Selepas gagal pada 2009 dan 2010, adalah amat penting bagi Korea Selatan untuk memastikan masa depan program ruang angkasanya berjaya.
Mereka ingin merealisasikan impian negara tersebut untuk mendapat keahlian penuh kelab angkasa global elit.
Roket KSLV-I seberat 140 tan itu dilancarkan pada 4 petang waktu tempatan dari Pusat Angksa Naro di selatan Seoul.
Pegawai pusat ruang angkasa berkata, roket itu akan mengambil masa sembilan minit untuk mencapai sasaran altitud dan mengatur beban muatan satelit tersebut.
Sekiranya berjaya, ia memberi impak besar kepada Korea Selatan dalam meneroka teknologi ruang angkasa yang menelan perbelanjaan besar.
Meskipun program itu berjaya, Korea Selatan masih ketinggalan untuk menyaingi kuasa besar Asia seperti China, Jepun dan India. - Reuters
No comments:
Post a Comment