Click This pages

Sumbangan ikhlas

Saturday, September 07, 2013

Pekebun getah merusuh di Thailand


BANGKOK - Kejatuhan harga getah di pasaran dunia mendorong beratus-ratus pekebun getah bertempur dengan pasukan keselamatan dalam tunjuk perasaan di selatan Thailand, kata beberapa pegawai semalam.
Mereka turut membakar kereta sehingga memaksa polis menembak gas pemedih mata dalam kekacauan terbaharu di wilayah bergolak itu.
Lebih 24 anggota polis cedera manakala 11 pemimpin penunjuk perasaan ditangkap dalam demonstrasi di wilayah Prachuap Khiri Khan kelmarin.
Komander polis wilayah, Mejar Jeneral Thanet Soonthornsuk berkata, dua kenderaan media dibakar dalam pertempuran yang tercetus selepas lebih 400 pekebun getah menghalang laluan di sebuah lebuh raya utama menghala ke selatan Thai.
"Seramai 23 anggota polis cedera dengan dua daripada mereka parah akibat dipukul di kepala dengan batu," katanya.
Menurut Thanet, kumpulan penunjuk perasaan itu turut membaling cuka getah ke arahnya.
Thailand merupakan pengeksport getah asli utama di dunia.
Kemarahan pekebun getah itu mencetuskan cabaran baharu kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra selepas dua tahun mentadbir negara.
Sejak beberapa hari lalu, beratus-ratus pekebun getah yang berang bertindak menutup beberapa batang jalan dan landasan kereta api kerana membantah kejatuhan harga getah global yang menjejaskan periuk nasi mereka.
Wilayah berkenaan merupakan kubu kuat pembangkang Thailand, Parti Demokrat.
Kerajaan Yingluck setakat ini menolak tuntutan untuk menstabilkan harga getah pada paras 120 baht (RM12.30) sekilogram iaitu 50 peratus lebih tinggi daripada harga semasa di pasaran dunia.
Beliau sebaliknya berkeras menawarkan bayaran sebanyak 1,260 baht (RM129.25) untuk setiap 0.4 hektar tanah milik pekebun getah bagi membantu menampung kos pengeluaran di samping mewujudkan dana meningkatkan kecekapan dalam pemprosesan getah.
Namun, tawaran tersebut ditolak oleh penunjuk perasaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri, Pracha Promnog berkunjung ke selatan Thai lewat semalam untuk menemui pemimpin-pemimpin penunjuk perasaan itu.

Ketua Polis, Adul Saengsingkaew (kiri) melihat sebuah kereta yang musnah dibakar oleh penunjuk perasaan di wilayah Prachuap Khiri Khan, selatan Thailand semalam.


"Kami akan berdialog dengan mereka di semua peringkat," katanya kepada wartawan tanpa mendedahkan sama ada kerajaan telah bersedia untuk bertolak-ansur atau sebaliknya.
Thailand digugat dengan beberapa episod kekacauan sejak beberapa tahun lalu melibatkan protes jalanan yang diadakan oleh penyokong dan penentang bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.
Thaksin ialah abang kepada Yingluck.
Pada tahun 2010, demonstrasi selama dua bulan di Bangkok oleh kumpulan Baju Merah yang pro-Thaksin disertai 100,000 penunjuk perasaan sebelum gerakan mereka dipatahkan oleh tentera.
Lebih 90 orang dengan kebanyakannya orang awam terbunuh semasa tunjuk perasaan itu. Hampir 1,900 lagi cedera dalam pertumpahan darah politik terburuk di Thailand sejak beberapa dekad lalu. - AFP

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing