China sentiasa ingin menunjukkan yang mereka mampu melakukan apa sahaja termasuklah mengeluarkan kereta buatan China versi tiruan daripada jenama kereta terkenal dunia. Dikatakan di China, nak tiru apa-apa pun boleh. Nak tahap kualiti yang macammana? Nak yang nampak sama tapi murah, nak yang sikit lebih kurang tapi murah, nak yang betul-betul sama tapi sebenarnya tidak sama dan harganya agak mahal pun ada. Yang pentingnya, ada duit semuanya boleh di China. Tidak mengejutkan jika sekarang ini ekonomi China melonjak tinggi sehinggakan Amerika patah tengkuk dengan China.
Bukan sahaja di China, malah negara Taiwan juga terkenal dengan hasil tiruannya. Bezanya di sini Taiwan suka meniru jenama Jepun. Korea? Korea pun suka meniru jenama Jepun tetapi China pun lebih rakus dengan meniru jenama di serata dunia. Orang kata,pukul habis. Di China, telur ayam pun mahu ditiru mereka. Kalau setakat kereta buatan china versi tiruan senyum sahaja mereka buat
madechina8 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
BMW 7 vs BYD F6 ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina9 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Nissan XTrail vs Greatwall Sing ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina10 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Toyota Prado vs Dadi Shuttle ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina11 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Smart vs er. Chinese Smart ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina12 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Neoplan Starliner vs Zonda A9 ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina13 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Honda CRV vs Laibao SRV ( kereta buatan china versi tiruan)madechina14 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Vauxhall Frontera vs Landwind ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina15 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Daewoo Matiz vs Chery QQ ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina16 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Mercedes C vs Geely Merrie 300 ( kereta buatan china versi tiruan)
madechina17 (Gambar) Kereta Tiruan Buatan China
Rolls-Royce Phantom vs Hongqi HQD ( kereta buatan china versi tiruan)
Walaubagaimanapun, pada hemat dan pendapat saya ada bagusnya dasar produk tiruan yang dilakukan oleh China sekarang ini kerana ia mampu memajukan negara. China sekarang ini mengikut jejak langkah Jepun dan Korea di mana mereka dahulu membawa teknologi dan meniru produk sehingga menjadi hampir sama dan yang pentingnya mampu dihasilkan pada kos yang lebih murah. Kemudian apabila mereka sudah maju dan mampu berdiri sendiri dengan menjenamakan produk-produk mereka sehingga menjadi terkenal dan setaning dengan jenama antarabangsa seperti yang ada sekarang. Itu antara cara mereka ketika mula-mula ingin naik dahulu.
Di China tiada masalah kerana undang-undang negara mereka membenarkan syarikat automotif membuat kereta buatan china versi tiruan daripada mana-mana model di serata dunia. Tujuan asal undang-undang sebegini dilaksanakan adalah untuk membolehkan rakyat memiliki model seakan kereta luar tanpa mengimport model tersebut disebabkan akibat dasar tertutup China suatu masa dulu. Tetapi dasar yang sama masih diguna pakai walaupun polisi perdagangan china lebih terbuka sekarang.
Itulah sebabnya syarikat automotif antarabangsa mempunyai masalah dalam mengembangkan penjualan kereta di sana, terutamanya model-model pertengahan mewah. Rasanya dasar sebegini dijangka tidak dapat bertahan lama kerana tekanan dari negara luar China, dan lambat laun polisi rekabentuk dan hakcipta akan terpaksa digunapakai untuk menarik pelabur luar masuk ke pasaran China.

sumber ;http://beritasemasa.com/gambar-kereta-tiruan-buatan-china

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing