MOBILE (Alabama) 18 Jan. - Komputer riba bakal menggantikan penggunaan buku teks di sekolah-sekolah dalam usaha kerajaan meningkatkan standard pembelajaran di negara ini bagi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran.
Melalui sistem itu skim pinjaman buku teks akan digantikan dengan
pinjaman komputer riba yang mana akan dipulangkan oleh para pelajar
setiap kali selesai sesi persekolahan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata, itu
merupakan antara kaedah yang boleh diteliti oleh Kementerian Pelajaran
supaya sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah selari
dengan perkembangan teknologi terkini.
"Malaysia kena beri perhatian dan menumpukan kepada standard
pembelajaran yang lebih tinggi supaya para pelajar lebih fokus, ada
kemahiran berfikir, kreatif dan holistik," katanya kepada wartawan
Malaysia selepas melakukan lawatan ke Sekolah Tinggi Daphne di sini,
semalam.
Sekolah tersebut yang merupakan sekolah yang disenaraikan dibawah
Program Sekolah Reben Biru dalam sistem pendidikan Amerika Syarikat
(AS) berjaya melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam
bidang akademik tetapi juga turut menonjolkan dalam pelbagai bidang
lain seperti sukan, muzik dan kebudayaan. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment