Kewangan rakyat Malaysia akan menjadi
semakin lemah selepas ini. Digasak untuk terus berhutang-hutang bagi
memenuhi keperluan hidup di Malaysia.
Bagi menggalakkan rakyat Malaysia
membeli dan menggunapakai kereta baru untuk menjadi rakyat Malaysia
seperti negara maju Singapore, kereta 12 tahun ke atas di jalan raya
akan diharamkan tidak lama sahaja lagi. Butirannya?
JPJ Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas Di Jalan Raya?
SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.“Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,” katanya. – Sumber berita BERNAMA
Setuju Atau Tidak Haram Kereta 12 Tahun Ke Atas di Jalan Raya?
Jikalau sebelum ini kerajaan Malaysia
mahu haramkan motosikal masuk ke lebuhraya atau dalam cadangan untuk
mengenakan tol di atas laluan khas motosikal, kali ini giliran pemilik
kereta pula menerima arahan terbaru daripada kerajaan. Di mana JPJ akan
haram kereta 12 tahun ke atas supaya dilupuskan, semuanya dilakukan dan
mahu dilaksanakan atas nama keselamatan anda semua.
Bagi Berita Semasa, kami setuju untuk andaikata mahu scrap kereta-kereta lama. Tetapi…
Tetapi dengan syarat laksanakan dahulu had pinjaman kereta kepada 5 tahun. Bagaimana mahu laksanakannya? Turunkan cukai kereta yang tinggi dikenakan (SEPERTI DI SINI)
kepada rakyat Malaysia selama ini. Pada masa itu barulah sesuai untuk
dilaksanakannya. Realitinya sekarang ini, andaikata dilaksanakan segera
seperti yang dikehendaki menteri, kewangan dan perbelanjaan boleh guna
rakyat Malaysia dalam bahaya selepas ini.
“Ibarat rakyat Malaysia selama ini hanya menyewa kereta milik sendiri (hutang 9 tahun), cukup tempoh kereta lama dilupus mula sewa kereta baru dengan buat hutang baru dan begitulah seterusnya sehingga ke akhir hayat”
Tambahan pula alasan kereta lama
membahayakan rakyat malaysia di jalan raya tidak boleh kami terima sama
sekali. Bahaya atau tidak terletak kepada faktor :
- cara pemanduan pemandu kereta itu sendiri
- pemantauan terhadap lori-lori yang keluar masuk menggunakan jalan raya yang adakalanya kenderaan mereka kelihatan usang dan pemanduan mereka agak membahayakan pemandu lain
- cara penyelenggaraan kereta
- Ada yang anda mahu tambah?
- bukannya usia kereta
Sumber dari beritakini.my
No comments:
Post a Comment