Click This pages

Sumbangan ikhlas

Monday, October 28, 2013

JPN akan siasat semua kad pengenalan pengawal keselamatan !

  

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memeriksa kad pengenalan semua pengawal keselamatan di negara ini bagi mengesahkan identiti mereka.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu akan dibuat dalam masa terdekat dan pelaksanaannya tidak melibatkan tempoh masa.
"Pemeriksaan yang melibatkan lebih 600 syarikat kawalan keselamatan ini akan membabitkan pengawal bersenjata dan tidak bersenjata," katanya kepada media selepas menerima kunjungan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja, Oknha Othman Hassan, di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, pihaknya juga akan meneliti cadangan supaya syarikat kawalan keselamatan diklasifikasi mengikut kategori.
Pada masa sama, beliau turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat bahawa ada pihak menggunakan lesen syarikat kawalan keselamatan dan permit senjata api untuk tujuan lain.
"Kami mendapat maklumat mengenai perkara ini dan tunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak kementerian dalam masa terdekat," katanya.
Langkah yang diambil pihak berkuasa ini susulan kejadian seorang pengawal keselamatan yang memperoleh pekerjaan itu menggunakan kad pengenalan palsu menembak mati seorang pegawai bank ketika merompak bank berkenaan.
Dalam kejadian Rabu lalu, pegawai operasi Ambank cawangan Subang Jaya, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak pengawal keselamatan terbabit ketika membuka peti besi di bilik kebal bank itu di Jalan USJ 2, Subang Jaya.
Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen syarikat kawalan keselamatan terbabit kerana gagal mematuhi syarat Akta Agensi Persendirian 1971, sementara siasatan polis mendapati suspek yang dikenali sebagai Ardi Hamza itu menggunakan kad pengenalan palsu serta dipercayai berasal dari Sulawesi, Indonesia. - Bernama, 28 Oktober, 2013.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing