Click This pages

Sumbangan ikhlas

Friday, March 15, 2013

Fiesta Taiping bermula hari ini ( 15.3.2013 )


TAIPING – Para pengunjung Fiesta Taiping 2013 di Dataran Kedamaian, Taman Tasik Taiping di sini yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini bukan sahaja dapat menyertai pelbagai acara menarik malah berpeluang memenangi 3,000 hadiah istimewa yang disediakan.
Pada setiap hari, seramai 1,000 pengunjung terawal yang membawa keratan iklan fiesta tersebut yang disiarkan dalam akhbar Kosmo! dan Kosmo! Ahad berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah menarik.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, orang ramai yang membawa keratan iklan tersebut boleh menebus hadiah di kaunter urus setia mulai pukul 10 pagi pada setiap hari fiesta.
Selain hadiah tersebut, menurutnya, pihak penganjur juga menyediakan hadiah cabutan bertuah seperti motosikal, iPad, telefon bimbit, basikal dan pelbagai hadiah menarik lain.
“Penduduk di sekitar bandar Taiping pastinya teruja dan tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir pada fiesta yang menjanjikan kemeriahan itu,” katanya di sini semalam.
Fiesta tersebut yang dianjurkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Taiping bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 malam pada setiap hari.
Selain itu, Lian Hoe memberitahu, beberapa artis popular seperti Datuk M. Daud Kilau, Roslan Shah, Ani Mayuni, Watie Elite, Azza Elite, Aliff Aziz, Farawaheda dan Fazli Zainal akan berada di tapak fiesta itu bagi menjayakan beberapa program bersama peminat mereka.
Katanya, artis-artis itu juga akan menjayakan konsert fiesta tersebut pada pukul 9 malam esok.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat mengenai fiesta itu boleh menghubungi urus setia, Rosli Yahya di talian 012-284 6811 atau Kelly 012-247 3105.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing