Click This pages

Sumbangan ikhlas

Sunday, October 13, 2013

Aktress China Paling Kaya

Baru-baru ini sebuah penerbitan di Taiwan telah menyenaraikan 10 pelakon wanita paling kaya di seluruh Hong Kong, Taiwan, dan Tanah Besar China. Senarai tersebut dikeluarkan berdasarkan pendapatan mereka yang dijana melalui endorsemen pengiklanan, penghasilan album, jualan DVD dan projek filem, serta kemunculan di khalayak ramai.
Selepas dihitung semuanya, sepuluh pelakon wanita paling kaya di seluruh China dinyatakan seperti berikut:

  http://amazingmaterial.com/wp-content/uploads/2012/06/Zhang-Ziyi.jpg
Zhang Ziyi
Bintang "The Grandmaster" ini mula menempa nama di persada antarabangsa selepas pengllibatannya dalam filem pemenang anugerah Oscar arahan Ang Lee, "Crouching Tiger, Hidden Dragon" pada tahun 2000. Filem tersebut membolehkan Zhang membintangi beberapa buah filem antarabangsa lain termasuk "Memoirs of a Geisha" dan "Rush Hour 2", selain turut menjadi rebutan para pembikin filem di seluruh Asia.
Selain itu, Zhang turut menjadi duta beberapa produk termasuk Omega, Garnier, Visa dan Maybelline, dilantik menjadi hakim rancangan realiti nyanyian, "The X-Factor: China's Strongest Voice" dan menerbitkan beberapa buah filem termasuk filem hit 2009, "Sophie's Revenge" yang turut dibintanginya.
Dengan semua usaha Zhang, dia memiliki pendapatan tahunan sebanyak RMB 120 juta (lebih kurang RM 64.37 juta).

 http://shesgotplenty.files.wordpress.com/2010/03/maggie-cheung-rodarte-1.jpg
Maggie Cheung
Maggie Cheung, yang turut membintangi filem "Hero" bersama Zhang Ziyi berada di tempat kedua, bukan kerana dia tidak cukup bagus, tapi kerana kurang aktif beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun begitu, pelakon wanita yang gah pada era awal 90-an ini tetap hebat kerana bukan sahaja dia memiliki ijazah kedoktoran, dia juga dilantik menjadi wakil UNICEF di China pada tahun 2011.
Dengan pendapatan tahunan sebanyak RMB 110 juta (RM 59 juta), Maggie meraih jumlah tersebut atas jualan DVD filem-filem lamanya, kemunculannya di majlis eksklusif serta kerjaya muziknya.

 
Gong Li
Seorang lagi pelakon yang pernah berkolaborasi dengan Zhang Ziyi dalam filem Hollywood, "Memoirs of a Geisha", Gong Li berada di kedudukan ketiga dengan pendapatan tahunan sebanyak RMB 90 juta (RM48.3 juta).
Sama seperti Maggie Cheung, ratu filem China yang terkenal dengan filem-filem bercorak seni ini jatuh ke tangga ketiga hanya kerana dia kurang aktif dalam bidang perfileman sejak kebelakangan ini.
Carina Lau
Berbeza dengan tiga pelakon prolifik di atas, Carina Lau berada di tempat keempat bukan hanya kerana filem-filem dan endorsemennya. Sekalipun memiliki resume yang cemerlang (bahkan filem terbarunya "Bends" juga dicalonkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes baru-baru ini), isteri kepada Tony Leung ini lebih banyak menjana pendapatan melalui pelaburannya.
Dia memperoleh RMB 90 juta (RM 48.3 juta) setahun melalui kerjaya lakonannya, royalti album, serta keuntungan dari pelaburan dalam bidang hartanah, terutama sekali rumah-rumah mewah yang dimilikinya di Beijing dan Chongqing.
 
Cecilia Cheung
Sekalipun kerjaya lakonannya agak merosot tahun ini sehingga dia digelar sebagai Ratu Filem Tak Laku, bintang kacukan British Kantonis ini masih berjaya mengumpul hasil pendapatan sebanyak RMB 75 juta (RM 40.2 juta).
Bekas isteri Nicholas Tse ini menjana hasil melalui kemunculannya di beberapa rancangan realiti, royalti sembilan buah album muziknya selain filem-filemnya, terutama sekali filem-filem awal 2000 ketika dia menjadi antara bintang yang paling bersinar di Hong Kong ketika itu.
Jumlah pendapatan tahunannya juga agak menurun berbanding sebelum ini disebabkan Cecilia banyak menghabiskan masa membesarkan kedua-dua anaknya Lucas dan Quintus.

 
Zhao Wei
Zhao Wei, atau Vicki Zhao, dikenali di China sebagai seorang daripada model komersial paling menyerlah, dan artis yang menjadi rebutan industri pengiklanan.
Selain pernah menjadi duta untuk sepuluh buah organisasi kebajikan, dan beberapa produk, pelakon "Painted Skin" ini juga meraih keuntungan melalui royalti album, filem-filem lakonannya, serta filem pertama arahannya, "So Young" yang berjaya mengaut RMB 300 juta dalam masa seminggu.
Jumlah pendapatan tahunan keseluruhan? RMB 56 juta (RM 30 juta).

 
Ruby Lin
Pelakon siri "Fong Sai-yuk" ini mula menempa nama dalam drama-drama bersiri di Taiwan, dan kemudian melebarkan sayapnya ke Tanah Besar China. Penyanyi bermata bundar ini juga memiliki syarikat penerbitannya sendiri yang menerbitkan banyak drama-drama bersiri yang hit.
Ruby juga pernah menjadi duta pelbagai produk sepanjang kerjayanya, termasuk Coca Cola, Glico, Pantene, dan Christian Dior.
Jumlah pendapatan tahunannya adalah sebanyak RMB 45 juta (RM 24.1 juta).

 
Liu Xiaoqing
Pelakon veteran dari Chongqing ini meraih hasil daripada beberapa puluh filem dan drama selain lakonan pentas dan dua buah autobiografi tentang perniagaan. dan pernah membintangi 15 buah drama bersiri.
Namun dalam masa yang sama, dia juga menjana pendapatan dalam bidang perniagaan, sehingga berjaya menempatkan dirinya di tempat ke-45 dalam senarai ahli perniagaan terkaya Forbes China pada tahun 2009, membolehkannya berada di tempat kelapan dengan jumlah tahunan RMB 32 juta (RM 17.16 juta).

 
Shu Qi
Pelakon kelahiran Taipei ini mula menempa nama melalui filem-filem gred D sebelum perlahan-lahan meraih populariti sehingga menjadi antara bintang kelas A seperti sekarang, malah turut membintangi filem antarabangsa, "The Transporter" dan filem Korea, "My Wife is a Gangster 3".
Bintang "Journey to the West Star" ini juga pernah menjadi duta Emporio Armani, Shiatzy Chen dan Frederique Constant. Semuanya membolehkan Shu Qi, yang pernah digosipkan dengan Stephen Fung dan Stephen Chow, meraih pendapatan tahunan sebanyak RMB 30 juta (RM 16.1 juta).

 
Zhou Xun
Bintang "Painted Skin" dan "Cloud Atlas" ini merupakan seorang daripada empat bintang China selain Zhang Ziyi, Zhao Wei dan Xu Jinglei, dan merupakan antara pelakon China yang memiliki kemampuan menjana kutipan pecah panggung melalui filem-filem lakonannya.
Selain filem, Zhou Xun juga pernah menghasilkan dua buah album solo, dan menjadi duta Chanel. Malah, pereka fesyen Karl Lagerfeld menggambarkan Zhou sebagai gabungan Coco Chanel ketika muda dan penari balet Zizi Jeanmaire. Zhou juga dipilih mewakili UNDP dan UNEP sebagai Duta Muhibah mereka.
Bintang "Overheard 3" ini menjana pendapatan tahunan sebanyak RMB 15 juta (RM 8.04 juta).

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing