Click This pages

Sumbangan ikhlas

Tuesday, March 05, 2013

Bayi dilahirkan dengan HIV berjaya dirawat

 

WASHINGTON 4 Mac - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat (AS), semalam mengumumkan pasukannya berjaya merawat bayi yang dilahirkan dengan virus HIV.
Pengumuman itu dibuat berdasarkan kes seorang kanak-kanak dari Mississippi, yang kini berusia dua tahun setengah dan tidak lagi bergantung kepada ubat selama setahun tanpa menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
Bagaimanapun, tiada jaminan kanak-kanak itu akan kekal sihat, walaupun ujian canggih yang dilakukan tidak menemui sebarang genetik virus HIV yang masih terdapat di dalam tubuh kanak-kanak tersebut.
Seandainya kanak-kanak tersebut benar-benar pulih, ia bakal menjadi pesakit HIV kedua yang sembuh di dunia.
Pasukan saintis yang diketuai Dr. Anthony Fauci berkata, keputusan tersebut menunjukkan usaha menyingkirkan jangkitan HIV dalam kalangan kanak-kanak, terutama di benua Afrika yang mencatatkan angka tertinggi bayi yang dilahirkan dengan virus itu boleh dicapai.
“Kes ini semakin hampir dengan rawatan menyekat HIV, namun seandainya tidak berjaya, kami tetap akan meneruskan penyelidikan," kata pakar dari Institut Kesihatan Kebangsaan itu.
Menurut beliau, bayi tersebut diberi rawatan yang teliti dan pantas berbanding biasa, bermula dengan tiga jenis ubat dalam masa 30 jam selepas dilahirkan.
Sebelum ubat diberi, ujian mengesahkan bayi tersebut dijangkiti HIV, namun ibunya tidak pernah menjalani ujian sehinggalah tiba di wad bersalin.
“Saya hanya merasa bayi ini mempunyai risiko yang tinggi berbanding risiko normal dan menerima rawatan terbaik daripada kami," kata Dr. Hannah Gay, Pakar Pediatrik HIV di Universiti Mississippi yang turut menyertai penyelidikan itu.
Tindakan pantas itu katanya, bertindak dengan menyekat HIV di dalam darah bayi, sebelum sel-sel virus itu bersembunyi di dalam tubuh bayi tersebut.
Kebiasaannya simpanan sel yang terpendam dengan pantas akan menjangkiti semula pesakit yang menghentikan rawatan ubat, namun dalam kes ini menunjukkan kesan sebaliknya dan doktor berterusan memantau bagi memastikan bayi itu ia bebas sepenuhnya daripada virus HIV. - AGENSI
utusan

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing