Click This pages

Sumbangan ikhlas

Saturday, April 27, 2013

Selebriti Hollywood yang menjengkelkan


Siapakah mereka? Mereka bukan artis yang punya bakat lakonan atau nyanyian, dan ramai yang mempersoalkan kenapa mereka juga boleh jadi popular.
Di sini kami senaraikan lapan nama yang telah dipilih oleh para penonton televisyen Amerika sebagai ikon selebriti yang menjengkelkan:
Michael Lohan


Sejak dari awal lagi, tidak ada apa-apa yang baik boleh dikatakan tentang bapa Lindsay Lohan ini. Dia pernah memiliki anak melalui hubungan sulitnya dengan ahli terapi urut ketika berpisah seketika dengan isterinya, kemudian bercerai pada tahun 2005, pernah disiasat kerana jenayah perdagangan manusia dan pernah disabitkan atas kesalahan menghina mahkamah.
Dia juga melanggar tempoh percubaan untuk melawat anaknya Lindsay di hospital. Jadi tidak hairanlah apabila Lindsay juga sedikit sebanyak mewarisi tabiat yang sama.
Scott Disick


Sehingga kini, tiada siapa benar-benar tahu apakah bidang pekerjaan Scott Disick kecuali menjadi teman lelaki Kourtney Kardashian dan menjadi bapa kepada dua orang anak bintang realiti itu.
Selain daripada dibayar untuk menunjukkan mukanya di kelab-kelab malam, dan sesekali dilihat ke pejabat dalam "Keeping it Up with the Kardashians", punca rezeki Scott sebagai seorang individu yang tidak terlibat dengan seorang wanita Kardashian masih menjadi satu misteri.
Kris Jenner
Antara wanita paling terkenal dengan gelaran momager (mother + manager), Kris Jenner bukan sahaja menempah kerja peragaan dan komersial buat anak-anaknya terutamanya Kim, malah meyakinkan anaknya untuk memperaga diri di majalah Playboy dan menyelesaikan masalah video lucah Kim dengan cara mendapatkan sebahagian keuntungan dari penjualan video tersebut.
Selepas Kris, muncullah trend para momager lain, seperti Dina Lohan (ibu Lindsay Lohan) dan Krista Keller (ibu Courtney Stodden) yang juga mahu mengeksploitasi anak sendiri, dalam masa yang sama menggunakan peluang tersebut untuk mendapat lebih pendedahan buat diri sendiri.
Jon Gosselin
Jon Gosselin pada awalnya dikenali sebagai si suami yang sabar dan tidak banyak cakap, berbeza dengan isterinya Kate yang agak tegas dan lebih mendominasi dalam rancangan realiti mereka, "Jon & Kate Plus 8". Malah ramai yang kasihan dengan Jon yang dianggap takut bini.
Semuanya berubah apabila mereka bercerai dan Jon mula menghabiskan masanya bersama ramai wanita lain di kelab-kelab malam, selain mempergunakan popularitinya untuk menjana wang tambahan. Tiba-tiba si suami yang pendiam menjadi kasanova tak guna yang dibenci semua orang.
Dane Cook
Apa yang lebih teruk dari menjadi pelakon yang tidak begitu diminati? Menjadi pelawak yang tidak lucu. Begitulah pandangan kebanyakan pelawak veteran dan peminat humor tentang Dane Cook, yang menggelar dirinya seorang stand-up comedian tapi diundi sebagai Pelawak Paling Teruk oleh pelbagai undian majalah, radio dan televisyen.
Oh, jangan salah sangka. Dia bukan dibenci kerana rupa parasnya. Dia dibenci kerana seringkali dikatakan telah mencuri idea pelawak lain – satu "jenayah berat" dalam industri komedi Amerika.
Spencer Pratt

Banyak sebab untuk Spencer Pratt dibenci oleh orang ramai. Dia seorang yang suka membangga diri, membuat komen-komen yang menyakitkan hati dan masih dibayar dan dilayan seperti selebriti hanya kerana pernah menjadi bintang realiti.
Kemudian dia cuba pula menjadi "born again Christian" dalam pertandingan realiti "I'm a Celebrity, Get Me Out of Here" dan berpura-pura alim, menambahkan rasa menyampah sesiapa yang melihatnya.
Nadya Suleman (Octomom) 
Anak itu rezeki dari Tuhan dan tiada siapa boleh menidakkan seseorang daripada melahirkan zuriat mereka. Tapi jika mereka adalah Nadya Suleman, yang memerlukan bantuan kebajikan masyarakat dan sengaja mahu melahirkan anak seramai itu menggunakan bantuan IVF tanpa kehadiran seorang bapa, anda cuma menyusahkan jabatan kebajikan masyarakat, diri sendiri dan menganiaya anak yang dilahirkan, apatah lagi jika mereka adalah kembar seramai lapan orang.
Memburukkan lagi keadaan apabila Nadya mengeluarkan kenyataan bahawa dia menyesal kerana melahirkan anak seramai itu, kemudian memilih untuk bergambar separa bogel dan menyertai beberapa siri realiti yang bertaraf rendah untuk menyara hidupnya.
Mike "The Situation" Sorrentino 
Jika diikutkan, hampir kesemua bintang "Jersey Shore" tidak disukai sesiapa. Malah hampir 80 peratus penonton rancangan realiti itu mengatakan bahawa mereka menontonnya kerana ia terlalu teruk sehinggakan ia juga jadi menghiburkan.
Namun jika ada seorang yang paling menjengkelkan semua orang, insan tersebut adalah Mike Sorrentino, atau lebih dikenali dengan gelaran "The Situation" (sila muntah di sini). Tanpa sebarang bakat yang jelas, Sorrentino masih berjaya mengumpul sebanyak lima juta dolar melalui iklan dan kemunculan rasminya pada tahun 2010, kurang sedikit dari Kim Kardashian.
Dia pernah melancarkan buku, tetapi hanya terjual sebanyak 12,000 salinan. Dia menyertai "Dancing with the Stars" dan terkeluar pada minggu keempat. Dia menyertai "Comedy Central Roast of Donald Trump", tetapi kena boo dengan semua orang. Sekalipun dengan semua itu, Sorrentino masih teguh menjadi selebriti tanpa sebab.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing