Click This pages

Sumbangan ikhlas

Monday, November 25, 2013

Pengkhianat negara Bagi Yang Elak Bayar Cukai

 
Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan rakyat yang mengelak membayar cukai walaupun layak berbuat demikian boleh dianggap sebagai pengkhianat negara.
Ini kerana, katanya, membayar cukai juga termasuk dalam satu dasar dan prinsip patriotsme sama seperti mereka yang berjuang menjaga keamanan dan menegakkan kedaulatan negara.


“Dengan membayar cukai, rakyat membantu negara meneruskan kelangsungan pembangunan ekonomi bagi mengukuhkan negara. Apabila kita lunaskan tanggungjawab untuk negara, itu satu semangat patriotik.

“Bila bayar cukai kita tolong rakyat dan tolong negara, kita tanamkan semangat ini, dengan ini negara kita lebih berjaya,” katanya ketika berucap pada perasmian penutup Seminar Pemerkasaan Ekonomi Nasional (PENA) di Dewan Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang juga Pengerusi Sekretariat PENA.

Seminar pertama daripada 15 siri itu membincangkan tiga perkara utama iaitu kebaikan sistem cukai GST, Bajet 2014 serta perbincangan berhubung Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Siri jelajah PENA diteruskan di peringkat negeri bagi membincangkan serta memberi penjelasan tiga perkara utama yang dijangka dilaksanakan sehingga Februari tahun depan.

Mengulas lebih lanjut mengenai isu GST, Najib berkata, dengan pelaksanaannya negara mempunyai sumber kewangan dan hasil lebih baik untuk memacu pembangunan negara.

Beliau berkata dalam menuju ke arah negara maju pada 2020, Malaysia perlu mempunyai sumber tambahan bagi menampung segala keperluan negara terutama dalam membangunkan kemudahan infrastruktur.

“Kalau kita lihat perjalanan negara kita, cuba kita bayangkan sejenak bagaimana hala tuju perkembangan negara kita, dalam keadaan sebuah negara yang mana kampung tradisional, bandar kecil bertukar wajah.

“Kita nak jalan raya baru, sekolah dan universiti baru dan ini memerlukan peruntukan yang lebih, jadi kita tidak boleh tidak ada hasil, kalau tidak siapa hendak bayar semua ini.

“Pilihannya dengan membuat pinjaman, tetapi kalau asyik pinjam apa akan jadi, tidak terbayar kita, rating negara kita menurun, kita akan muflis, semua rakyat susah, kita tidak boleh uruskan negara macam ini,” katanya.

Mengenai Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Najib berkata, pembangunan ekonomi Bumiputera bukan bersifat rasis, sebaliknya segala pelan agenda yang direncanakan untuk Bumiputera adalah agenda nasional.

Beliau menegaskan tidak wujud keadilan sosial jangka panjang jika kaum majoriti di negara ini termasuk golongan Bumiputera di Sabah dan Sarawak tidak diberikan perkongsian kekayaan negara secara adil walaupun hak dan tuntutan kumpulan minoriti didengari.

“Kalau kelompok ini (Bumiputera) kelompok majoriti, tidak dapat perkongsian kekayaan negara secara adil dan saksama, bererti ini bukan keadilan sosial dan tidak menyumbang kepada kestabilan jangka panjang negara kita.

“Jangan sebut ‘affirmative action’ (layanan sama rata) pada golongan minoriti saja. Apa akan terjadi kepada negara ini jika golongan majoriti terbiar dan dipinggirkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

adverlets

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

~EBOOK~ ~Gambar Terbaik ~Gambar Terbaik~ ~internet~ ~Kisah Hidupku~ 100 Cermin 20 sen Afrika Aids Air kencing AK47 Alat Pelik AlatBoneka Alligator Anak Artis artist asia Awesome babi Badak Air Bakal Ditunda Barang Benua Ais Cair Berita Berkahwin BEruk Binatang Bintang Black Friday ? Bocor Bogel bola Bollywood Bomoh Alim Brazil Buat Duit Buaya Bunuh Bunuh Diri Burger Cantik China Comel Costume Cun Disember Domino DOWNLOAD Dunia Eropah Facebook Faizal Ismail Fakta fam FIFA Filem Filem Lucah FLASH Gadis Gajah Gaji Pertama Gambar Bodoh gedik Gempar GerGasi Gila2 Global Gua haiwan Halloween Harga Hero hibran hiburan Hilang Hiv Ikan Indonesia informasi IS isteri Jalanan Jambatan Janda 13 Tahun Jepun jerebu Johan Johan Dan Zizan JPJ Jpn Jual Dara Kambing Kantoi Kebakaran Kecantikan kejam Kek kahwin Kekasih Kemalangan Kembar Korea Kenaikan Kenderaan Kenyataan Kereta 12 Tahun kereta Api Kesha KESIHATAN Komik Korban korea kosmo Kostum Lakaran landak Laptop lawak Lelaki Lemas longkang Luar Negara Lucah Mafia Majalah Gq Malapetaka Malaysia Manga Mangsa Mayat Membaca menarik Metro Mig Minyak Wangi Mirip Miss Miss Universe MLM Model Sensasi Mohon Maaf muay thai Muda muslim Nafsu Serakah Negara Ngeri Nikah ninja saga Oven Padah ingkar Pakaian Paku Jalan Raya Pangsapuri Pasangan Patung Seks pelacut Pelakon PELIK pembedahan Plastik Penagih Dadah penawar pengemis Pengkianat Negara Penjagaan Bayi Penyampai Tv Perempuan Perkahwinan Polis politik popular Ps4 Rahsia Rakan Ratu Thailand Real Doll reality Remaja Renang Resipi Rompakan Runtuh Sarang Sebenar Sejarah Selamat selebriti semasa Seni Separuh Bogel Seram Serang Sewa Siasat software Spm Stor Terbakar suami Tauladan tempatan Terbaru Tergergaji kantung zakar sendiri Tertinggi Thailand timpa Tips Tiruan TOP 10 Trak trends tutorial Typography Video Video Game Vietnam Villa Walnut Wang Wanita Warga Asing