Click This pages

Sumbangan ikhlas

Friday, April 19, 2013

Siti Nurhaliza dan Datuk K muncul bersama di Putrajaya



SELEPAS hampir lima bulan terbabit dalam kemalangan motosikal berkuasa besar di New Zealand, suami kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K muncul di depan umum pada majlis Ramah Mesra Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ‘Penggiat Seni dan Ikon Negara’ di Putrajaya petang tadi. 

Kemunculan perdana Datuk K yang memakai t-shirt berwarna jingga tersebut telah mendapat perhatian tetamu. Ini kerana, Datuk K hadir dengan memakai alat sokongan leher. 

Sentiasa tersenyum dan setia menemani Siti, Datuk K tidak keberatan untuk menjawab soalan yang diajukan media mengenai kesihatan dirinya.

“Alhamdulillah, kesihatan saya telah beransur pulih. Saya juga berasa lebih sihat dan kini sudah mula bekerja seperti biasa,” jelasnya.

Bagaimanapun ujar Datuk K, dia masih berasa sakit pada bahagian pergelangan tangan dan leher akibat daripada kemalangan yang dihadapinya pada bulan Disember lalu itu.

Katanya: “Masih ada berasa sakit pada beberapa bahagian dan saya juga perlu menjalani beberapa siri fisioterapi untuk tempoh sebulan dua ini.”

Sementara itu, Siti turut memberitahu bahawa beliau gembira kerana suaminya sudah beransur pulih dan mampu melakukan rutian harian seperti biasa seperti sudah mula ke pejabat sejak dua minggu lalu.

Pada 13 Disember 2012, Datuk K telah terlibat dengan kemalangan motosikal besar sewaktu bersiar-siar di kawasan Queenstown, New Zealand yang mengakibatkan beliau mengalami kecedaraan pada bahagian leher, kaki dan tangan.

Beliau kemudian menjalani rawatan di New Zealand selama dua minggu sebelum dibawa pulang ke Malaysia dan menerima rawatan lanjut di sini.

Dalam perkembangan lain, penyanyi no.1  negara itu kini sibuk dengan pembikinan album terbarunya yang dijangka akan mula diedarkan pada Jun depan. 

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing