Click This pages

Sumbangan ikhlas

Monday, October 22, 2012

AMARAN !!! JANGAN GUNA MINYAK BERLEBIHAN


 Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari SekaliPusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T. Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.
“Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
“Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang” katanya ketika dihubungi The Star.
Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti MakananUniversitiKebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.
“Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.
Minyak masak yang dijual dalam bungkusan 1 kilogram (kg) di pasaran mungkin dikitar semula.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengguna-pengguna Standard Malaysia, Ratna Devi berkata, ujian yang dijalankan ke atas 19 jenama minyak masak murah di seluruh negara mendapati minyak masak yang telah digunakan dan didedahkan pada haba panas berulang kali tidak selamat untuk kesihatan pengguna.
Beberapa pengilang dipercayai membeli minyak masak terpakai di restoran menerusi orang tengah dan memprosesnya semula untuk dijual.
Sampel yang dihantar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk diuji keUniversitiKebangsaan Malaysia (UKM) mendapati semua 19 jenama tidak menepati piawaian antarabangsa.
Akta Makanan 1983 masih belum menyenaraikan piawaian untuk menguji bahan campuran yang terkandung dalam minyak masak.
Kesatuan Eropah menetapkan bahawa bahan campuran sepatutnya berada pada tahap 25 peratus manakala Australia dan Switzerland menghadkan 27 peratus.
Semua 13 sampel yang diuji menunjukkan bahan campuran berada di antara 28.4 hingga 70.8 peratus.
“Ujian jelas membuktikan bahawa minyak tersebut bukan minyak baru diproses dan didedahkan kepada haba tinggi.
“Perubahan bahan terjadi apabila minyak digunakan berulang kali untuk memasak,” katanya kepada The Star.
Ratna Devi percaya, minyak masak tersebut telah dikitar semula menjadi biodiesel untuk kegunaan enjin diesel.
Katanya, minyak itu cukup popular di kalangan pengguna kerana harganya yang murah.
Berdasarkan tinjauan, kebanyakan restoran di Klang Valley menggunakan minyak masak tersebut.
Ratna yang juga berpengalaman dalam sains makanan berkata, minyak masak kitar semula itu turut digunakan dalam pemakanan haiwan.
Bulan lalu, pihak berkuasa China menguatkuasakan tindakan mengumpul minyak masak terpakai dan hanya membenarkan pihak yang dibenarkan untuk mengumpul dan memindahkan bahan terpakai itu dari dapur restoran di negara berkenaan.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing