Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, perangkap minyak itu perlu dilakukan dalam usaha menjaga alam sekitar termasuk memastikan aliran itu tidak terus masuk ke dalam sungai.
“Kerajaan membelanjakan wang yang banyak untuk kerja pembersihan Sungai Klang di bawah projek River Of Life (ROL).
“Saya melihat hasil pembuangan bahan dari premis perusahaan makanan yang tidak ditapis ini menyebabkan usaha serta pelaburan yang banyak dibuat bagi membersihkan sungai menjadi sia-sia.
DBKL mengeluarkan belanja yang besar untuk membersihkan longkang tersumbat.
“Selain itu, sisa minyak dan lemak dari premis makanan terkumpul pada saluran paip dan longkang juga menyumbang kepada gangguan aliran sungai.
“Justeru, bermula tahun depan, mana-mana pengusaha makanan yang gagal menyediakan perangkap minyak di premis masing-masing akan dilarang melakukan kerja memasak di premis selain turut berdepan dengan tindakan undang-undang oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) termasuk penarikan lesen dan premis mereka ditutup,” katanya kepada media di sini semalam.
Terdahulu beliau mempengerusikan Majlis Pembangunan Penjaja dan Peniaga Kecil Wilayah Persekutuan (MPPPKWP) peringkat pusat yang turut diwakili beberapa persatuan penjaja dan peniaga kecil sekitar Wilayah Persekutuan termasuk Labuan dan Putrajaya.
Adnan berkata, semua kos pemasangan perangkap minyak itu perlu ditanggung pemilik premis sepenuhnya.
Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, DBKL hanya akan menanggung kos pemasangan perangkap minyak di premis makanan milik DBKL.
“Bagaimanapun saya akan mengkaji semula terutamanya membabitkan aspek pengurusan sisa minyak dan lemak yang berjaya dikumpul oleh pengusaha premis makanan.
“Ia akan membabitkan kerjasama dengan Alam Flora Sdn Bhd dan syarikat swasta untuk menguruskan sisa buangan termasuk memprosesnya menjadi produk lain termasuk kosmetik dan sabun,” katanya.
p/s apabila minyak terkumpul dalam saluran longkang minyak akan membentuk pejal dan melekat disekeliling longkang dan susah disingkirkan akhirnya longkang tersumbat dan pencemaran terjadi..renung-renungkan la..
No comments:
Post a Comment