Click This pages

Sumbangan ikhlas

Saturday, February 05, 2011

Relationship Status di Facebook – Cerita Di Sebaliknya


Facebook relationship
Kali ni aku nak cerita sikit pandangan aku pasal relationship status kat Facebook orang. Banyak yang kita boleh huraikan sebenarnya. hehe~ Satu lagi entri ntahapehape daripada Ariff Shah.

Single

Awek singleTerang dan nyata, tak perlu bersuluh lagi. Kalau perempuan letak status single, bunyinya lebih kurang macam ni “Hello, Nama saya XXX. Umur X. Saya masih single. Marilah berkenalan dengan saya =)” Kiranya awek yang letak relationship status as single ni memang dah ready untuk berkenalan dengan lelaki lain dan mungkin menjalin hubungan dengan mereka.
Kalau lelaki pulak, aku cakap kurang macho sket. haha~ Untuk lelaki, elemen surprise tu penting. Macam ni, mula-mula kita tunjuk minat kat girl tu. Tanya itu ini bla bla bla, lepas tu bila girl tu sedar yang kita bagi dia banyak attention mesti dia tertanya-tanya “ish.. mamat ni single ke tak ni?” Anxiety atau perasan ingin tahu bertindak lebih baik daripada kalau perempuan tu awal-awal lagi dah tau ko single. Sebabnya, kalau dia tahu ko single dan ko approach dia cakap nak kenal, dia dah bajet awal-awal yang ko mi tak lain dan tak bukan nak ngorat dia. Perempuan akan perasan hot bila ramai lelaki nak kenal dengan dia (ni aku tau daripada perempuan sendiri ok!) dan confirmla ramai lelaki tengah, sedang dan telah approach dia . Jadi agak susah la nak curi hati dia. chewahhh~
Lagi satu kalau lelaki yang tunjuk status single ni macam tak heran sangat nak ber-relationship ke tak masa tu. Mereka hanya menjadi jujur, tak nak fikir banyak-banyak sangat pasal perempuan.

In a Relationship

Yang ni dia tak cakap in a relationship dengan siapa. Sebabnya:
  1. Pasangan dia takde Facebook <– wujud lagi ke orang macam ni?
  2. Dia nak relationship tu jadi private, mungkin dalam friend list ade 5000 friends.
  3. Couple dia tak comel/kacak/cantik?
  4. Couple dia sama jantina, kira nak sembunyikan ke-homoseksualan dia la.
  5. Pasangan dia dah deactivate akaun Facebook tapi mereka masih bersama.
Kalau yang tulis dia in a relationship dengan si polan bin/binti si polan pulak:
  1. Pasangan cantik/hot/kacak/macho/bergaya. Mesti tunjuk kat semua orang. hoyeah~
  2. Biasanya pasangan ni kawan, mungkin kawan masa sekolah atau kawan kat uni, so kalau couple announce je la kat Facebook.
  3. Saje nak make it official. Sekarang ni Facebook dah jadi semacam kayu ukur relationship orang pulak padahal benda relationship ni personal, kalau tak mention pun takpe.
  4. Apa lagi? aah~ Aku dah buntu.. Tambah sendiri.

It’s Complicated

Golongan yang ni la kan aku rasa memang attention seeker betul la. Kalau relationship dah tak tentu dan ada complication tu tak payah la bagitau satu dunia, benda relationship ni sepatutnya jadi personal. Time happy boleh la share dengan satu dunia, time tak happy simpan sendiri cukuplah.
Yang jelas kat sini ialah, mereka ni mungkin jenis yang kurang serius dengan relationship tersebut. Dalam relationship ni, jangan elak daripada berhadapan dengan masalah. Lagi banyak kita elak, lagi besar masalah tu jadi. Bila sampai satu tahap besar sangat, dengan sakit hati yang dah terkumpul sekian lama, memang relation tu tak akan ke mana. Masing-masing dah bosan dan muak. Jadi kalaulah ada masalah sekecil mana pun, selesaikan dan kalau perlu, minta maaf atau maafkan kesalahan yang menjadi penyebab masalah tu. Kemaafan itu adalah sesuatu yang manis
Forgiveness is a funny thing.  It warms the heart and cools the sting.  ~William Arthur Ward

In An Open Relationship

Agak kelakar sebenarnya banyak orang kita dalam Facebook kadang-kadang letak status in an open relationship. Bila tanya balik tahu ke tak apa maksud status tu, semua terpinga-pinga tak reti jawab.
Pertama sekali kena tahu yang Facebook ni adalah permainan sosial orang putih pada asalnya. Mereka ni open, termasuklah bab-bab seksualiti ni semua. Jadi mereka cipta la status in an open relationship ni untuk pasangan yang tak mahu terikat tapi masih mahu bersama. Faham tak macam mana? Kononnya mungkin mereka berdua ni mungkin ada perasaan cinta, tapi belum ada masa untuk cinta itu dipupuk atau kedua-duanya masih belum bersedia. Jadi dengan adanya status macam ni yang wujud atas persetujuan kedua-dua belah pihak, mereka ni takdelah terikat atau bermonogami. Masing-masing bebas untuk keluar berjumpa dengan sesiapa dan mungkin tidur dengan date mereka pada hari itu tanpa rasa bersalah pada pasangan mereka.
Jadi agak pelik la bila aku nampak orang kita guna status tu. Kalau tak tau jangan buat sebab nanti menampakkan yang diri kita ni kurang bijak walaupun niat asalnya nak main-main sahaja.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing