Click This pages

Sumbangan ikhlas

Friday, December 28, 2012

Gambar Perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat ( Apex) Dan Leuniey Natasha



Biarkan segala kontroversi yang dilalui Khairul Fahmi aka Apex, 23, dan Leuniey Natasha, 21 sebelum ini menjadi kenangan. Sementelah sebentar tadi pasangan ini selamat mencipta detik terindah lagi bersejarah dalam hidup mereka.

Leuniey sah bergelar isteri kepada penjaga gol kebangsaan itu dengan hanya sekali lafaz, kira-kira jam 10.30 pagi tadi. Tahniah!
Apex atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat telah dinikahkan oleh Imam Tua Mukim Pasir Pekan, Ustaz Ab Ghani Ab Talib dengan bersaksikan Abd Malik Junoh dan Khairuddin Abu Bakar daripada keluarga belah pihak Leuniey serta Selamat Saimun dan Mohd Zuki Mat Min (pihak lelaki). Turut hadir adalah Timbalan Mufti Kelantan, Dato` Nik Abd Kadir.

Majlis ijabkabul telah diadakan di kediaman keluarga Leuniey di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan.

Leuniey atau nama penuhnya Nur Eilunie Natasha Jaafar,  menerima wang hantaran sebanyak RM19,000 - angka 19 merupakan simbolik nombor bertuah Apex.

Model dan juga pereka fesyen ini menerima tujuh dulang hantaran daripada pengantin lelaki berupa sepasang persalinan, minyak wangi, alat solekan serta jam tangan, beg tangan, kasut, cincin serta sirih junjung.

Sebagai balasan, Apex juga menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan berupa terdiri daripada kain Sepasang, jam tangan, kasut, minyak wangi, cincin dan sirih junjung, dompet serta tali pinggan dan kemeja.

Pasangan mempelai mengenakan busana sedondon berona putih. Apex segak berbaju Melayu sementara Leuniey anggun mengenakan baju kurung moden-tradisional sentuhan pereka terkenal Ezuawan Ismail.

Majlis yang diadakan serba ringkas tapi dan penuh meriah ini dihadiri seramai kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ibu bapa serta ahli keluarga terdekat kedua-dua mempelai iaitu juga teman-teman rapat.

Pada 21 November lalu MD melaporkan berita tarikh pernikahan mereka yang diumumkan sendiri oleh selebriti sukan popular itu di satu sidang media khas.Apex-Leuniey Bakal Diijabkabul 28 Disember Ini, Resepsi di KL Januari Depan
Semasa pengumuman itu Apex juga mendedahkan pada bulan Oktober lalu, dia menghantar rombongan untuk melamar Leuniey. Namun tiada apa-apa majlis khas diadakan, sebaliknya kedua-dua belah keluarga berjumpa dan menikmati makan malam bersama-sama.Perkahwinan Apex-Leuniey Dapat Tajaan Lebih RM300 Ribu
Turut diumumkan perkahwinan pasangan ini menerima tajaan daripada pelbagai pihak. Sekali gus menjadikan jumlah nilai tajaan yang diterima mereka mencecah lebih RM300 ribu.

Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.

Pasangan suami isteri ini akan mengadakan tiga majlis iaitu majlis resepsi pengantin perempuan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember diikuti persandingan di sebelah pengantin lelaki di rumah keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari tahun depan.













1 comment:

  1. Tahniah kepada apex dan pasangannya Leuniey Natasha..semoga bahagia hingga ke hujung hayat

    ReplyDelete

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing