TEL-AVIV: Israel meneruskan usaha intensif untuk menjalinkan hubungan diplomatik dengan Indonesia.
Beberapa kempen dilakukan oleh Israel dan satu daripadanya dengan menjemput tokoh Indonesia ke negara Zionis itu.
Facebook Israel berbahasa Indonesia memaparkan berita yang dipetik daripada Israel National News mengenai kunjungan lima tokoh Indonesia ke Israel.
Facebook itu turut memaparkan berita mengenai pakar Neurologi dari Universiti Hassanudin Makassar, Andi Asadul Islam menghadiri acara Pembukaan Seminar di Hospital Rambam Haifa, Israel.
Facebook itu turut memaparkan berita mengenai pakar Neurologi dari Universiti Hassanudin Makassar, Andi Asadul Islam menghadiri acara Pembukaan Seminar di Hospital Rambam Haifa, Israel.
Ia memetik Andi sebagai berkata: “Dalam kursus ini, kita dapat belajar bagaimana membangunkan sebuah sistem untuk operasi dalam keadaan kecemasan dan kemalangan melibatkan mangsa yang ramai.”
Selain menghadiri kursus, Andi dan peserta dari Indonesia yang lain juga dibawa melawat ke tempat tarikan pelancong, antaranya, Yad Vashem, dan tempat lain di BaitulmaqdisNazaret, Yafo, Akko dan Zichron Yaakov
“Sebagai seorang Islam, saya tertarik dengan lokasi Islam di Baitulmaqdis,” kata Andi.
Ia antara propaganda yang diletak di akaun Facebook Israel Berbahasa Indonesia.
Selain menyebut nama beberapa tokoh negara ini, ia turut memaparkan propaganda negatif terhadap Palestin. - Republika
Metro
No comments:
Post a Comment